Selama 3 Tahun,Tiada Siapa Tahu Gadis Ini Mati Seorang Diri Di Atas Sofa Dengan TV Yang Masih ‘On’

Share

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @sheikh_anon telah berkongsi sebuah kisah mengenai kematian seorang wanita yang hanya diketahui selepas 3 tahun. Paling meruntun jiwa, mayatnya ditemui sedang duduk di atas sofa menghadap TV yang masih ‘on’, tidak pernah ditutup selama 3 tahun dari saat kematiannya.

 

Tweet daripada @sheikh_anon ini telah mendapat lebih daripada 12k retweet di Twitter.

Gadis ini mati seorang diri di dalam rumahnya. Seramai dan serapat mana pun kenalannya, tiada seorang pun yang mengetahui keadaannya.

TV yang tidak pernah tertutup sepanjang 3 tahun.

Sebelum mati, dia juga telah siap membalut semua bungkusan hadiah yang ingin diberikan kepada rakan dan juga keluarganya.

Dia mungkin meninggal kerana serangan asthma ataupun gastrik.

Seorang yang berjaya dalam hidup sebelum mula mengasingkan diri.

 

Jadi, itulah pentingnya anda mengambil tahu dan mengambil berat mengenai orang-orang tersayang. Sebelum terlambat, baik anda bertanya khabar mereka sekarang. Mungkin ada di antara mereka yang sedang menghadapi masalah bersendirian kan?

Published by
Qistina