Selepas 3 Tahun Menghilang, Nonny Nadhirah Buat ‘Comeback, Kini Kembali Bertudung!

Share

Pelakon jelita anak kelahiran Sabah, Nonny Nadhirah yang menghilangkan diri selama tiga tahun selepas terpalit dengan kontroversi akhirnya bertemu dengan sahabat karibnya, usahawan Norsyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Milla Jirin.

Mila berkata dirinya seumpama bermimpi apabila akhirnya dipertemukan kembali dengan Nonny, setelah sekian lama berusaha mencari dan menghubungi rakan baiknya itu.

Mila Akhirnya Jumpa Nonny, Di Pusat Beli Belah!

Berita gembira ini dikongsikan oleh Mila sendiri, apabila dia memuatnaik video menerusi laman Instagram miliknya memaparkan pertemuan bersama Nonny di sebuah pusat beli-belah pada Ahad malam.

Hantaran video berkenaan memaparkan Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, hadir dengan berpakaian serba hitam. Namun, apa yang menarik perhatian Hijabista ialah penampilan Nonny yang dilihat sudah kembali menutup aurat dan berhijab.

Mila Hampir Terbang Ke Sabah Mencari Nonny!

Menurut Mila, dia hampir terbang ke negeri di bawah bayu untuk tujuan mencari Nonny. Bagaimanapun, dihalang oleh Nonny yang enggan berkongsikan alamat rumahnya kepada Mila.

“Masya Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.

Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi pun mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah,” ujar Mila.

Artikel berkaitan: ‘Bila Kita Buat Orang Happy, Tuhan Akan Gantikan Gembiraan Itu Balik’- Nonny Nadirah

Mengulas lanjut, Mila turut memanfaatkan kesempatan itu untuk meluahkan rasa sayang terhadap rakan baiknya dan berharap agar persahabatan mereka berkekalan dan tidak akan terputus hubungan lagi.

“Selepas tiga tahun baru berjumpa, Alhamdulillah… Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan,” seloroh Mila.

Sekadar info, pada 2021, Nonny mula menjadi sebutan netizen apabila memuat naik video dengan penampilan baharu yang lebih seksi sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakan-rakannya.

Artikel berkaitan: “Tuhan Bila Nak Uji, Anytime Dia Boleh Tarik Orang Yang Terlalu Kita Sayang”-Nonny Nadirah Kongsi Detik Hijrah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir