Tidak dinafikan pakaian lengkap ke pejabat itu mudah dicari akan tetapi sukar untuk dicari buat mereka yang memakai hijab. Bila pergi ke kedai pakaian mesti asyik terfikir kan sesuai ke kalau berhijab pakai pakaian yang sedia ada. Sebab kebanyakan yang ada seksi! Tahukah anda, wanita ini adalah designer kepada pakaian pejabat yang elegan buat wanita muslimah di luar sana!
Nina Septiana merupakan seorang pereka fesyen serta pencinta fesyen dan merupakan pemilik label Nina Nugroho di Indonesia sejak 2010. Di memulakan perniagaannya seperti pereka fesyen yang lain dan tidak tertumpu pada mana-mana jenis fesyen. Nina mengambil masa lebih kurang 7 tahun untuk menguasai bidang fesyen muslimah selepas dia berhijab. Ini kerana menurut Nina untuk mempelajari bidang fesyen muslimah yang betul-betul menepati ciri muslimah itu bukan sesuatu perkara yang mudah. Apa yang menarik, Nina juga pernah mengeluarkan buku bidang fesyen edisinya tersendiri.
Artikel Berkaitan: Ubah Gaya Fesyen Lebih Berani Dan Segar, 5 ‘Influencer’ Fesyen Ini Memiliki Gaya Berbeza, Sesuai Dijadikan Rujukan!
Pada 2007, Nina mula memakai hijab dan memulakan hobinya dalam bidang fesyen muslimah. Menurut Nina, wanita bertudung selalu dianggap comot atau tidak kemas. Daripada situ juga keinginan Nina untuk menceburi bidang fesyen muslimah dan ingin membuka mata orang di luar sana bahawa wanita berhijab juga pandai bergaya dan cantik!
Selain itu, Nina juga ingin mengajak orang ramai terutama sekali wanita muslimah di luar sana untuk menceburi bidang fesyen muslimah. Dia pada mulanya tidak mahu membuat fesyen muslimah atas sebab dia merasakan fesyen yang di buat olehnya sangat tidak cantik. Akan tetapi dia tidak berputus asa untuk mula fokus dalam bidang perniagaan.
“Akhirnya, saya ingin belajar perlahan-lahan cara pemakaian wanita muslimah dan saya ingin membuat bisnes supaya wanita muslimah diluar sana boleh bergaya,” kata Nina Septiana
Sebelum Nina fokus ke “office look” banyak juga jenis fesyen yang ingin dilakukan. Akan tetapi dia memilih pemakaian wanita ke pejabat kerana jarang untuk melihat pereka fesyen yang membuat baju pejabat untuk wanita muslimah. Walaupun sudah berkali jatuh di dalam dunia bisnes, Nina tidak berputus asa. Sejak tahun 2018, Nina semakin konsisten untuk pembuatan baju pejabat buat Muslimah.
Label Nina Nugroho merupakan gabungan nama depannya dan nama keluarga Nina. Selain itu, fesyen yang dibawa oleh Nina juga mendapat sambutan yang baik dari semua orang. Dari segi keluarga, kawan-kawan dan wanita-wanita yang mencintai fesyen yang direka olehnya.
Pakaian-pakaian pejabat muslimah Nina telah berkembang dengan maju dan mendapat sambutan ramai. Dia tidak menyangka bahawa ramai juga yang suka akan keluaran pakaian pejabat muslimah tersebut. Selepas pulang dari umrah pada tahun 2016, Nina melakukan perhatian terhadap minat orang di Indonesia.
Setelah membuat kajian mendalam Nina mendapati ramai wanita muslimah yang suka akan trend baju pejabat yang cantik-cantik. Dia bercita-cita ingin membawa perniagaanya meluas sehingga ke luar negara. Semoga perniagaan yang ingin membawa fesyen muslimah ini akan terus berkembang dengan jayanya.
Artikel Berkaitan: Wanita Berhijab Perlu Ingat Batas Apabila Berfesyen. Jangan Sampai Nampak Seperti Tiada Maruah Diri!
Sumber: Wolipop.detik.com
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=JhZapDtSG2w&t=2s
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI