Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Tidak kira soal susah, asalkan rezeki halal
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
Ads
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini memang sering menjadi idola gadis-gadis remaja dek kerana personalitinya yang selamba dan caranya membawa diri dengan penuh yakin. Gelagatnya yang spontan bersama suami, Awal Ashaari dan juga anak tercinta iaitu Lara Alana juga sering mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Sempat berbicara mengenai soal keyakinan diri yang sering menjadi isu di kalangan wanita ketika pelancaran produk Downy terbaru iaitu Downy Natural Secret Garden dan Downy Natural Aqua Ocean menerusi kempen ‘Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya’, penjelasan Scha pastinya mampu membuat semua terkesan dan lebih menghargai diri sendiri.
Dahulunya sering memikirkan persepsi orang terhadap dirinya.
“Sebelum ini, semasa saya baru bermula di dalam industri hiburan, saya sentiasa kisahhkan apa yang orang lain fikir tentang saya. Lama – kelamaan, saya bermula untuk menerima diri sebenar saya kerana tidak boleh memuaskan semua orang. Jadi, marilah kita semua meraikan semua aspek, besar ataupun kecil, yang mendefinisikan diri kita.
Semua wanita dicipta unik, dan setiap wanita mempunyai kisah sendiri. Sebab itulah saya ingin menggalakkan nilai yang dipupukkan dengan Downy Natural supaya kita semua meraikan diri semula jadi kami, ” kata Scha.
Scha juga menjelaskan bahawa dirnya suka jika orang sekeliling rasa senang dengan dirinya.
“Scha sebenarnya seorang yang introvert. Namun apabila berada bersama orang lain, kita akan tukar diri kita supaya mereka rasa selesa dengan kita.”
Selain itu, sebelum ini terdapat juga netizen yang suka mengkritik hidung dan suaranya dan mengatakan ianya seperti suara seorang budak lelaki.
Mungkin pada awalnya terkesan, namun kini semuanya tidak bermakna lagi buat Scha.
“Bagi Scha kita kena embraces kekurangan yang ada pada diri kita. Sentiasa praktis dan ingatkan pada diri sendiri kerana hanya kita yang mengenali diri kita. Memang orang akan mengata jadi kita harus abaikan sahajalah.
“Setiap pagi kita cakap pada diri, ‘I am going to have a productive day today.’ Kalau tak okay pun tidak mengapalah it’s okay kita boleh teruskan rutin harian seperti biasa. Yang penting kita harus bersyukur. Kita akan bahagia jika bersyukur dan jangan bandingkan dengan orang lain. Perkara itulah yang akan buat kita tidak happy,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sudah mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang melanda Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin. Kronologi bermula apabila Ziana Zain membuat laporan polis apabila suaminya mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari yang lalu.
Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi lebih panas apabila Ziana Zain memfailkan penceraian terhadap Armin. Ziana Zain kemudian mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu ini serta mahu pihak media memahami keadaan dirinya.
Namun, setelah lama berdiam diri, akhirnya Ziana Zain meluahkan segala rasa yang dipendam seawal empat bulan perkahwinan. Tidak sangka, rumah tangga yang tampak bahagia pada luaran rupa-rupanya menyimpan seribu satu duka. Satu sikap Ziana Zain yang harus dipuji adalah dia tidak pernah bercerita tentang kemelut yang terjadi dalam rumah tangganya. Menurutnya kepada Sinar Online, dia telah diajar oleh ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumah tangga.
Tambah Ziana lagi, dia ibarat hidup di dalam neraka sejak berkahwin dengan Armin seawal empat bulan pertama. Dia terpaksa menanggung penderaan mental yang dialami secara sendirian. Setiap kali mahu pulang ke rumah, dia seolah-olah trauma dan takut. Jika orang lain menganggap rumahku syurgaku, berbeza dengan dia. Padanya, rumahku nerakaku.
Lebih memeranjatkan lagi apabila salah seorang daripada anak mereka terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak berusia 14 tahun. Anak-anaknya turut stress dek kerana perilaku Armin. Suaminya juga sering melemparkan kata-kata kurang sopan termasuklah di tempat awam dan di depan ahli keluarga.
Betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Ziana Zain hingga mampu bertahan dengan suaminya selama 20 tahun. Ia bukan satu jangka masa yang sekejap. Hijabista turut memuji aura positif yang ditonjolkan oleh Ziana Zain di akaun Instagram miliknya. Tidak sekalipun kesedihan ditunjukkan olehnya. Apa pun, Hijabista doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Ziana Zain kuat dan tabah mengharungi dugaan yang melanda dirinya. Orang hebat pasti hebat ujian yang Allah berikan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Selaras dengan penyebaran COVID-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) sudah pastinya kita kekal di rumah dalam tempoh ini.Pelbagai aktiviti dan masakan telah dicuba. Namun anda semua jangan cepat mengalah dan bosan untuk kekal mengikut arahan kerajaan.
Perkongsian resepi mudah ini, hijabista kongsi untuk anda yang bujang mahupun berkeluarga agar tidak buntu dengan rutin harian. Selamat mencuba!
1. Kuih Pintal (guna 3 bahan , 15 minit dah siap)
Bosan tunggu lori roti GARDENIA, jomlah korek bahan kat dapur yang masih berbaki. Resipi ini pun tak kurang hebatnya.
BAHAN: (Untuk 8-10biji)
Telur sebiji
Gula 2 sudu
Tepung pulut (Agak agak sampai jadi doh)
CARA:
Pukul telur dan gula sampai kembang. Pukul pakai sudu jak pun boleh.
Dah kembang, masukkn tepung pulut. Agak agak jak sampai jadi doh. Kalau doh keras, renjis sikit air
Dah uli, gulung gulung ikut bentuk macam di bawah.
Goreng guna api kecil. Dah panas, masukkn kuih dalam kuali. Tunggu sampai kembang dan keperangan baru angkat, jangan angkat cepat sangat risau dia mengecut.
Biarkan kejap, pastu tabur gula aising atasnya. Nak makan dengan sardin pun boleh .
*If nak tambah garam sikit, tepung banyak n tambah air pun boleh.
Sumber: Kasmi Saharing
2. Tauhu Berlauk Crunchy
Menu kreatif ini untuk hijabi yang masih single, selalu order tauhu segerakan. Bila dah duduk di rumah boleh cuba resipi ini.
BAHAN:
Isi tauhu dua keping
Tauhu telur 1 bungkus
Sayur sayuran yang bersesuaian (saya guna lobak,daun sup,cili merah dan lobak)
Bahan perasa (saya guna serbuk pati ayam & lada hitam)
Telur & tepung serbaguna untuk salutan
Blendkan semua bahan bersama sedikit sahaja air kecuali telur . Agak agak lah adjust bahan perasa tu ikut selera, jangan terlalu masin. Sekiranya bancuhan menjadi terlalu cair, tambahkan tepung gandum. Sementara nak siapkan bahan blend ni, boleh panaskan dulu pengukus.
Langkah 2
Dapatkan kepekatan yang sesuai supaya tauhu senang disudu ke dalam acuan untuk proses kukus & goreng.
Langkah 3
Sudukan bahan yang telah di blend ke dalam acuan. Tak kisah nak guna acuan apa apa pun, saya ada acuan kuih ni saja Kalau guna acuan seperti saya, dapat lah dalam 12 biji tauhu berlauk ni.
Sapukan sedikit minyak di dalam acuan supaya senang nak keluarkan isi tauhu kukus walaupun masih panas. Isi je penuh dalam acuan, jangan risau dia takkan melimpah pun.
