Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad atau nama penuhnya Samihah Ahmad Baderi, 35, telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pagi semalam. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suaminya iaitu, Mohd Izham Tarmizi, 32, melalui laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan baby girl anak ke 3 kami,1.25am pagi tadi (Selasa).”
Suami Mia yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC tersebut tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan isterinya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya” tulisnya.
View this post on Instagram
Hasil tinjauan Hijabista, peneraju utama Hati Perempuan(2015) dilihat memuat naik video anak keduanya iaitu Iris dua hari lalu. Mia akui ‘beremosi’ mengenangkan hari tersebut merupakan hari terakhir puterinya bergelar seorang ‘adik’. Maklumlah, lepas ini kena tukar status kepada seorang kakak!
View this post on Instagram
“Last day jadi ’adik’ harini… InshaAllah esok title kakak dah dia.. Mommy emotional lah…
“Ya Hafiz Ya Muhaimin.. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluarga ku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu.” tulis Mia.
Artikel berkaitan: Sudah Bertudung Labuh Di Gelar ‘Mak Cik’ Pula, Mia Ahmad Tukar Imej Kerana Allah SWT
Dibanjiri ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Izham, rata-rata netizen, rakan artis serta pemain telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan mereka. Bahkan, hantaran tersebut kini telah meraih lebih 19K kesukaan.
“Alhamdulillah.. Allahumma Aamiin Aamiin Aamiin YRA..Tahniah Izham Dan Mia. Selamat berpantang…”
“Syukran alhamdulillah..TAHNIAH buat keduanya & lil princess welcome to the world cucunda..doa baby & mom sihat sjhtera & sntiasa dlm lindungan Allah SWT & menjadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat..Amin”
“Wah, Tahniah. Iris dah ada kawan!”
“Alhamdulillah..tahniah lovebirds dpat baby girl…”
“Tahniah Izham dan Mia dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat..”
Alhamdulillah, Hijabista turut mengucapkan tahniah buat Mia dan suami, tidak lupa untuk mendoakan agar zuriat yang dilahirkan menjadi anak yang solehah kelak dan berjaya dunia akhirat.
Artikel berkaitan: TOLAK Semua Tawaran Kerja & LAKONAN, Mia Ahmad Kini Disahkan HAMIL. Tahniah!
Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 serta dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa yang berusia 4 tahun dan Iris yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram Mia Ahmad dan Izham Tarmizi
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI