Selalu Beri Derma, Pengurus Rumah Anak Yatim Dedah Ashraf Sinclair Seorang Dermawan

Share

Pemergian Ashraf Sinclair memang mengejutkan ramai orang. Meninggalnya aktor berusia 40 tahun ini menyebabkan ramai yang bersedih bukan sahaja peminatnya di Malaysia, bahkan juga di Indonesia.

Ashraf Sinclair disifatkan sebagai seorang yang pemurah semasa hayatnya apabila dia menjadi penderma tetap kepada rumah anak yatim.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib berkata, sepanjang mengenali Allahyarham Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, 40, beliau adalah insan pemurah dan dermawan, lapor Detik.

Katanya, kehilangan Allahyarham sukar digambarkan dengan kata-kata dan seakan tidak percaya berita pemergian suami penyanyi Bunga Citra Lestari itu.

"Dia sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini," kata Ahmad Habib di Rumah Sakit Pejaten Barat, Jakarta.

Menurutnya, Ashraf kerap berkunjung ke yayasan tersebut dan kali terakhir berbuat demikian dua bulan lalu.

"Ini seperti sekolah asrama, jadi bila-bila masa dia boleh datang. Jika dia mahu datang, beliau datang saja. Sangat sering (datang). Kadang-kadang dia juga akan bawa anaknya bersama.

"Setiap kali dia dapat rezeki, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami bertemu, saat itu beliau sihat, baik-baik saja," katanya.

Ashraf mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair, 10.

Berikut rakaman penuh temu bual:

Sumber kredit: Youtube dan Ashraf Sinclair Official

Published by
Norhasliza