Baru-baru ini bersempena ulang tahun perkahwinan ke-12, pelakon dan pengacara jelita Datin Lisa Surihani telah menitipkan ucapan ringkas serta doa ringkas buat suami tercinta di Instagram peribadinya.
Berlatarkan bangunan ikonik KLCC sambil diterangi cahaya malam yang penuh romantik, pasangan bahagia ini meraikan hari istimewa mereka itu di sebuah lokasi eksklusif.
Kedua-duanya tampil sedondon dengan memilih warna hitam polos dalam gaya ringkas. Berseri-seri wajah Datin Lisa yang sememangnya murah dengan senyuman!
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagramnya, Datin Lisa meluahkan kesyukuran kerana masih kekal jodohnya bersama Datuk Yusry sehingga kini.
“Hadza Min Fadli Rabbi. Dengan izinMu Ya Allah. Bersyukur. Selamat Hari Kita – 12, Sayang.”
Menjengah pula ke Instagram suaminya yang juga pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, ucapan istimewa turut dititipkan buat isteri tercintanya itu.
“Selamat hari kita ke-12 sayang. Pejam celik dah 12 tahun kita; 3 anak. Thank you for the 12 wonderful years. Love you so much”
Rata-rata para pengikut dan peminat mereka termasuk rakan-rakan artis menzahirkan ucapan tahniah serta doa buat Datin Lisa dan Datuk Yusry agar kekal bahagia selamanya.
Untuk info, Datin Lisa dan Datuk Yusry mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Kredit Foto: Instagram Datin Lisa Surihani, Datuk Yusry Abdul Halim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Pendam Sorang-Sorang’- Uyaina Arshad Rasa Sedih Hingga Berpeluh-Peluh Waktu Tidur
Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada meluahkan perasaannya di laman sosial apabila dia tiba-tiba mengalami rasa sedih dan stres hingga mengganggu waktu tidurnya.
Tak mahu terus dibelenggu perasaan sebegitu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu telah meminta para pengikut laman instagramnya berkongsi cara bagi mengatasi masalah yang dialami.
Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam-macam rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh-peluh lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat2 penat. Rasa worthless.
Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu 🥵
Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya. FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.
Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.
Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Aamiinn 🤲🏻
Also, swipe left to see some beautiful comments & tips dari mereka yang turut berkongsi 😊
Berikutan itu, ramai yang memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh Uyaina termasuklah rakan artis iaitu Janna Nick dan Fiza Frizzy.
Tanpa disangka, ramai juga yang pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama dialaminya dan mengatakan tidak mengapa untuk bersedih seketika namun jangan lupa untuk bangkit selepas itu.
Peringatan sebegini sememangnya sangat berguna untuk seluruh individu sebenarnya. Ramai di antara kita yang memilih untuk berdiam diri daripada meluahkan. Tak elok begitu. Janganlah anggap isu kesihatan mental ini suatu benda yang remeh kerana ia mampu mengganggu kehidupan seharian kita. Let’s take a good care of our mental health sister!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Antara Sebab Hijabi WAJIB Hadiri ‘Karnival Pendidikan Sinar Bestari’, Rugi Kalau Tak Pergi Sis!
Di era moden dan teknologi yang kian canggih pada masa kini, dunia pendidikan negara juga tidak terkecuali dari mengalami transformasi dampak dari perkembangan teknologi kini. Malah, dunia pendidikan kini juga berasaskan digitalisasi.
Oleh itu, pendidikan secara virtual dan digital ini menjadi fokus serta tumpuan utama di dalam Karnival Pendidikan Sonar Bestari pada tahun ini, yang dijangka berlangsung pada tanggal 8 hingga 10 September nanti.
Karnival Terbesar Ini Bakal Beri Pendedahan Pembelajaran Luar Darjah Kepada Murid Dan Guru!
Menurut Pengarah Projek, Meen Tahrin, karnival julung kali yang diadakan itu merupakan Karnival Pendidikan terbesar di negeri Selangor yang pernah dianjurkan.
Tambah beliau, karnival tersebut diadakan dengan kerjasama antara Sinar Harian, Sinar Bestari dan juga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.
“Karnival ini terbuka kepada orang ramai dan masuk adalah percuma. Para pengunjung terutama pelajar sekolah boleh menyertai pelbagai pertandingan yang telah kami aturkan dan mereka akan menyertainya melalui penglibatan sekolah masing-masing.
“Pada masa yang sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan pastinya memberi kelainan dalam karnival pendidikan ini kerana kita dapat melihat dengan lebih dekat peranan masing-masing,” ujarnya yang juga merupakan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian.
Tambah Meen, karnival tersebut turut dilihat menjadi platform kepada ibu bapa dan juga masyarakat dalam mengenali lebih dekat dunia pendidikan yang berasaskan digital pada hari ini.
Sebab Kenapa Hijabi WAJIB Hadir Karnival Selama Tiga Hari Ini!
Menariknya! Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti yang mengujakan buat para pengunjung.
Antaranya demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba, Pameran Digital Skil dan Kerjaya serta 60 pempamer yang lain seperti Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Artikel berkaitan: Hijabi Hafaz Quran Cetus Inspirasi! Raih Tempat Kedua Peperiksaan Acca Dunia!
