Dalam banyak-banyak warna, rasanya merah paling serasi dan ‘menyala’ dengan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Nampak sangat berani, bersemangat dan bahagia. Ternyata, warna merah sangat sesuai dengan tona kulit Puteri Sarah yang cerah serta mulus.
Biarpun berstatus ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini sentiasa menjaga penampilannya terutama ketika menghadiri majlis-majlis formal.
Contohnya, baru-baru ini ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) Puteri Sarah menyerlah dalam balutan glam dress rona merah hati ciptaan pereka fesyen ternama Wan & Mary.
Penampilan gorgeous Puteri Sarah sering menjadi tumpuan lensa pada malam itu.
Solekan bertemakan glam bronze look oleh jurusolek profesional kegemaran Puteri Sarah iaitu Makeup by Dyazara menjadi pelengkap gayanya yang wow itu.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata memuji kecantikan ‘luar biasa’ Puteri Sarah pada malam anugerah berprestij itu.
Apatah lagi, Puteri Sarah turut tercalon sebagai Top 5 kategori Aktres Pembantu TV Popular.
BACA JUGA: Tak Sekadar Cantik & Terpelajar, Adik Beradik PUTERI SARAH Juga Berkerjaya Hebat!
Hijabista kongsikan beberapa lagi penampilan pelakon jelita berusia 38 tahun ini dalam rona merah. Memang menyala!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sukar Untuk Mengira? Anda Mungkin Menghidapi ‘Diskalkulia’ Seperti Gadis Ini
Isi Kandungan
ToggleAda tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Artikel berkaitan: Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan
Apa itu diskakulia?
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Simptom-simptom Diskalkulia
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
- Lemah dalam pengiraan yang spontan.
- Susah mengenal nombor dan simbol-simbol asas dalam matematik seperti +, -, x dan ÷.
- Sukar untuk menentukan nilai mana yang lebih besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat mengenal pasti nilai yang terbesar antara 69 dan 96.
- Mengira sifir 2 atau 5 dalam turutan menurun.
- Lemah dalam mengira wang atau melihat masa.
- Sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti nilai, saiz, jarak atau cecair.
- Kurang kesedaran tentang kedudukan, arah dan lain-lain disebabkan tidak pandai membaca peta atau jadual.
- Payah menggunakan peraturan matematik dan prosedur. Oleh itu, mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Penghidap diskalkulia yang tular menerusi TikTok
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
@rajafija Replying to @gottago yow lah sakan pula bercerita #dyscalculia #learningdisability ♬ original sound – fija 🫶🏻 | kening hef hef – fija 🫶🏻 | browmeup
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
Komen daripada warganet
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Artikel berkaitan: Hari & Waktu Terbaik Untuk Muat Naik Video Viral, Lihat Jadual FYP TikTok 2022 Terkini. Berdesup ‘View’!
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Sumber info dan gambar: Iluminasi, Mstar dan Tiktok @rajafija
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Raya Sakan Diserang Demam Berpanjangan, Boleh Jadi Petanda Infleunza. Wanita Ini Kongsi Tandanya Yang Menakutkan!
Sepanjang minggu lalu memang semua beraya sakan sama ada di kampung atau bandar. Masing-masing teruja meraikan Syawal sambil mengunjungi sanak saudara serta sahabat handai. Inilah masanya kita saling bermaafan-maafan sambil mengukuhkan tali silaturrahim. Memang seronok sambil makan sambil bercerita kisah lalu.
Namun dalam keseronokan beraya dari pagi sampai malam menyebabkan kita tidak sedar kadang-kadang tubuh badan kita yang sebelum ini berpuasa seperti terkejut apabila bekerja terlalu aktif tidak seperti sebelumnya. Akibatnya ada yang diserang demam berpanjangan dan juga beberapa sakit lain.
Seperti perkongsian wanita ini Eswati Azni di laman sosial Facebook yang bercerita tentang suaminya yang sebelum itu demam on and off selama 4 hari. Kemudian tubuh juga diserang sakit sendi serta bermacam lagi sakit lain. Malah dia juga turut diserang sakit badan. Dalam masa sama, 10 ahli keluarga lain
Dan setelah membuat ujian, barulah dapat dipastikan dirinya tidak diserang demam infleunza. Namun katanya setelah melalui ujian itu barulah dia ketahui sedikit sebanyak info mengenai influenza ini.
