Selalu Bahagiakan Orang Lain, Syafiqah Aina ‘Hadiahkan’ Ferrari Buat Suami!

Share

Pengasas produk kecantikkan Ainaa Beauty, Syafiqah Aina baru-baru ini membuat kejutan tahun baharu dengan menghadiahkan sebuah kereta Ferrari bewarna merah buat suaminya, Hafiz Mahamad yang dilihat banyak berkorban demi kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.

Perkara berkenaan dimaklumkan Aina sendiri menerusi sebuah hantaran video di laman sosial miliknya semalam. Dalam video berkenaan dapat disaksikan Aina menyerahkan kunci kenderaan mewah itu kepada suaminya yang tersenyum bahagia.

Hafiz Banyak Berkorban Untuk Orang Lain, Kali Ini ‘This Is For You’

“New year and this is for you. Reaction macam tak happy je hmm tapi hopefully awak boleh gunakan kereta ni untuk bagi manfaat pada orang ramai,” tulis Aina pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, menurut Aina, suaminya tidak kelihatan begitu gembira menerima hadiah itu. Mungkin kerana sifat Hafiz yang sentiasa mengutamakan isteri, anak-anak, keluarga dan orang lain berbanding dirinya sendiri.

Malah, sifat yang ditonjolkan Hafiz dan Aina sering menjadi sumber inspirasi khususnya bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Netizen Tumpang Bahagia, Setuju Hafiz Layak Mendapatkanya!

Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian kali ini telah menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, selain itu netizen turut menzahirkan rasa tumpang bahagia untuk pencapaian yang dikecapi Hafiz Mahamad itu.

Artikel berkaitan: ‘It’s A Nightmare!’- Mahu Lupakan Kisah Disihir, Syafiqah Aina Mohon Maaf Pada Yang Kurang Senang

Rata-ratanya bersetuji bahawa Hafiz layak menerima ‘penghargaan’ sedemikian kerana dia sendiri jarang dilihat memewahkan dirinya sendiri. Sebaliknya selalu membuat kejutan kepada ahli keluarga, teman rapat dan orang-orang terdekat disekelilingnya.

Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh wargamaya pada hantaran berkenaan.

“Asyik bagi orang je, nah sebijik mustang bini bagi”

“Naaaa dia bukan x happy tapi dia mesti akan bebel “awk duit awk tu boleh buat simpan benda lain saya nak awak dan anak2 je” hahahahaha dia sebak sangat tu sebab dia xpernah letak minat dia di tangga teratas sebab selalu letak AINAA dulu dari minat dia. THANKYOU NAAA BUAT RAMAI ORANG TERINSPIRASI ❤️

“Tahniah abg Hafiz!!! @hafizmahamad kereta idaman bohhh. You deserve it! More to go this year with AINAA 😍,” tulis wargamaya.

Sumber: Instagram Syafiqah Aina

Artikel berkaitan: Instafamous Syafiqah Aina Kongsi Tip Berselfie Supaya Nampak Lebih On Point!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir