Berikutan hujan lebat berterusan pada musim tengkujuh kebelakangan ini, mengakibatkan beberapa negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.

Sehubungan itu, pelbagai Pertubuhan Kerajaan mahupun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turun padang menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan musibah banjir itu.

Namun, disebalik misi menyelamat yang selalu kita dengar, kali ini sedikit berbeza apabila figura hebat yang tidak pernah jemu menghulurkan bantuan pada yang memerlukan, Ustaz Ebit Lew bukan sahaja menyantuni mangsa banjir, malah turut menyelamatkan haiwan ketika misi bencana berkenaan.

Lembu Hampir Lemas Dek Banjir, Diselamatkan Bot Ebit Lew!

@ustazebitlew Sedih tengok lembu yg hampir lemas .Alhamdulillah dapat bantu#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp #safeanimals #loveanimals #safe #rescue #rescuecow #rescueteam ♬ Ngopi Maszeh – Happy Asmara

Perkara berkenaan menjadi sorotan ramai dan berjaya membuka mata masyarakat apabila sebuah video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok itu tular.

Menerusi hantaran video berdurasi 58 saat itu memaparkan Ustaz Ebit, yang sedang menaiki bot bersama dua lelaki lain.

Ads

Hijabista difahamkan mereka sedang melakukan tinjauan banjir di sekitar Segamat pada ketika itu, sebelum terlihat seekor lembu yang hampir lemas dibawa arus deras banjir dan bertindak menyelamatkan haiwan malang itu dengan menggunakan tali, dan menarik lembu berkenaan ke kawasan yang lebih selamat

Tindakan Ustaz Ebit ‘Prihatin’ Dan Kasihi Haiwan Jadi Tauladan

Selamatkan Lembu Tenggelam Banjir, Peribadi Ustaz Ebit Lew Buka Mata Netizen!

Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen pada hantaran itu, untjluk melihat respon dan maklumbalas wargamaya sebaik sahaja melihat insiden menyayat hati.

Rata-rata netizen akui tersentuh dan terharu akan kemuliaan hati dan sifat Ustaz Ebit yang membantu setiap makhluk di muka bumi yang ditimpa kesusahan.

Ads

Malah, ada segelintir wargamaya yang menyifatkan haiwan berkenaan bakal menjadi saksi di akhirat terhadap perilaku Ustaz Ebit yang mulia itu dan menjadi asbab baginya untuk lebih mudah menggapai syurga Allah.

Artikel berkaitan: Ebit Lew ‘Turun Padang’ Ringankan Beban Mangsa Gempa Turkiye, Undang Sebak Netizen!

Sekadar info, daerah Segamat ketika ini merupakan daerah yang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi di Johor dengan merekodkan seramai 12,258 mangsa daripada 3,511 keluarga.

Ads

Oleh itu, Hijabista berharap dan mendoakan semua mangsa banjir dapat diselamatkan dan mempunyai bantuan berupa keperluan makanan asas yang mencukupi untuk meneruskan keberlangsungan hidup sebelum ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) agar keselamatan lebih terjamin.

Sumber: TikTok Ustaz Ebit Lew

Artikel berkaitan: ‘Orang Miskin & Jalanan Inilah Saudara Rapat Saya’- Ebit Lew Terharu Zul Ariffin Sertai Misi Bantuannya

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI