Wan Sharmila salah seorang selebriti yang bersih daripada sebarang gosip serta murah dengan senyuman. Masha-Allah manis sangat! Semanis wajahnya.
Meniti usia 42 tahun, pelakon dan usahawan dengan nama penuh Wan Sharmila Wan Muhamed ini dilihat cukup tenang dan bahagia menjalani kehidupan terkininya dengan dikelilingi circle yang baik-baik serta positif.
Pernah berkongsi di media sosial, Wan Sharmila akui dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis-majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.”
“Mereka sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa, Alhamdulillah.”
Sejak bertudung, Wan Sharmila yang bertubuh kecil molek ini makin jarang muncul di kaca TV. Kehidupannya kini lebih kepada program-program keagamaan dan majlis-majlis ilmu.
Berkat istiqamah, Wan Sharmila yang mesra dengan panggilan Lala kekal menutup aurat dengan sempurna bahkan semakin cantik biarpun memilih berpakaian longgar dan bertudung labuh.
Tanpa secalit solekan pun tetap terserlah kecantikan semula jadi anak kelahiran Johor Bahru ini. Tak macam usia 42 tahun, nampak lagi muda macam 20an je kan?
Melihat posting terbaharunya di Instagram, Wan Sharmila ada berkongi momen dia menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarganya.
Ramai memuji penampilan Wan Sharmila yang sopan dan manis menyarungkan blaus kimono bersama pario berwarna lembut.
“Sukeee…orang cantekkkk…baju cantekkkk”
“Alhamdulilah..semoga masih tutup aurat sampai bila²..btw, awak cantik nauu”
“Semoga saudari @lala.wansharmila sentiasa dlm keadaan sihat dan terus success di mana pun berada and have a good day may god bless u always”
Hijabista mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah, kekal anggun dan dikurniakan jodoh terbaik yang dapat sama-sama menuju ke syurga Allah SWT.
Untu info, Wan Sharmila mewarisi bakat lakonan ibu saudaranya yang merupakan pelakon veteran terkenal Wan Maimunah. Antara drama popular lakonan Wan Sharmila ialah Tari Tirana sekitar tahun 2009.
Wan Sharmila pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang penerbit pada 2007 namun mereka bercerai pada 2009. Wan Sharmila kini mengusahakan bisnes busana Muslimah miliknya iaitu Sharkha by Wan Sharmila.
Kredit Foto: Instagram Wan Sharmila
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini