Selalu Pakai Lip Balm Boleh Buat Kering Dan Rosak Bibir! Ini Sebabnya…

Share

Menggunakan pelembap bibir atau lip balm adalah satu produk yang penting untuk mengekalkan bibir yang cantik dan munggil!

Tapi kalau pakai selalu pun boleh rosak dan kering bibir itu. Mungkin anda yang tertanya kenapa ia boleh jadi sebegitu rupa bukan?

Artikel berkaitan: Bibir Kering & Berdarah Sebab Kurang Air? Ini List Lip Balm Yang Sis Boleh Pakai Elak Bibir Pecah-pecah

Selalu Pakai Lip Balm Juga Beri Keburukan Buat Bibir…

Menurut HealthEssentials, setiap produk kosmetik sememangnya diperbuat hasil campuran bahan kimia. Tetapi sebenarnya tidak disarankan untuk selalu oleskan di bibir anda kerana beberapa sebab, antaranya:

Bibir Semakin Kering

Sumber dari Canva

Sememangnya ia di cipta untuk mengatasi masalah bibir yang kering tetapi ia juga berupaya buatkan bibir anda menjadi semakin kering. Mengikut kajian juga, kandungan bahan kimia itu juga boleh membuatkan bibir iritasi dan mengering.

Jadi Semakin Pucat dan Tampak Tidak Segar

Sumber dari Canva

Bibir juga boleh menjadi kurang menarik kerana ia akan bertukar pucat. Bibir yang lembap buat seketika juga boleh bertukar tidak segar dan mengerikan.

Artikel berkaitan: Tinggalkan 4 Tabiat Ini Kalau Nak Bibir Cantik. Ini Senarai Lip Balm Yang Wajib Dicuba!

Ketagih Dan Terlalu Bergantung Pada Lip Balm

Sumber dari Canva

Bagi pengguna lip balm, mereka sering mempunyai pemikiran jika tidak oleskan sedikit produk itu, bibir mereka akan mulai pecah dan merekah. Tahukah anda, kajian ada menunjukkan sensasi nyaman itu boleh meningkatkan risiko ketagihan.

Sumber: HealthEssentials

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee