Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan. Terutamanya jika anda merupakan wanita bekerjaya yang sering berurusan dengan orang lain atas tuntutan kerja.
Sebagai seorang ‘public figure’ pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman atau nama pentasnya Mira Filzah yang cukup terkenal kerana memiliki kecantikan semulajadi hingga membuatkan banyak mata terpesona melihatnya.
Malah, Mira juga tidak terkecuali mengalami masalah kecantikan seperti jerawat dan kulit kusam. Namun, usah khuatir! Kerana pelakon jelita, Mira Filzah mempunyai remedy tersendiri menyelesaikan masalah ini.
Ini tiga tips mudah, untuk para wanita kekal kelihatan segar sepanjang hari meski ketika sedang bekerja.
1. Minum Banyak Air Masak
“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.
“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.
“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam,” ujarnya.
Ads
2. Jangan Culas Pakai Krim Pelindung Matahari Dan Pelembab
“Kadang-kadang jika shooting outdoor seperti di kawasan kampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.
“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.
Selain itu, Mira juga mengingatkan wanita di luar sana agar memastikan wajah dicuci dengan sebersih-bersihnya setelah mengenakan solekan untuk mengelakkan berlaku masalah kulit yang tidak diingin seperti jerawat atau breakout.
Ini kerana umum sedia maklum bahawa setiap alat solekan mengandungi kimia yang tidak baik untuk kulit wajah. Jika tidak dibersihkan sebaiknya.
3. Pastikan Cuci ‘Make Up’ Dengan Bersih
“Bila anda make up, anda mesti remove make up tu bersih-bersih
Ads
“Lepas tu jangan lupa anda kena gua skincare yang lengkap. Maksudnya kena ada pencuci. Lepas pencuci kena ada Toner, Serum dan Cream. Skincare kena lengkap!,” ujarnya lagi.
Dah tahu cara nak elakkan muka kusam kan? Jangan lupa amalkan apa yang disarankan oleh Mira tu ya. Barulah lepas ni kulit tak nampak lesu dah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Usahawan selebriti terkemuka, Noor Neelofa Mohd Noor yang juga isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail sering menjadi sorotan netizen dan para peminatnya dalam setiap ‘tindak takduk’ dan perilaku yang dipaparkan kepada umum.
Terbaharu, penampilan selebriti jelita itu sekali lagi menjadi ‘buah mulut’ apabila dilihat semakin berisi dan mengenakan dress bertali belakang, persis wanita yang sedang hamil.
Sehubungan itu, timbul beberapa spekulasi liar oleh netizen yang mengesyaki bahawa bekas pengacara MeleTOP itu kini sedang hamil anak kedua.
Spekulasi tersebut timbul sebaik sahaja tular video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok menerusi akaun @seorangnur memaparkan selebriti berusia 33 tahun itu sedang ‘shooting’ bersama suaminya Haris Ismail.
Menerusi video yang berdurasi 15 saat itu memaparkan Neelofa yang kelihatan anggun dalam dress hijau yang mempunyai tali seperti baju khusus bagi wanita hamil, malah pertambahan berat badan Neelofa yang ketara juga dilihat sinonim dengan perawakkan ibu hamil.
Selain itu, gerak tubuh Neelofa yang dilihat
kekok serta agak sukar untuk duduk sewaktu menghulurkan secawan air kepada Haris juga menimbulkan lebih banyak persoalan.
Hijabista berkesempatan meninjau keruangan komen pada hantaran video tersebut untuk melihat reaksi peminat Neelofa dan juga wargamaya.
Hasil tinjauan mendapati, rata-rata netizen meninggalkan komen bersetuju bahawa ibu kepada Muhamad Bilal itu kini sedang hamil anak kedua, dan Bilal bakal menjadi abang kelak. Berikut merupakan antara komen yang ditinggalkan warganet.
“Dr sudut bentuk bdn. Mmg mcm.. InsyaAllah semoga Allah jaga ya… Aaaamiiin.
“Betui ka….Bilal nk dpt adik tu…..Aamiin….. yd blkng tu sungguh2 kipas awat lofa panas sgt ka……😂😂🥰🥰🥰.
Buat para hijabi yang bekerja di pejabat terutamanya, mesti anda sering mengalami masalah sakit belakang bukan? Masalah sakit belakang ini bukan boleh dibuat main ya. Semua orang berisiko mengalami masalah sakit belakang semasa melakukan aktiviti harian. Tetapi anda tak perlu risau, terdapat beberapa senaman yang mudah tetapi berkesan yang boleh membantu melegakan sakit belakang.
Apakah punca sakit belakang?
Meninjau perkongsian daripada Hello Doktor, sakit belakang biasanya datang dalam dua bentuk, iaitu secara tiba-tiba dan berlarutan.
Sakit belakang secara tiba-tiba berlakuselepasterjatuhataumengangkat benda beratsecaratidaksengaja. Kebiasaannya, andaakan merasai rasa sakit secara serta-merta. Sakit belakang yang tidak ‘disengajakan’ ini boleh menyebabkanslipped discatausakitotot. Jika anda mulai merasai sakit seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor. Sebaliknya, sakit belakang jenis berlarutan akan menjadi terukdarimasakemasa. Kalau anda nak tahu, ia disebabkan sama ada oleh aktiviti yang terlalu banyak atau aktiviti yang tidak mencukupi.
