Mungkin ramai di antara kita berasa takut untuk bangun pada waktu tengah malam namun tahukah anda pada detik inilah kita disunatkan untuk bangkit dari tidur bagi melakukan solat tahajud. Abaikan segala kisah seram yang telah kita dengar sebaliknya fokuslah niat untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan Yang Esa.

Buat mereka yang baru hendak memulakan rutin ini, jangan putus asa. Walaupun kadang kala badan terasa penat untuk bangun namun percayalah segalanya pasti akan membuahkan hasil. Berkongsi di laman sosialnya, Puan Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar yang merupakan seorang usahawan agensi pelancongan yang berjaya ini memberikan tip mudah buat mereka yang mahu berjinak-jinak mengerjakan solat sunat ini.

IKLAN

Malam ni sebelum tidur, izinkan kina share sikit tips cara kina bangun tahajud. Mungkin tak semua orang senang nak bangun 3am-4am, jadi boleh baca beberapa tips ni ya. Senang sahaja.. Mudah-mudahan perkongsian ni berguna bagi mereka yang berazam nak bangun tahajud setiap malam~
.
1. Waktu untuk solat tahajud ialah selepas azan isyak sehingga sebelum azan subuh. Syaratnya mestilah dah tidur/tertidur pada waktu isyak. Tidur 5min sahaja pun dah dikira tidur.
.
2. Biasanya selepas solat isyak, kina akan tertidur kejap. Nanti dalam pukul 10PM atau 11PM kina akan terjaga, terus solat tahajud. Ya, paling afdhal untuk tahajud ialah 3-4AM, tapi kalau awal pun takpa, asalkan solat.

IKLAN


.
3. Ada hari2 yg terasa letih nak tidur malam lama terus, set alarm 10-15minit sebelum azan subuh, sempat je nak solat tahajud time ni.
.
4. Kalau ibu2 yang menyusukan baby lagi senang, time baby minta susu tengah2 malam, lepas ibu bagi susu, terus boleh bangun solat tahajud.
.
5. Yang paling penting sekali mestilah niat. Sebelum tidur niat dulu malam ni aku nak bangun tahajud lepastu set alarm. Kalau boleh tidur awal. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Kalau Allah bangunkan kita tengah malam tu, percayalah anda golongan bertuah. Kalau dah terjaga terus bangkit utk solat, jangan layan nafsu tidur pula.
.
Siapa yg ada tips lain boleh kongsikan di bawah? ♥

IKLAN

kredit: instagram @kina.omar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI