Premis dilarang memberikan straw plastik secara automatik bagi setiap pesanan, tidak mempamerkan atau meletakkan straw di kawasan terbuka (kaunter) dan pemberian straw diberikan secara percuma hanya apabila diminta oleh pelanggan.

Kini ada satu kaedah yang boleh dilakukan bagi menggantikan straw. Menggunakan bahan semula jadi pastinya ia mesra alam, Serai kini boleh dijadikan straw minuman bagi menggantikan straw plastik.

Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bersedia membekalkan tanaman serai kepada mana-mana pihak yang ingin menyahut saranan itu.

IKLAN

Beliau berkata, penggunaan penyedut minuman daripada serai adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA.

“Tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai.

IKLAN

“Kita akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi.

“Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam di Kampung Padang Halban,” katanya kepada pemberita di Ladang Merdeka Senor, di sini.

IKLAN

Katanya, beliau akan membuat surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak.

“Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik,” katanya.

Sumber kredit: Berita Harian Online

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI