Kebahagiaan tidak ditentukan oleh tahap sesebuah kejayaan, kekayaan mahupun kecantikan seseorang.
Sehebat mana pun kejayaan, sebesar mana harta atau kecantikan ia tidak akan cukup.
Justeru, kebahagiaan sering tercipta dari dalam iaitu cara anda melihat dan berfikir tentang sesuatu.
Apabila merasa insecure (tidak selamat) sebenarnya lebih banyak perkara yang merugikan. Berikut beberapa perkara yang boleh menyakiti anda jika sering merasa insecure.
HILANG KECANTIKAN SEMULA JADI
Ads
Orang yang sering merasa insecure selalunya berasa tidak selamat tentang segala-galanya tentang mereka sama ada bentuk badan, warna kulit serta kemampuan mereka sendiri.
Akhirnya seseorang itu akan hilang kecantikan dan daya tarikan semula jadi. Kajian membuktikan, keyakinan diri adalah salah satu kunci untuk kelihatan cantik. Jika anda tidak mahu dilihat kurang menarik, belajarlah untuk mengatasi rasa insecure dan lebih yakin.
SERING MERASA KESEPIAN
Orang yang insecure cenderung menghadapi masalah untuk mempercayai diri mereka sendiri dan orang lain.
Ads
Akhirnya, seseorang itu takut untuk membuat keputusan, terdedah kepada kegagalan malah menyalahkan orang lain atas kegagalannya sendiri. Sikap ini pasti menimbulkan masalah dengan orang lain. Akhirnya anda akan keseorangan.
BERFIKIRAN SEMPIT
Dunia ini penuh dengan warna-warni. Jika anda berfikiran sempit, sukar untuk menerima perbezaan, perspektif dan pemikiran orang lain yang tidak sama dengan anda akhirnya, hidup terasa sukar.
Anda juga akan berhenti di zon selesa dan tidak berkembang. Jangan terkejut jika hidup anda terasa bosan atau tidak mengalami perubahan yang baik.
Ads
MUDAH CURIGA & BERPRASANGKA
Jika minda tidak berminat untuk mempercayai kewujudan kualiti positif, maka sukar untuk berprasangka. Apabila anda berasa tidak puas hati dan tidak selamat dengan diri sendiri, ia akhirnya merebak kepada pemikiran yang mencurigakan, prasangka dan menuduh orang lain.
Akibatnya, anda mudah mendapat masalah dengan ramai orang, merosakkan hubungan baik dengan rakan, rakan kongsi perniagaan, rakan kongsi dan keluarga. Jangan terkejut jika anda tidak mempunyai kawan atau sesiapa di sisi.
MUDAH ALAMI PERKARA BURUK
Orang yang insecure juga biasanya cuma fokus kepada perkara negatif sehingga sukar melihat kebaikan yang datang dalam kehidupan. Maka bersyukurlah dengan perkara baik yang berlaku.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemakanan adalah suatu benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Diet dan juga keseimbangan dalam makanan perlu di teliti supaya kesihatan terjamin.
Sering kita lihat tip-tip yang di sebut untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup yang seimbang supaya kesihatan badan terjamin. Juga sudah tentu ada amalan pemakanan yang boleh kita ikuti seperti makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Makanan kegemaran Rasulullah baik buat kita
Menjadi suatu panduan kita untuk mengikuti apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, kita harus menyakini apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW bakal memberikan manfaat buat diri kita.
Jadi di sini kita ingin menyentuh soal gaya pemakanan Rasulullah SAW, sudah pasti Baginda mempunyai makanan kegemaran. Kita juga dalam tidak sedar mungkin sudah mmengamalkan makanan kegemaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Mengikuti perkongsian dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerangkan tentang makanan kegemaran Baginda, antaranya:
1. Barli
Di perjelaskan oleh Imam at-Tirmizi melalui karyanya, al-Syamail al-Muhammadiyyah, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah barli.
Ada juga di ceritakan dalam sebuah hadis sahih Bukhari:
“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.
Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
2. Buah kurma
Ya, sering menjadi perhatian kita ketika bulan Ramadan. Kurma merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Baginda sering menjamah kurma memandangkan ia merupakan makanan ruji pada zaman baginda.
Sabda Nabi, “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain dari itu, melalui Saaid bin Abi Waqqas, baginda SAW juga turut bersabda:
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
3. Tembikai
Buah tembikai yang sedap, manis, dan sangat melegakan tekak ketika panas hari dengan sensasinya yang nyaman. Ia juga menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA, “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
4. Susu
Di nyatakan dalam sebuah hadis, Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda, yang berbunyi:
“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),
“Manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (Hadis Riwayat Ahmad)
5. Minyak zaitun
Melalui hadi riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati.”
