Minggu lalu, penulis dijemput khas untuk menghadiri jamuan minum petang bersama penyanyi nombor satu negara ini. Dalam suasana penuh eksklusif yang mengumpulkan media dan juga pempengaruh media sosial di ibu kota itu, mata dijamu dengan koleksi terkini lebaran 2022 jenama perhiasan kemas Swarovski.

Majlis yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang ini merupakan simbolik kepada pengumuman Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai wajah kepada koleksi lebaran ini. Siapa sangka selepas Neelofa yang sebelum ini selama beberapa tahun menerajui sebagai wajah kempen jenama ini di Malaysia, kini baton diserahkan kepada wanita anggun berusia 43 tahun ini pula.

Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini

Memeriahkan suasana petang itu Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memeriahkan suasana dengan alunan dua buah lagu bertajuk Can’t Take My Eyes of You dan lagu berhantunya, Aku Cinta Padamu.  Tetamu yang hadir semuanya terbuai dengan suara merdu beliau.

Menjawab soalan dalam sesi soal jawab, ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi perihal pemilihannya sebagai wajah kepada kempen lebaran Swarovski 2022 sehinggalah kisah lebaran.

Ads

Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini

“Ini adalah satu peluang yang amat baik untuk diri saya, untuk terus melebarkan lagi kerjaya saya. Sebagai seorang wanita perhiasan kemas adalah sesuatu yang begitu dekat dengan jiwa saya. Sebenarnya sebelum jadi duta untuk koleksi lebaran ini pun, saya memang penggemar jenama Swarovski dan saya antara pembeli tegar. Harganya sangat berpatutan dan datang dalam pelbagai koleksi, rekaannya sangat-sangat cantik,” kongsinya menyatakan perasaan apabila dilantik sebagai wajah baharu untuk koleksi lebaran.

Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini

Ads

Setiap wanita mesti ada aksesori kegemaran yang selalu digayakan, begitu juga dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza. “Kalau perhiasan kemas saya mesti pakai cincin dan gelang untuk melengkapkan gaya. Selain itu kerongsang juga akan saya pakai sebab saya berhijab, jadi kerongsang menarik akan melengkapkan penampilan saya,” jawabnya soal perhiasan kemas apabila ditanya oleh hos.

Selepas Neelofa, Kini Giliran Datuk Seri Siti Nurhaliza Pula Diangkat Sebagai Wajah Jenama Terkenal Ini

Ads

Kongsi beliau tentang lebaran tahun ini,“Kalau bercakap soal kenangan lebaran, pastinya kenangan berkumpul dengan adik beradik, dan apabila saya bergelar selebriti pastinya saya ada ramai peminat yang mahu berkumpul dan beraya bersama saya. Sambutan raya tahun ini paling istimewa kerana kita sudah berada di fasa endemik dan saya pasti apa yang paling saya nantikan adalah berjumpa dengan keluarga, sahabat dan peminat untuk meraikan hari raya.”

Berbicara tentang koleksi lebaran ini, Swarovski memperkenalkan pilihan rekaannya yang berharga untuk Hari Raya, dengan gelang, cincin dan rantai. Setiap satu menjadi aksesori yang sempurna untuk mencipta satu statement fesyen menarik.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI