Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
@noraelynaelly Yakin Dengan Apa yg Kita Buat 💪 🧡💚❤️💛💚❤️💛🧡💚❤️💛🧡 #meru #wanitahebat #aircondmanmalaysia #noraaircond #sahabat #fypシ #fyp #meletop #airconditioner #aircond #wanitakuatwanitahebat #gagahberani #rakankerja #kawan #airconditioning #simen #wanita #wanitakuat #aircondgirl ♬ Buah Hati – Armada
Artikel berkaitan: Pilih Kerjaya Berisiko Di Dunia, Normalia Sidek Tawan Puncak KLCC. Iron Lady!
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Artikel berkaitan: Berkorban Demi Anak, Wawa Aeril Mahu Hayla Sambung Legasi Perniagaan
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Sumber: mStar dan TikTok Noraelynaelly
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.