Jadi kepada mana-mana yang beraya sakan dan terasa sakit badan yang teruk boleh baca info menarik ini dan jadikan panduan jika ada mengalami simptom demam influenza ini.
Alhamdulillah negatif.
Kalau 15 tahun dulu tengok test kit macam ni memang sensitif huhuhu. Tapi mai nak share pasal influenza nih
*****************************
Influenza
1. Abam demam on and off dalam 4 hari
2. Sakit sendi sendi yang kemain katanya
3. Perut dia jadi macam gassy, dia salahkan antibiotics heheh. Sebab terus jadi macam gastrik
4. Klinik sebelum ni test denggi – negatif
5. Laki bini sakit sakit badan, kami ingat bentan. Maklumlah .. makan pulut kemain banyak di hari raya . abam raya ketiga kena serangan sejuk bedi. Aku raya ke4 kena serangan sejuk bedi. Terus cr selimut.
5. Dekat 10 orang ahli keluarga demam serentak. Adakah influenza?
6. Buat test influenza ni melalui cecair hidung,huih rimas benda alah masuk hidung. bukan test amik darah yer
7. Aku confirm negatif, tapi semalam aku sedar ada benjolan di leher. Bila google and tanya doktor itu adalah node untuk bekerja melawan sakit. Abam tak ada pun tanda tanda tu. Sesuatu yang aku baru tahu.
8. Kalau belum kena influenza kena amik vaksin, supaya tak spread pada orang lain. And yes aku kena halau dengan geng opis .
9. Kalau dah kena influenza kena amik tamiflu.
10. Payahnya nak cari vaksin influenza, 2 klinik aku p takdak wey.
11. Influenza ada A,B,C .. (yang ni aku tak tahu mana yg serius) hehehe
12. Di jepun 100 org meninggal kerana influenza ni masa winter .. sumber dr anak saudara yg tinggal di sana. Jadi bila dia tahu abam kena memang dia bising suruh satu famili pergi check juga.
13. Something new info dr di sjmc tadi samada aku patut amik vaksin or macamana ? Hehe dr kata tak payah sbb aku dah ter expose pun. Antibodi orang lain2. So aku dah lepas melalui serangan tu kut so tak payah lah. Yang patut ambik adalah orang yang tak expose lagi . Jadi esok aku akan masuk kerja yer..
# isi masa lapang abam tengah jumpa doktor di SJMC pulak sebab klinik biasa tak ada ubat daa…
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam Anak Patung! Walau Mic Tak Berfungsi, Kemunculan Tok Ti Tetap Mengujakan Semua
Semalam telah berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 dimana lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel ciptaannya sendiri bersama Omar K telah dinobatkan sebagai juara.
Tempat kedua dan tempat ketiga pula telah diberikan kepada lagu Bangun nyanyian Aman RA karyanya bersama Navigator dan Anta Permana oleh Bob ciptaan Hael dan Ezra Kong.
Rata-rata memang sudah menjangkakan kemenangan lagu Sumpah itu kerana kehebatan melodi dan senikatanya.
Pada malam itu juga, persembahan Anta Permana mencuri tumpuan semua apabila penyanyi asalnya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewanya setelah sekian lama tidak muncul di pentas AJL.
Agak menghampakan apabila micnya tidak dapat berfungsi dengan baik pada awalnya dan membuatkan penonton di rumah berasa hampa dengan situasi tersebut.
Walau bagaimanapun, kemunculannya itu tetap memukau semua yang berada di dalam dewan mahupun yang menontonnya di rumah. Apatah lagi penampilannya yang serba merah membuatkan penonton tidak jemu memandang. Memang mengubat kerinduan!
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Bagi mengubati kekecewaan peminat semalam, ada versi terbaharu tanpa gangguan yang telah dimuat naik oleh TV3 di laman YouTube mereka. Khas buat peminat Tok Ti!
tang mana mic rosak semalam tu boleh dengar yang ni #AJL34 #tokti pic.twitter.com/zOvyNmeNWL
— NaBatiSedapnakMati (@shafik_74549) February 10, 2020
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI