Isu pemakaian hijab bagi pekerja badan beruniform di Singapura sekian lama menjadi isu terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Muslim. Singapura yang merupakan sebuah negara republik dan mengamalkan konsep sekular tidak menyebelahi mana-mana agama.
Keputusan yang dibuat itu telah diumumkan ketika sidang rapat umum Hari kebangsaan Singapura (NDR) 2021 kelmarin. Dalam ucapan yang disampaikan dalam tiga bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, Lee berkata, “Pemerintah telah mengambil keputusan mengenai soal tudung, mulai November nanti jururawat Muslim di sektor kesihatan awam akan dibenarkan untuk memakai tudung dengan seragam mereka, jika mereka mahu.”
Isu ini bukanlah perbincangan yang asing bagi kerajaan Singapura dan juga pertubuhan Islam negara tersebut yang telah lama mengusulkan kebenaran untuk membenarkan wanita Muslim yang bekerja dalam sektor badan beruniform untuk bebas berhijab dan mengamalkan kepercayaan mereka tanpa sebarang batas.
Ads
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong
Ujar Perdana Menteri Singapura ke-3 ini lagi, “Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul dalam usaha untuk memperkukuh iltizam sesama kita bagi masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.”
Isu berhijab bagi penjawat awam terutamanya dalam badan beruniform bukanlah perkara baharu. Namun sudah banyak negara bukan majoriti penganut agama Islam yang secara progresif membenarkan wanita Muslim untuk berhijab bahkan mereka hijab khusus agar seragam dan sesuai dengan uniform yang digayakan.
Ads
Semoga wanita Muslim Singapura yang berada dalam unit badan beruniform lain bakal menerima layanan yang sama untuk diberi kelonggaran berhijab seperti yang baru sahaja diperoleh jururawat hospital awam negara tersebut.
Masih belum terlewat untuk kita mengucapkan tahniah kepada atlet pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias yang telah beraksi baru-baru ini bagi kategori pecut 100 meter wanita.
Berjaya menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, pelari berusia 21 tahun itu juga turut memperbaharui rekod peribadi terbaiknya apabila mencatatkan masa 11.77 saat (s) dalam saingan tersebut.
Buat yang tertanya mengenai dirinya, di sini kami sertakan serba sedikit info mengenai gadis hebat ini.
-Berasal dari Terengganu, bakatnya semakin digilap selepas membuat kemunculan di Sukan Malaysia (SUKMA).
-Merupakan seorang penuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan komunikasi dan sedang menduduki peperiksaan akhir.
-Biarpun hadir ke Tokyo bersendirian tanpa kehadiran jurulatih iaitu M.Balamurugan di sisi, ia tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus melangkah dengan lebih jauh lagi.
-Pelari berhijab yang ringkas, merendah diri dan cool
-Menyertai Olimpik dengan tiket wild card iaitu di atas jemputan
-Sebelum ini, dia buat kejutan dengan mengalahkan beberapa nama besar dalam kategori sama di kejohanan Grand Prix Malaysia sebelum ini.
-Dia juga pernah menjadi Olahragawati Sukma 2018 dan pernah bersama quartet 4×100 di SEA Games baru-baru ni.
-Walaupun bertubuh kecil dan mengenakan hijab, Azreen tidak pernah melihatnya sebagai halangan untuk terus berjaya dalam sukan ini.
Ganbatte Azreen!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hujan diantara salah satu nikmat yang diberikan oleh ALLAH SWT kepada seluruh umatnya. Hujan memberi banyak kemudahan kepada kita semua salah saunya dijadikan sebagai sumber air, cuaca yang sejuk dan selesa serta nikmat udara yang nyaman dikala hujan.
Allah telah menurunkan hujan sebagai rahmat di saat diperlukan oleh seluruh makhluk. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya),
“Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.” (QS. Asy Syuura: 28).
Di antara keberkahan dan manfaat hujan adalah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat memerlukannya untuk keberlangsungan hidup, sebagaimana Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya),
“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” (QS. Al Anbiya’: 30).
Kita sebagai umat Islam disarankan untuk membaca doa ataupun melakukan beberapa amalan baik sewaktu hujan uturn supaya mendapat kebaikan darinya.
Doa ketika turun hujan sebagai rasa syukur pada Allah
’Aisyah radhiyallahu ’anha berkata, ”Nabi SAW ketika melihat turunnya hujan, beliau mengucapkan, ”Allahumma shoyyiban nafi’an” [Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat]”.
Turunnya hujan, kesempatan terbaik untuk memanjatkan doa
Ibnu Qudamah dalam Al Mughni mengatakan, ”Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan, sebagaimana diriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: Bertemunya dua pasukan, Menjelang solat dilaksanakan, dan Saat hujan turun.”
Doa ketika terjadi hujan lebat
Nabi SAW suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian ketika hujan turun begitu lebatnya, beliau memohon pada Allah agar cuaca kembali menjadi cerah. Nabi SAW berdoa,
“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari
Ertinya: Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk meruosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohonan.
Doa ketika terjadi angin kencang
Dianjurkan bagi seorang muslim ketika terjadi angin kencang untuk membaca doa berikut sebagaimana yang disebutkan dalam hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah SAW mengucapkan ketika itu,
“Allahumma inni as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bihi, wa a’udzu bika min syarrihaa wa syarri maa fiiha wa syarri maa ursilat bihi.
Ertinya: Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu baiknya angin ini dan kebaikan yang ada padanya, dan aku memohon kebaikan dari yang diutus dengannya. Aku berlindung kepada-Mu dari buruknya angin ini, dan keburukan yang ada padanya dan aku berlindung dari keburukan yang diutus dengannya.
Mengambil berkah dari air hujan
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menyingkap bajunya hingga tersiram hujan.
Kemudian kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Kerana hujan ini baru saja Allah ciptakan.”
An Nawawi menjelaskan, “Makna hadits ini adalah hujan itu rahmat iaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, Nabi SAW bertabaruk (mengambil berkah) dari hujan tersebut.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1443 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 10 Ogos 2021.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini
Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.
Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.
Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang
Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut.
Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan. Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
30hb (akhir Zulhijjah)
Bilakah waktu untuk membaca doa ini? Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.
Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.
Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura). Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT
Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ . Pemilihan tema adalah signifikan kepada ummah di negara ini. “Tema ini bagaikan suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh. Sambutan tahun Maal Hijrah akan diadakan secara hibrid bermula 6 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 9 Ogos 2021.
Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan. Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan.
Sempena sambutan itu juga, majlis penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan akan diadakan dan disempurnakan oleh Perdana Menteri kepada seorang tokoh dalam negara dan seorang tokoh dari luar negara yang banyak jasa dan sumbangan kepada ummah.
Seluruh masyarakat dijemput mengikuti sambutan itu secara langsung menerusi saluran TV1 dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta media sosial rasmi JAKIM.
Selain itu, radio Nasional FM, Radio IKIM, Ai FM (Mandarin), Traxx FM (Bahasa Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli) turut membuat lintas langsung sambutan itu.
SUMBER: METRO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.