SEMAK 15 Kesalahan Tutup AURAT Sering Dilakukan HIJABI. Awas, No 14 Boleh Jadi Mangsa ‘EVIL EYE’

Share

Menutup aurat itu memang wajib ke atas semua wanita. Tetapi pernah tidak kita terfikir beberapa kesalahan yang tidak kita sedari dan sering dilakukan. Tiada guna mengenakan hijab jika masih lagi melakukan perkara sama. Jom, semak senarai di bawah ini dan barulah kita akan faham konsep sebenar menutup aurat itu. jangan kerana 15 kesalahan ini menyebabkan anda gagal melaksanakan hukum TUHAN.

Aurat itu bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi hijabi perlu tahu batas-batas lain agar kita dilabel Muslimah sejati. Jangan nanti di kata ‘atas tutup, bawah pula terdedah’.

  1. Bertudung tetapi dengan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
  2. Bertudung tetapi baju kurungnya terbelah kainnya.
  3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.
  4. Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan/atau hujung rambutnya.
  5. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat atau sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.
  6. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
  7. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
  8. Bertudung tetapi menampakkan bahagian hadapan anak rambut.
  9. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (memakai stokin). Kaki juga adalah aurat wanita.
  10. Bertudung tetapi tidak menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  11. Bertudung tetapi penuh dengan hiasan di kepala yang menarik orang lain untuk melihatnya.
  12. Bertudung tetapi menggunakan wangian berlebihan.
  13. Bertudung hanya apabila hadirnya “lelaki yang bukan ahli keluarga”. Apabila bersama sepupu lelaki, tidak perlu bertudung, sedangkan apabila kita bersalaman dengan mereka pasti terbatal wuduk kita. Dengan itu, sepupu lelaki adalah bukan mahram dan wajib menutup aurat di hadapan mereka.
  14. Bertudung, tetapi menayangkan foto tidak bertudung di alam maya (e.g. Facebook / Instagram).
  15. Bertudung tetapi memakai solekan yang berlebihan.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

[Surah Al-Ahzab : 59]

“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA”. [ Hadis Riwayat Bukhari]

Iman seakan-akan ‘menjerit’ apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Jadi peringatan untuk wanita, tutuplah aurat anda dengan sempurna agar menjadi Muslimah sejati.

 

Published by
SH