Penyanyi terkenal Adira Suhami selamat melahirkan cahaya mata ke empatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh semalam. Khabar berita ini telah dikongsikan dengan orang ramai melalui akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum .. alhamdulillah syukur 🙏🏻 ami dengan bby selamat 29/09/22”
Penyanyi terkenal itu kini berumur 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Menurusi perkongsian dari mstar, Adira telah melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram secara pembedahan.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” ujarnya lagi.
Artikel Berkaitan: Adira Tolak Suntikan, Cuma Amal 5 Tip Ini Untuk Wajah Kekal Halus & Putih Gebu
Ramai rakan artis dan peminat turut mengucapkan tahniah
“Alhamdulillah syukur syukur ❤️❤️❤️ congratulations @adira.suhaimi tak sabar nak tgk bby😍 selamat berpantang dear”
“Alhamdulillah tahniah, semoga baby sentiasa sihat. Selamat berpantang ibu 💕”
“Congrats dear Dira 🤗 semoga mummy baby sihat2 and selamat berpantang 😘♥️”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira. Semoga Adira terus sihat dan menjalani hari berpantang dengan sebaiknya.
Sumber: mstar dan instagram Adira Suhaimi
Artikel Berkaitan: Gelagat Adira Suhaimi Bersama Si Kecil Dalam Video Di Instagram Mencuit Hati Netizen! Comel Betul!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=8SS80WnwTn0&list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N&index=2
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
4 Proses Menyeru Dan Menjemput Jodoh Dengan Yakin. Kenali Punca Jodoh Ditolak!
Isi Kandungan
ToggleAdakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Dalam erti kata, design our destiny. Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju.
Tiada matlamat utama yang ingin dicapai. Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?” Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa.
Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan. Ada pepatah, Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”
3 Sebab Mengapa Tiada Impian:
- Terlalu kuat bekerja
- Kesibukan
- Mempunyai jadual yang padat
Terkadang anda sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun. Sebaiknya kita tidak menjadi kapal yang bersauh tanpa destinasi. Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik. Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat. Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.
Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.”
— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Oleh itu, penting adakan impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam. Insya-Allah.
Perkara Yang Menolak Jodoh
Antaranya adalah kurang yakin dan bersangka buruk kepada Allah. Andai sekarang kita sudah berumur 40 tahun, jangan merendahkan keyakinan sendiri dengan berkata,
“Aku sudah berumur 40 tahun, mana mungkin dapat yang berumur 30 tahun.”
Tidak mustahil dapat yang umur 25 tahun.
“Aku sudah berumur 39 tahun, mana mungkin dapat jodoh pada umur ini.”
Tahun itu belum berakhir, jadi jangan buruk sangka pada Allah bahawa Dia tidak akan temukan jodoh kita walau sudah berusia 39 tahun.
Bentuk keyakinan dalam diri, bahawa perancangan Allah tetap yang terbaik. Maka The Beast pun dapat The Beast, pasti insya-Allah The Beauty akan dapat The Beautynya. Yakinlah!
Akad Nikah – Waktu Mustajab Doa
Ustaz Yusuf Mansur berkongsi, antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah.
Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.
Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak
Mencari jodoh bukannya mudah tetapi kalau dalam proses menyeru jodoh, kita lalui dengan penuh tertib insyallah jodoh akan datang. Ini tertibnya:
- Banyakkan berdoa
- Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
- Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
- Lalui moment itu – go with the flow
Berdasarkan kisah benar
Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya. Justeru, suatu hari mak mengajak anaknya itu untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya. Tiap kali solat mereka berdoa, iaitu pada solat Dhuha.
Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka. Apabila si mak khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas. Si mak cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.
Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka. Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu.
Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu. Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.
Perempuan itu mula rasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana? Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal. Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.
4 Proses Menjemput Jodoh
Setelah anda menjalani proses menyeru jodoh, jangan lupa melalui proses menjemput jodoh. Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.
Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)
1. Banyakkan berdoa
Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil. Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah. Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.
2. Kenali tanda-tanda Allah
Daripada kisah di atas, selepas 7 hari anda berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita. Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah. Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.
3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Walau tanda-tanda Allah sudah anda dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.
4. Lalui situasi itu
Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu. Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang. Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ. Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah. Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh. Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.
SUMBER: AKU ISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Air & Kit Kebersihan Haid, Wanita Gaza Terpaksa Guna Pil Penangguhan Haid
Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Menurut Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga, walaupun tahu akan kesan sampingannya tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah.
Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar.
Sumber: AlHijrah Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulunya Budak DISLEKSIA Tak Tahu Baca & Hafal Hingga Digelar ‘Bodoh’, Tapi Kini Aliff Syukri Level USAHAWAN Jutawan
Isi Kandungan
ToggleKetika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
PERNAH JUAL BAJU TAPI KECUNDANG
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
A post shared by Aliff by Sha & Aliff Homme (@aliff_syukri) on
MINAT MASAK SEJAK DULU
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALIFF SYUKRI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI