Tiada Sebarang Yuran! Peluang Peneraju Industri Fesyen Kembangkan Jenama Ke Peringkat Antarabangsa

Share

Sebenarnya, ramai dalam kalangan kita yang sangat berbakat dalam bidang rekaan fesyen tapi tak tahu bagaimana hendak mengembangkannya. Seringkali melihat kejayaan pereka fesyen tanah air mencipta nama di persada antarabangsa, pasti ramai yang memasang angan-angan untuk menjadi seperti itu juga.

Kini anda sudah boleh berhenti bermimpi kerana impian tersebut boleh menjadi kenyataan. Jika selama ini anda hanya mengambil tempahan baju secara kecil-kecilan dan tiada bajet untuk mengembangkan perniagaan, kini anda boleh maju setapak lagi dengan Selangor Fashion Accelerator!

Anda yang dicari

Seiring dengan industri fesyen modest yang sedang berkembang, Selangor Fashion Accelerator kini sedang mencari mereka yang berbakat dalam rekaan ‘Pakaian Sedia-untuk-Dipakai’ (Ready-to-wear) sederhana dengan sentuhan moden dan elemen minimalis.

Selangor Fashion Accelerator merupakan program intensif selama 2 bulan yang akan membantu 16 pemilik jenama fesyen yang baru bermula ataupun Industri Kecil Sederhana (IKS) melalui bimbingan daripada mentor yang arif dan bengkel yang komprehensif di mana ia bakal membuka jalan bagi mengembangkan bisnes anda.

Menariknya, anda tidak akan dikenakan sebarang yuran langsung bagi menyertainya. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk diperkenalkan kepada peneraju industri, peruncit dan pengilang dalam dunia fesyen.

Platform terbaik cipta nama

Selain itu, anda akan turut diajar dan dibimbing dalam dunia perniagaan fesyen serta berpeluang menemui para pelabur yang berpontensi melabur untuk jenama anda. Wah, macam-macam ada!

Jika anda merupakan seorang yang kreatif, bercita-cita tinggi, bersemangat besar dan memenuhi kriteria kelayakan, ini sememangnya platform yang terbaik untuk anda mencipta nama dalam industri ini.

Kriteria Kelayakan:

  • Jenama baharu / IKS Malaysia
  • Kurang daripada lima (5) tahun diperbadankan
  • Menghasilkan rekaan modest untuk ‘Pakaian Sedia Dipakai’ (RTW)

Seronoknya kalau dapat mengecap impian, kan! Jadi, tunggu apa lagi? Segeralah daftarkan diri untuk mendapatkan peluang keemasan ini. Tempat adalah terhad. Rugilah kalau terlepas nanti.

Daftar sekarang di https://www.sidec.com.my/sfa2022/ sebelum tarikh tutup pada 15 Julai 2022!

Published by
QIST