Disebabkan oleh ‘terlalu banyak’ aktiviti dan ‘tidak cukup’ aktiviti
Bagi anda yang aktif, sakit belakang boleh berlaku disebabkan kerap melakukan aktiviti yang berimpak tinggi dan aktiviti berpusing berulang-ulang seperti melompat, berlari, mengangkat benda berat, bermain golf dan bermain raket tenis. Aktiviti ini boleh memberi kesan kerana beban yang terlalu berat tidak mampu ditampung oleh bahagian belakang dan pinggang anda.
Yang menariknya, bagi anda yang tidak aktif, anda juga berisiko untuk sakit belakang. Ia disebabkan oleh otot yang menjadi kaku dan tidak fleksibel. Terutamanya buat anda yang bekerja di pejabat yang duduk sepanjang hari. Jikaototandadikekangdalamkedudukanyangsamasetiaphari, otot tidakbiasabergerakbebasdenganpergerakanbadanyangberbeza. Iamenjadikannyalebihterdedahkepadakecederaanakibatpergerakansecaratiba-tiba. Tabiat ini juga mengetatkanfleksorpinggulanda seterusnya melemahkanposturdanperutanda.
Atasi masalah sakit belakang dengan langkah senaman ini.
Anda tidak perlu risau, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan…. bersenam! Langkah senaman dibawah mampu membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang anda.
1.Trunk Rotation
Trunk Rotation boleh membantu dengan sakit lower back pain kerana ia berfungsi melawan rintangan otot teras anda. Ia meregangkan otot belakang, perut dan pelvis anda.
Cara lakukan: Anda perlu berbaring di atas lantai, bengkokkan lutut anda ke arah dada anda seolah-olah anda sedang duduk. Kemudian, rapatkan lutut anda dan perlahan-lahan bengkokkan kaki anda ke kanan dan tahan selama 15-20 saat. Kemudian kembali ke posisi permulaan, bengkokkan kedua lutut ke kiri dan tahan selama 15-20 saat. Ulang gerakan ini 5-10 kali pada setiap sisi.
2. Pelvic Tilt
Pelvic Tilt atau kecondongan pelvis adalah salah satu latihan paling mudah untuk melatih otot belakang dan mengekalkan fleksibiliti.
Cara lakukan: Latihan ini boleh dilakukan dengan berbaring di atas lantai yang rata terlebih dahulu. Letakkan tangan anda terus di sisi. Lengkungkan tulang belakang anda dan jarakan punggung anda sedikit dari lantai. Kemudian, lengkungkan pinggul anda dengan lembut dan tolak perut anda ke luar untuk menstabilkan teras anda. Tahan selama 5-10 saat, kemudian berehat. Selepas itu, tolak pelvis anda ke atas sedikit. Semasa anda melakukan ini, anda akan merasakan pinggul anda menekan lantai. Tahan selama 5-10 saat dan berehat. Untuk ‘beginner‘, anda boleh mula lakukan gerakan ini 10-15 kali sehari, dan seterusnya meningkatkan kekerapan kepada 25-30 kali sehari.
3. Partial Crunches
Latihan ini membantu untuk menguatkan punggung bawah serta otot perut anda. Semasa melakukan langkah ini, anda perlu berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada tulang belakang anda.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berbaring di atas lantai dengan lutut bengkok. Kemudian letakkan tangan anda di belakang kepala atau silangkan di atas dada anda dan perlahan-lahan angkat bahu anda dari lantai. Pastikan otot perut anda ketat. Tarik nafas sambil menghembus sambil mengangkat bahu. Jangan angkat badan anda dengan menggunakan siku anda. Tahan kedudukan badan separuh terangkat ini selama 1 saat. Ulangi langkah ini sehingga 12 kali. Perkara paling penting adalah kekalkan tulang belakang, kaki dan pinggul anda di atas lantai latihan.
4. Wall Sits
Latihan ini paling mudah kerana anda boleh melakukakannya bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Latihan ini membantu menangani sakit belakang akibat terlalu banyak duduk. Selepas penat duduk seharian, anda boleh mencari dinding yang terdekat dan amalkan gerakan ini.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berdiri dengan membelakangi dinding. Berdiri kira-kira 10 cm dari dinding dan bersandar secara perlahan-lahan. Kemudian, turunkan badan anda sehingga lutut anda bengkok, seperti dalam kedudukan duduk. Pastikan belakang anda ditekan ke dinding. Tahan kedudukan tersebut untuk kiraan hingga 10 dan perlahan-lahan turunkan diri anda ke bawah. Ulang sehingga 8-12 kali.
5.Press Back Up Extensions
Satu lagi cara untuk menangani sakit belakang adalah dengan melakukan Press Back Up Extensions.
Cara lakukan: Anda perlu bermula dalam posisi meniarap dan letakkan tangan anda terus di bawah bahu anda. Tolak tangan anda ke bawah seolah-olah anda mengangkat bahu anda. Jika boleh, letakkan siku anda di atas lantai pada ketinggian bahu dan tahan kedudukan ini selama beberapa saat.
Sedang anda berehat semasa bekerja atau bosan duduk di rumah, anda bolehlah amalkan langkah senaman ini. Mudah sahaja! Senaman di atas juga mampu menguatkan kembali otot belakang anda. Namun, sekiranya anda mulai tidak selesa dan mengalami sakit yang teramat, teruslah berjumpa doktor.
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab tutursusila.
Dari Zaman ‘Freehair’ Bella Dally Bukan Jenis Gadis ‘Nakal’ Dan Liar
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan HIJABISTA untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...