“Selamat Hari Kita Ke-12 Sayang. I Love You!” Usia Perkahwinan Lebih Sedekad DATIN LISA SURIHANI Luah Kesyukuran

Share

Baru-baru ini bersempena ulang tahun perkahwinan ke-12, pelakon dan pengacara jelita Datin Lisa Surihani telah menitipkan ucapan ringkas serta doa ringkas buat suami tercinta di Instagram peribadinya.

Berlatarkan bangunan ikonik KLCC sambil diterangi cahaya malam yang penuh romantik, pasangan bahagia ini meraikan hari istimewa mereka itu di sebuah lokasi eksklusif.

Kedua-duanya tampil sedondon dengan memilih warna hitam polos dalam gaya ringkas. Berseri-seri wajah Datin Lisa yang sememangnya murah dengan senyuman!

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagramnya, Datin Lisa meluahkan kesyukuran kerana masih kekal jodohnya bersama Datuk Yusry sehingga kini.

“Hadza Min Fadli Rabbi. Dengan izinMu Ya Allah. Bersyukur. Selamat Hari Kita – 12, Sayang.”

Menjengah pula ke Instagram suaminya yang juga pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, ucapan istimewa turut dititipkan buat isteri tercintanya itu.

“Selamat hari kita ke-12 sayang. Pejam celik dah 12 tahun kita; 3 anak. Thank you for the 12 wonderful years. Love you so much”

Rata-rata para pengikut dan peminat mereka termasuk rakan-rakan artis menzahirkan ucapan tahniah serta doa buat Datin Lisa dan Datuk Yusry agar kekal bahagia selamanya.

Untuk info, Datin Lisa dan Datuk Yusry mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Kredit Foto: Instagram Datin Lisa Surihani, Datuk Yusry Abdul Halim

Published by
Amy Mohd