Baru-baru ini model berhijab terkenal, Halima Aden telah memutuskan untuk lebih tegas dalam soal pekerjaannya pada masa akan datang. Merasakan yang dia sudah kehilangan identiti sebagai wanita Muslim apabila memakai gaya yang pelik dan tidak mengikut syariat semata-mata kerana fesyen.
Dia menegaskan yang mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengannya harus mengikut garis panduan pemakaian yang ditetapkan dan dia juga sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana minggu fesyen.
Terbaru dalam satu hantaran di media sosial, gadis berusia 23 tahun ini berhasrat untuk menjadi wakil Somalia pertama dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Menurutnya, “Keseluruhan perkara ‘pertama’ yang saya lakukan menyiapkan saya untuk apa yang saya saya inginkan sebenarnya. Saya akan menjadi Miss Somalia yang pertama di pentas Miss Universe.”
Dia yang sebelum ini pernah menjadi antara 10 terbaik dalam pertandingan Miss USA Minessota pada tahun 2017 mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama yang betanding di pentas ratu cantik berprestij itu. Langkah tersebut membawa namanya mekar dalam dunia fesyen sekaligus menjadikan dia salah seorang wanita berhijab yang dikagumi ramai.
Jadi kini apakah impian Halima ini akan tercapai? Dan jika dia benar-benar akan bersaing di pentas Miss Universe nampaknya dia akan memberi cabaran hebat kepada peserta-peserta lain.