Kita tahu bertapa bagusnya penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Ia juga di jelaskan boleh mencegah penyakit strok malah menurunkan berat badan.
7. Air kosong
Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah berkata mengenai amalan Rasulullah SAW yang sering minum air kosong. Beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (Hadis Riwayat Muslim).
Rata-rata makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah makanan ruji yang sering menjadi juadah harian kita tanpa sedar. Alangkah bagusnya pemilihan pemakanan oleh Baginda SAW yang dapat memberikan manfaat serta kesihatan tubuh badan.
Istimewanya seseorang yang bergelar wanita itu sehingga Tuhan mengangkat nilai dan martabatnya disisi Islam. Ini juga dapat kita lihat secara jelas bahawa Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu melalui kalamullah ayat ke-15 surah Al-Ahqaf yang bermaksud:
”Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.
Masyaallah, begitu tinggi nilai seorang wanita itu dan kerana itulah kaum wanita ini perlu dilindungi dan dipelihara dengan sebaiknya. Seperti cerita ini, kisah yang dikongsi di twitter oleh @JajaBerkarya ini mengenai bagaimana bapanya mendidiknya menyentuh hati netizen hingga mendapat perhatian selebriti terkenal, Neelofa. Mari kita selami kisahnya.
Bapa tidak pernah naik tangan terhadap dirinya.
Bapa anugerah terindah dari syurga.
Siapa sangka, tweetnya itu mendapat perhatian Neelofa. Bukan itu sahaja, Neelofa juga ingin menghadiahkannya koleksi tudung jenamanya. Bertuahnya!
Jaja ternyata tidak menyangka Neelofa akan memberikan reaksi sebegitu rupa terhadap dirinya. Rezeki tak pernah alamat sis!
Biarpun sibuk sebagai pelakon dan penyanyi, hijabi cantik Farisha Iris baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah setelah setahun lebih menimba ilmu sambil bekerja.
Dengan kejayaan itu, Farisha membuktikan anak seni juga mampu berjaya dalam akademik.
Gadis manis berusia 24 tahun ini menerima Ijazah Sarjana Muda jurusan komunikasi perhubungan awam pada majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-98 pada 23 November lalu.
Farisha atau nama penuhnya Farisha Asmadi menitipkan kesyukuran serta berkongsi kegembiraan bersama para pengikutnya di Instagram peribadi.
Dalam hantarannya itu, Farisha tampil manis dalam jubah konvokesyen rona biru gelap sambil memegang bunga dengan senyuman paling manis.
“Alhamdulillah syukur.. Diberi peluang untuk bernafas dan masih berjalan di atas dunia yang sementara. 2020–2022, Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations, UiTM Shah Alam.
“Setelah setahun lebih, and today is my degree’s convocation. I am beyond grateful and happy.”
Farisha turut mengakui ia bukanlah perjalanan yang mudah sebaliknya satu proses yang sangat sukar. Pun begitu, Farisha akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.
“It was not an easy journey, it was a tough process that was bitter to swallow. But now, all I taste is satisfaction.”
Di sebalik kejayaannya itu, pasti ada insan hebat yang sentiasa menjadi tulang belakang Farisha. Siapa lagi kalau bukan ibunya yang sangat menitikberatkan soal pendidikan sejak kecil.
“I still remember back then, when I was in high school, how my mother taught and told me how vital education is.”
Tulis Farisha lagi, dia berusaha melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tinggi bukanlah dipengaruhi kehendak orang lain sebaliknya atas keinginan serta usaha sendiri demi masa depan.
“Lambat atau cepat tiada siapa yang akan menjaga, membantu dan memberi kita makan. Di penghujungnya, kita hanya mempunyai diri sendiri untuk bertahan.”
Farisha turut berpesan kepada masyarakat agar terus menimba ilmu. Baginya, hanya pendidikan yang mampu menjamin masa depan lebih baik.
“Siapa pun yang anda mahu jadi sama ada public figure atau usahawan, carilah ilmu dan capai sesuatu (dalam hidup).
Farisha turut berterima kasih kepada insan-insan yang ada bersamanya saat susah senang sepanjang pengajian. Tak dilupakan jasa para pensyarahnya.
Dia juga memohon doa semua agar dipermudahkan ‘perjalanannya’ untuk menggenggam Ijazah Sarjana pula tak lama lagi.
“Doakan saya semoga dapat menghabiskan Ijazah Sarjana pada 2024 ini dengan jayanya. Semoga ada daya dan semangat untuk menjalani peringkat yang seterusnya. Amin, InsyaAllah.”
Terdahulu, pada Jun 2022 Farisha menerima diploma dalam bidang komunikasi dan media daripada universiti yang sama.
Kredit Foto: Instagram Farisha Iris
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...