Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Ads
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Ads
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
Ads
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain busana yang anggun, pilihan tudung juga sangat penting dalam melengkapi penampilan. Lambakan hijab yang dijual di pasaran punya keistimewaan yang tersendiri.
Obsesnya wanita terhadap hijab jenama popular ketika ini tidak terhenti dengan membeli koleksi terbaharu yang dikeluarkan, malah tudung yang telah dipakai (pre-loved item) dan kotak simpanan tudung (scarf box) turut menjadi rebutan. Itulah penangan hijab kepada wanita.
Pengaruh iklan dan gaya selebriti dan influencer terkenal menjadi tarikan hijabi untuk memiliki setiap tudung yang digayakan.
Nah, senarai jenama hijab yang mesti ada dalam barisan hijab dalam almari anda.
Bokitta melangkah dengan lebih ‘megah’ dengan pelancaran Grand Bokitta di Suria KLLC Terletak di lot 259, Tingkat 2, Ramlee Mall KLCC, butik ini dikenali sebagai Kedai Pertama Eksklusif Bokitta.
Koleksi hijab seperti The Minis, The Freestyle dan The Capshawl dengan fabrik berkualiti tinggi pastinya menjanjikan pengalaman hijab yang menjanjikan kepuasan buat para hijabi.
Bokitta juga memiliki cawangannya di Alamanda Shopping Centre, Aye @ 8 Putrajaya, Nu Sentral, Aeon Mall Shah Alam dan juga Setia City Mall.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan A & A Empire Sdn Bhd, Datin Ayu Roslan. Rakan-rakan artis, Noryn Aziz, Hawa Rizwana, Farah Anim Razak dan Erin Adlina turut memeriahkan majlis sempena pembukaan rasmi butik terkini BOKITTA di Suria KLCC.
Turut hadir Pengasas & Pengarah bahagian Penyelidikan & Pembangunan dan Rekaan Bokitta, Ms Hala Absi.
Berikut sekitar majlis pelancaran Grand Bokitta di Suria KLLC.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Hafiz ataupun Syafiqah Aina pernah menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Syafiqah Aina pernah cecah berat 63kg, suamilah mentor untuk berdiet dan kekal cantik.
Dulu tak cantik
Namun, Hafiz suami kepada Syafiqah Aina juga pernah dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin. Bagi Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous kini usahawan wanita yang berjaya, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.
Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.
Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.
Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan seperti itu.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.
Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.
Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan
Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.
Seronok mengimbau kembali waktu awal penglibatan mereka sebagai pempengaruh, umum Syafiqah Aina pernah menjadi penghias kulit majalah HIJABISTA. Dan apa yang boleh terinspirasi dari pada kejayaan mereka berdua sehingga saat ini telah membuka klinik kecantikan estetik Ainaa Clinic khas merawat pelbagai masalah kulit wajah yang bermasalah.
Kadangkala sewaktu sendirian, mesti akan terlintas di minda mengenai dosa-dosa kita. Sempatkah kita bertaubat? Bagaimanakah keadaan kita apabila disoal malaikat di dalam kubur nanti ? Cukupkah amalan di dunia untuk menyelamatkan kita dari azab kubur?
Kali ini, Hijabista ingin berkongsi beberapa tips untuk melepaskan diri dari seksa kubur. Sememangnya kita semua tak lari dari melakukan dosa tetapi yang penting niat kita untuk berubah menjadi muslim sejati.
Sentiasalah baca Al-Quran kerana Al-Quran memberikan sinar cahaya pada pembacanya dan juga kediamannya.
Dengan Al-Quran, malaikat akan menyoal kita dengan lemah lembut.
Cuba semasa hidup ini kita usahakan untuk menghafaz surah Al-Mulk.
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi dengan sepenuh hatimu.
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kerana ternyata kita semua adalah pendosa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sama-samalah kita mencari keredhaan Tuhan dalam hidup ini. Amalkanlah amalan yang baik walaupun hanya sekecil zarah kerana yang penting adalah istiqamah kita.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...