Kesempatan bertemu dengan pengacara dan pelakon cantik Uyaina Arshad pada acara sebuah majlis pertunjukan fesyen bau-baru ini membuka peluang kepada Hijabista untuk mencungkil rahsia dirinya yang semakin langsing.
Sejak melahirkan cahaya mata kedua, Raja Urayyan Raja Syahiran yang kini mencecah usia 10 bulan, Uyaina kelihatan semakin langsing dan bertenaga.
Ramah dengan senyuman dan tidak lokek berkongsi rahsia langsing, pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, mendedahkan dia kini menjaga portion
pemakanan di samping melakuan aktiviti kecergasan.Berikut jawapan Uyaina kepada Hijabista ketika sesi temu bual.
“Sekarang ni banyak sebenarnya cara nak kurus dengan cepat.
“Tapi bagi Yana ambil approach (pendekatan) untuk melakukannya dalam keadaan slow and steady, dengan cara yang betul untuk menggalakkan terutamanya ibu-ibu yang mungkin stress (tak dapat bentuk badan asal).
“Apa yang Yana lakukan ialah berjalan atas treadmill (walking pad) setiap hari. Sebolehnya Yana jalan selama satu jam.”
Yana turut memberitahu, ramai yang bertanya adakah dia sedang mengamalkan sebarang diet. Ini jawapan Yana.
“Sejujurnya tidak diet yang sangat-sangat strict tapi Yanaa cuma jaga portion sahaja.
“Yana tak ada lah cut nasi, cut gula, cut semua. Makan salad dengan buah sahaja…tak.”
BACA JUGA: “I Makan Semua Benda Kecuali Nasi Kandar” Hamil Anak Ke-2 UYAINA Kongsi Kisah Mengidam
Menurut Yana, dia masih menyusukan anak. Hendak berdiet pun tak boleh kerana ia satu proses yang lambat.
“Yana masih ada lagi 6-7 kilo nak diturunkan. Tetapi alhamdulillah daripada Yana bersalin hari tu sekarang ni Yana turun 15 kilo. Bukan sedikit, satu angka yang sangat besar.”
Yana turut meluahkan rasa bangga dengan dirinya sendiri atas usahanya yang dilakukan secara konsisten.
Semoga perkongsian Uyaina ini menjadi inspirasi dan istiqamah dengan usaha yang dilakukan.