Selain itu, turut berlangsung SinarPlus Makan Fest, rumah hantu, uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) serta zoo mini dan kereta kuda yang disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Malah, turut diadakan juga 17 pertandingan untuk pelajar sekolah seperti robotik, Sinar Bestari Got Talent, bola keranjang, dikir barat dan crossword puzzle. Tidak ketinggalan persembahan silat dan program kids Quran Hour daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar negeri Selangor.
Wow! Dengar macam menyeronokkan je semua aktiviti yang diadakan sepanjang Karnival ni! Jadi hijabi jangan lupa, tanda siap-siap kalendar agar tak terlepas peluang menghadiri karnival yang terlajak seronok ni!
Jangan lupa ajak seluruh ahli keluarga meluangkan masa menyertai setiap aktiviti yang diadakan nanti. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan karnival ini, hijabi boleh layari Sinar Bestari
Artikel berkaitan: Hijabi Ini Bangga Jadi ‘Pemain Bola’ Berhijab, Mahu Cetus Inspirasi Wanita Dunia!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerana Biadap Dengan Ibu, Lelaki Ini Doakan Anak Tersebut Dapat Hukuman Yang Setimpal Dengan Perbuatannya!
Seorang anak seharusnya menghormati ibu yang telah bersusah payah melahirkan, menjaga dan membesarkannya. Ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari kecil lagi, seorang anak sepatutnya menjaga perasaan ibunya sebaik yang mungkin.
Berdosa besar sekiranya seorang anak itu mengguris perasaan ibunya. Apatah lagi apabila air mata ibu jatuh dek kerana kecil hati dengan sikap kita. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin Muhammad, baru-baru ini dia telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli buah.
Sewaktu berada di pasar raya tersebut, dia terdengar seorang ibu meminta anaknya untuk membelikan ikan. Tetapi jawapan yang diterima sungguh mengejutkan hingga lelaki ini berdoa agar anak yang biadap itu diberi hukuman yang setimpal di atas kekasaran terhadap ibunya itu.
Ikuti perkongsian Khairul Hakimin Muhammad. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Hormati ibu yang telah berpenat lelah menjaga kita. Jangan diabaikan ibu yang satu itu kerana ibu, tiada galang gantinya.
Aku tak tahulah apa benda yang Tuhan nak beri aku atas apa yang aku lalui hari ini. Dari pagi ada sahaja yang tak kena.
Sampailah tadi, keluar dari Putrajaya dalam jam 6.45 petang, kena jem pula. Aku tekad nak singgah ke sebuah pasar raya kerana stok buah dalam peti ais dah habis.
Elok parking, azan Maghrib. Aku jalan selaju mungkin. Ambil troli dan terus ke belakang, bahagian buah. Sedang elok aku capai plastik dan kemudian nak pilih-pilih, tup tup ada makcik sebelah aku duk bercakap dengan anak dia.
“Ma, ambillah 2 keping je ikan tu, mak teringin sangat.”
Makcik tersebut dah cakap 2 hingga 3 kali dan anak dia boleh jawab:
“Mak kalau nak makan, mak beli sendiri. Anak saya semua makan ayam. Mak duduk rumah saya, kena ikutlah apa saya makan.”
Kurang asam. Aku terus menyampuk.
“Hoi, ini mak kau kan? Pasal apa kau cakap macam tu?”
Dia terdiam. Makcik itu pun terdiam. Terus dia cakap ke emak dia.
“Tengoklah, mesti semua orang ingat saya ni kejam kan? Mesti mak happy kan?”
Aku pun seluk duit, beri dekat makcik itu. Suruh pergi beli ikan. Kemudian aku angkat tangan dan cakap kuat-kuat:
“Ya Allah, kau hukumlah perempuan ini sama seperti dia pernah layan ibu dia hari ini. Biarkan anak-anaknya pula melayan dia begini suatu hari nanti.”
Pang! Kahkahkah. Mujurlah tak kena muka aku. Makcik itu lempang tangan aku. Pedih woih. Hahaha. Makcik itu ketap gigi dan cakap, “Dah dah. Itu anak aku.” Huhu. Air mata dia bergenang.
Aku tahu dia sayang anak dia sangat-sangat. Walau anak dia blah tinggalkan dia masa aku buat-buat doa begitu, tengoklah ibu dia juga yang pertahankan dia.
Aku tak tahulah kenapa aku boleh berani macam itu. Aku pun blah. Haram sebiji buah pun aku tak beli.
Masuk dalam kereta, aku terfikir benda ini. Emak aku duk layanlah semua benda aku nak makan. Sampai ke tahap kalau aku balik kampung, dia mesti masak benda yang aku suka.
Aku tahu dia tak pernah cakap dia sayangkan aku, namun dia buktikan semua itu dengan perbuatannya.
Ini emak kita minta nak makan woih. Gila apa kau boleh betah macam itu. Kau tolonglah tak sampai ke momen yang Tuhan ambil alih tempat kasih sayang kau itu. Dengan ambil emak kau, dengan buang semua anak kau. Dan kau jadi sendiri seorang.
Ingat kawan, hak ibu bapa kepada anak ini tolonglah tidak sampai mereka meminta-minta kepada kita. Mana yang kita tahu mereka suka, buat dan belikan siap-siap. Tolonglah.
Itu syurga. Kau dapat laki kaya, kerja hebat dan anak-anak power bagaimanapun, itulah tempat yang Tuhan angkat darjatnya, yang mana Tuhan kata, menyayangi mereka itu akan sampai ke tahap Tuhan juga akan menyayangi kau.
Tolonglah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI