Setiap amalan yang dilakukan pastinya berpandukan kepada ke ikhlasan seseorang insan itu dalam membuatnya. Juga amalan-amalan wajib serta sunnah harus diambil berat supaya akur pada perintah Allah SWT.
Ada juga ura-ura yang mengatakan satu amalan yang tidak akan ditolak adalah selawat ke atas Rasulullah SAW. Namun, ia ada dijelaskan dengan lebih lanjut bahawa tiada hadis sahih yang menguatkan kenyataan ini.
Hanya satu sahaja amalan yang tidak akan ditolak?
Pasti ada yang pernah dengar hujahan serta andaian mengenai amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah satu-satunya yang tidak akan ditolak. Malah, ianya menjadi perbincangan sehingga kini mengenainya.
Di jelaskan pada Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan tiada pun hadis sahih yang menyatakan selawat kepada Rasulullah SAW akan diterima secara mutlak. Tidak juga bermaksudh kepada seseorang itu berselawat akan diberi pahala dalam sesetengah keadaan–berselawat dalam keadaan riyak misalnya.
Ada beberapa hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah SAW menyebut tentang selawat kepada Baginda merupakan satu-satunya amalan yang akan diterima Allah SWT:
كُلُّ الْأَعْمَالِ فِيهَا الْمَقْبُولُ وَالْمَرْدُودُ إِلَّا الصَّلَاةَ عَلَيَّ فَإِنَّهَا مَقْبُولَةٌ غَيْرَ مَرْدُودَةٍ.
Maksudnya: Setiap amalan itu ada yang diterima dan ada yang ditolak, kecuali selawat ke atasku. Sesungguhnya ia diterima tanpa ditolak.”
Al-Hafiz Al-Sakhawi menukilkan daripada guru beliau, al-Hafiz Ibn Hajar yang menilainya sebagai sangat daif (ضعيف جدا).[1]
Diriwayatkan juga daripada Baginda SAW:
عُرِضَتْ عَلَيَّ أَعْمَالُ أُمَّتي فَوَجَدْتُ مِنْهَا المَقْبُولَ وَالمَرْدُودَ إِلاَّ الصَّلاَةَ عَلَيَّ
Maksudnya: Dibentangkan kepadaku amalan umatku, dan aku mendapati ada antaranya yang diterima dan ditolak, melainkan selawat kepadaku.
Kata al-Hafiz al-Suyuti: Aku tidak menjumpai sanad baginya (لم أقف له على سند).[2]
Jelas bahawa hadis-hadis ini dan seumpamanya bermasalah dari sudut sanad. Namun terdapat kata-kata yang dinukilkan daripada para sahabat dan ulama, antaranya daripada Abu al-Darda’ R.A, katanya:
إِذا سَألتُمُ اللَّهَ حَاجةً فابدوؤا بالصلاةِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنَّ اللَّهَ أَكْرَمُ مِنْ أَنْ يُسْأَلَ حَاجَتَيْنِ فَيَقْضِيَ إِحْدَاهُمَا وَيَرُدَّ الْأُخْرَى
Maksudnya: Apabila kamu semua ingin meminta kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain apabila diminta dua hajat (daripada-Nya).
Ada juga kata-kata dari Abu Sulaiman al-Darani yang menyebut:
الصَّلاةُ على النَّبِيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم مقبولَةٌ
Maksudnya: Selawat ke atas Nabi SAW itu diterima.
Tetapi, menurut al-Hafiz al-Sakhawi, Imam al-Ghazali merupakan sandaran kata-kata kepada Rasulullah SAW (marfu’), namun al-Sakhawi tidak menjelaskan sanad baginya, dan beliau juga memaklumkan bahawa kata-kata al-Darani ini sebenarnya bersumberkan Riwayat Abu al-Darda’ di atas.
Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi ketika menghuraikan riwayat ini menjelaskan maksud dan konteks sebenar riwayat itu tentang selawat sebagai satu bentuk doa agar Allah SWT mengurniakan rahmat dan kemuliaan kepada Rasulullah SAW akan diterima sepenuhnya dan tidak akan ditolak. Melalui firman Allah SWT menyatakan selawat keatas Baginda, melalui firman-Nya:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
Surah al-Ahzab (56)
Jelas disini tiada hadis sahih yang menyebut berkenaan amalan berselawat keatas Baginda adalah satu-satunya yang diterima mutlak. Namun terdapat banyak kata-kata daripada para sahabat dan salafussoleh menyatakan demikian. Akan tetapi, tidak dijanjikan pula pahala jika berselawat dalam keadaan riyak.
Sumber: Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI