Selain ‘Skincare’, 5 Senaman Ini Juga Bantu Hijabi Atasi Masalah Jerawat. Tak Perlu Keluarkan Kos!

Share

Masalah jerawat, sudah menjadi sebahagian dari kehidupan para wanita. Oleh itu, untuk mengatasi jerawat yang subur membiak di wajah biasanya kita akan menggunakan pelbagai jenis produk atau skincare untuk merawatnya.

Malah, ada diantara hijabi yang sanggup menghabiskan wang untuk berjumpa dengan pakar kulit. Tapi, tahukah anda bahawa terdapat cara lain untuk mengatasinya.

Ternyata ada beberapa jenis senaman yang dikenalpasti oleh Hijabista yang mampu membantu Hijabi mengatasi masalah jerawat. Mesti anda semua tak sabar nak tau, apakah dia senaman yang mampu menghilangkan jerawat itu kan? Jom semak!

Senaman Kardio

Senaman yang berkait rapat dengan pengaktifan jantung dan pembuluh darah ini ternyata memiliki manfaat untuk kecantikan.

Terdapat beberapa masalah kulit yang boleh diatasi dengan senaman jenis ini seperti menghilangkan bintik hitam, cela dan parut jerawat.

Jika anda menjadikan senaman kardio, seperti berenang, berbasikal, atau zumba selama 40 sampai 60 minit setiap hari. Anda pasti akan memperoleh hasil yang maksima dan miliki kulit bebas jerawat!

Jogging

Jogging juga merupakan salah satu senaman yang mampu menghilangkan jerawat tau! Selain menghilangkan jerawat, jogging juga dapat menjaga kelembapan kulit anda.

Senaman ini amat mudah untuk dilakukan, hijabi hanya perlu jogging antara pukul 5 hingga 6 pagi selama 30 minit je.

Pilates

Ramai selebriti Hollywood kebelakangan ini menjadikan senaman mirip yoga ini sebagai rutin harian mereka. Pilates juga menawarkan berbagai jalan penyelesaian bagi masalah kulit wajah.

Jenis senaman ini awalnya direka untuk mereka yang ingin menguatkan otot perut, memperbaiki postur tubuh badan, dan meningkatkan keseimbangan serta daya tahan fizikal.

Jika hijabi melakukan pilates secara konsisten, maka pori-pori wajah akan bebas dari penyumbatan sebum yang sering menjadi punca yang menyebabkan jerawat. Superb kan?

Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

Senaman Aerobik

Siapa sangka senaman Aerobik yang pada awalnya bertujuan membentuk tubuh agar kekal langsing dan ramping juga mampu membantu hijabi mengatasi jerawat kan?

Senaman Aerobik tidak hanya membuat kulit wajah menjadi semakin sihat, Aerobik juga mampu mengurangkan masalah kerengsaan dan radang jerawat.

Ini kerana Aerobik mampu meningkatkan jumlah oksigen dalam darah serta mengaktifkan kekebalan tubuh kita.

Yoga

Senaman terakhir yang dapat membantu menghilangkan maslaah jerawat adalah yoga. Yoga dapat melatih pernafasan dan menenangkan pikiran, sehingga menjadi alternatif yang baik untuk mengatasi jerawat.

Senaman ini akan membuat tubuh lebih rileks sekaligus memberikan rasa tenang, kadar stres juga akan berkurang, sehingga kulit sihat dan bebas dari jerawat.

Sekarang dah tau kan cara yang lain untuk mengatasi masalah jerawat? Paling best tak perlu keluarkan kos pun. Cuma perlu luangkan masa untuk melakukanya secara konsisten je. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: ‘Calming Meal’ Rahsia Untuk Tampil Cantik, Kurus Dan Stabilkan Emosi. Cubalah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Haifa Nasir