Langkah 4
Okay lepas dah kukus dalam 10 minit macam tu, isi tauhu tadi akan naik macam ni. Maknanya dah masak cantik dah. Sekarang dah ready untuk digoreng.
Langkah 5
Keluarkan isi tauhu kukus. Dalam mangkuk,pecahkan sebiji telur dan masukkan sesudu makan tepung serbaguna. Pukul rata dan celupkan tauhu kukus.
Langkah 6
Gorengkan dalam minyak yang betul betul panas supaya effect crunchy telur dan tepung tu jadi.
Langkah 7
Okay terbalik terbalikkan, biar semua sekali garing. Angkat dan hidangkan. Sebelum hidang, saya dab dab dulu dengan tisu dapur, tak gemar kalau berminyak
Baiklah, dah siap! Begini la rupa tauhu berlauk crunchy tu, bolehlah dimakan dengan apa apa sos pencicah macam sos thai ke sampal kicap ke. Saya guna sos thai yang dibancuh dengan air gula, hirisan cili padi, daun ketumbar dan bawang merah segar. Sedap sangat !
sumber : Nur Diyana via MAHN
3. Puding Oreo Milo
Menyediakan hidangan pencuci mulut bukan sesuatu yang sukar, guna bahan yang ringkas tapi tetap menjadi. Sedap pula tu. Untuk hari ini, apa kata ibu-ibu cuba Puding Oreo Milo ini. Air tangan dari Noraslinda Bugal ini viral cukup mudah. Hanya guna 5 bahan je. Jom cuba!
BAHAN:
1 paket serbuk agar-agar(10 gram)
800 ml susu segar(saya guna susu Dutch Lady Full Cream)
150 gram gula pasir
8 keping biskut Oreo
2 sudu besar Milo
CARA:
Satukan serbuk agar-agar,susu segar dan gula pasir di dalam periuk.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.Sentiasa dikacau
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut(Jangan terlalu halus)
Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.Tuang biskut tadi ke dalam acuan
Tapis agar-agar dan tuang ke dalam acuan(Jangan tuang habis semua.Tinggalkan sedikit untuk lapisan Milo)
Gunakan garfu,kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan.Ketepikan
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo.Kacau sehingga Milo hancur dan sebati
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan
4. Puding Susu Nata De Coco
Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah. Bolej ajak anak-anak dan suami buat sekali. Bonding time!
BAHAN:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
CARA:
Masak sampai likat dan berkilat
Sejukkan masukkan dalam bekas
Bubuh cocktail, nata de coco n curah susu
Sejukkan dalam sejuk.
Siap!
Kredit: Iffy Iruzza via MAHN
5. Cucur Udang Rangup Makan Tak Henti
Biasa kalau beli cucur udang tak kan dapat rasa sebagaimana yang diinginkan. Ada yang terlalu berminyak, keras dan sebagainya. Senang aje, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Kalau ada yang teringin nak makan, boleh buat untuk minum petang nanti sambil bayangkan suasana kampung.
BAHAN:
Tepung gandum – 2 cawan
Tepung beras – hampir2 1 cawan
Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh)
Udang kecil
Ikan bilis – segenggam
Bawang merah dimayang nipis – 3 ulas
Daun kucai
Serbuk kunyit
Garam
Air (tiada dlm gambar)
Minyak masak (tiada dlm gambar)
CARA:
Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2
Udang kecil dibuang kepala
Kemudian ambil satu magkuk besar
Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras
Masukkan garam / serbuk pati ayam
Gaul2 kan (kering tanpa air)
Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis
Masukkan juga serbuk kunyit
Masukkan pula bawang & daun kucai
Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik)
Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya)
Panaskan minyak yg banyak dlm kuali
Goreng dengan cara jatuhkan bancuhan tu dari tepi kuali, supaya dia jatuh meleper & jadi nipis. Bila dah masak, angkat dan toskan cucur atau cekodok udang
Kredit : Farah Farhana
SUMBER: Majalah RASA & KELUARGA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...