Yana Samsudin antara pelakon yang memiliki kulit yang sihat dan cantik. Kulitnya yang cerah serta bebas cela tentunya menjadi idaman ramai wanita. Pendek kata dia selalu nampak cantik dan bergaya meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.
Siapa sangka rupa-rupanya yana mengamalkan cara tradisional dalam menjaga kecantikan dalaman dan juga luaran. Petua yang sering diamalkan oleh wanita zaman dahulu rupa-rupanya menjadi rahsia kecantikan dirinya.
Jom kita cungkil rahsia kecantikan Yana Samsudin. Ini antara petua kecantikan yang diamalkan oleh Yana Samsudin.
7 CARA WANITA DAHULU JAGA KECANTIKAN
1. PERIA KATAK RAHSIA AWET MUDA
Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik untuk kecantikan dalaman wanita. Amalkan, anda pasti gembira dengan hasilnya .
2. BAWANG MERAH PUDARKAN JERAGAT
Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.
3. LIDAH BUAYA ATASI JERAWAT
Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.
4. ASAM JAWA HILANGKAN PARUT
Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar. Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam campak.
5. AIR LIMAU NIPIS KURUSKAN BADAN
Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Minum jus limau nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat akan turun secara perlahan-lahan.
6. KAPUR SIRIH KEMPISKAN PERUT
Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur.
7. BAYAM HALUSKAN KULIT
Segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Campurkan dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut.
Last sekali takda dalam senarai tapi ni wajib buat! Hati kena bersih untuk kekal cantik dalam dan luaran! Jaga solat ya.
Hijabista: Yang penting kena konsisten sis bukan kejap buat kejap tak ya sis!
Sumber kredit: Facebook Yana Samsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI