Masalah jerawat, sudah menjadi sebahagian dari kehidupan para wanita. Oleh itu, untuk mengatasi jerawat yang subur membiak di wajah biasanya kita akan menggunakan pelbagai jenis produk atau skincare untuk merawatnya.
Malah, ada diantara hijabi yang sanggup menghabiskan wang untuk berjumpa dengan pakar kulit. Tapi, tahukah anda bahawa terdapat cara lain untuk mengatasinya.
Ternyata ada beberapa jenis senaman yang dikenalpasti oleh Hijabista yang mampu membantu Hijabi mengatasi masalah jerawat. Mesti anda semua tak sabar nak tau, apakah dia senaman yang mampu menghilangkan jerawat itu kan? Jom semak!
Senaman Kardio
Senaman yang berkait rapat dengan pengaktifan jantung dan pembuluh darah ini ternyata memiliki manfaat untuk kecantikan.
Terdapat beberapa masalah kulit yang boleh diatasi dengan senaman jenis ini seperti menghilangkan bintik hitam, cela dan parut jerawat.
Jika anda menjadikan senaman kardio, seperti berenang, berbasikal, atau zumba selama 40 sampai 60 minit setiap hari. Anda pasti akan memperoleh hasil yang maksima dan miliki kulit bebas jerawat!
Jogging
Ads
Jogging juga merupakan salah satu senaman yang mampu menghilangkan jerawat tau! Selain menghilangkan jerawat, jogging juga dapat menjaga kelembapan kulit anda.
Senaman ini amat mudah untuk dilakukan, hijabi hanya perlu jogging antara pukul 5 hingga 6 pagi selama 30 minit je.
Pilates
Ramai selebriti Hollywood kebelakangan ini menjadikan senaman mirip yoga ini sebagai rutin harian mereka. Pilates juga menawarkan berbagai jalan penyelesaian bagi masalah kulit wajah.
Jenis senaman ini awalnya direka untuk mereka yang ingin menguatkan otot perut, memperbaiki postur tubuh badan, dan meningkatkan keseimbangan serta daya tahan fizikal.
Jika hijabi melakukan pilates secara konsisten, maka pori-pori wajah akan bebas dari penyumbatan sebum yang sering menjadi punca yang menyebabkan jerawat. Superb kan?
Siapa sangka senaman Aerobik yang pada awalnya bertujuan membentuk tubuh agar kekal langsing dan ramping juga mampu membantu hijabi mengatasi jerawat kan?
Senaman Aerobik tidak hanya membuat kulit wajah menjadi semakin sihat, Aerobik juga mampu mengurangkan masalah kerengsaan dan radang jerawat.
Ini kerana Aerobik mampu meningkatkan jumlah oksigen dalam darah serta mengaktifkan kekebalan tubuh kita.
Ads
Yoga
Senaman terakhir yang dapat membantu menghilangkan maslaah jerawat adalah yoga. Yoga dapat melatih pernafasan dan menenangkan pikiran, sehingga menjadi alternatif yang baik untuk mengatasi jerawat.
Senaman ini akan membuat tubuh lebih rileks sekaligus memberikan rasa tenang, kadar stres juga akan berkurang, sehingga kulit sihat dan bebas dari jerawat.
Sekarang dah tau kan cara yang lain untuk mengatasi masalah jerawat? Paling best tak perlu keluarkan kos pun. Cuma perlu luangkan masa untuk melakukanya secara konsisten je. Selamat mencuba!
Hanya sekali lafaz sahaja, kedua pasangan sejoli, Sweet Qismina dan Adam Lee di satukan pada hari Isnin bersamaan 24 Oktober 2022. Tarikh itu juga merupakan hari lahir buat Sweet, sungguh ‘manis’ hadiah untuknya.
Pernikahan mereka di sempurnakan bersama wakil abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak. Ia juga disaksikan ramai orang melalui Youtube live.
Ada rahsia dalam setiap perhubungan
Selamat menjadi pasangan suami dan Isteri, Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25, terima mas kahwin sejumlah RM2,410.97. Jumlah itu merupakan satu tanda istimewa yang membuatkan majlis perkahwinan mereka sempurna.
Di temubual bersama Harian Metro, kedua pelakon ini memilih tarikh itu bersempena dengan tarikh lahir Sweet. Adam Lee, 28, menjelaskan tarik 24 Oktober itu juga menjadi tanda dia menggalas tanggungjawab yang besar sebagai ketua keluarga bagi Sweet.
“Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet di lahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan semuanya,
“Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.
Begitulah apa yang di ungkapkan oleh Adam Lee apabila di soalkan tentang ‘rahsia’ dalam percintaan. Sudah pasti ramai yang inginkan pasangan yang jujur dan ikhlas mencintai kita.
Sweet Qismina juga memberitahu bahwa perhubungan mereka mengambil masa selama empat tahun. Mereka mengambil keputusan untuk berkahwin sejurus menamatkan pengajian.
“Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar,
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami di permudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial,
“Mungkin sebab itu juga ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah SWT makbulkan sampai sekarang,” ujarnya lagi.
Bukan sahaja memilih tarikh pernikahan serta jumlah mas kahwin dengan angka yang sama, bahkan, pada 24 Oktober tahun lalu juga menjadi majlis pertunangan antara mereka berdua. Mereka selamat meraikan majlis perkahwinan pada 29 Oktober ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Sumber: Harian Metro dan Instagram Adam Lee Sweet Qismina
Siapa tak kenal dengan penyanyi Nabila Razali yang kini tengah meletup-letup dengan lagu terbaru Vroom Vroom. Melihat dia yang kelihatan semakin jelita, lebih matang dan berpenampilan menarik tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan dirinya.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.
Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
Pernahkah anda mendengar kata-kata Hippocrates, “Berjalan adalah ubat terbaik”? Berjalan serta mendapatkan tidur yang cukup dan diet yang sihat dapat membantu mengelakkan anda berjumpa doktor dengan kerap. Sekurang-kurangnya habiskan masa anda dalam lebih kurang 15 hingga 30 minit untuk berjalan setiap hari kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan penampilan anda, malah baik untuk kesihatan juga.
Namun berpuasa bukan penghalang untuk kita berjalan 15 hingga 30 minit kerana manfaatnya lebih dari kepenatan yang kita dapat. 10 perubahan ini mampu membantu hijabi jalani gaya hidup yang sihat.
Hijabisa sendiri terkejut apabila mengetahui bahawa berjalan dapat memberi manfaat kepada seluruh tubuh dan minda. Ia percuma, mudah dan memerlukan sedikit usaha. Ayuh baca 10 manfaat jika anda amalkan setiap hari.
1. Perubahan Positif Pada Otak
Menurut kajian, latihan aerobik yang rendah seperti berjalan kaki boleh mencegah demensia awal, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan. Ia juga dapat mengurangkan tekanan mental dan mengekalkan tahap endorfin yang lebih tinggi.
2. Meningkatkan Daya Penglihatan
Mata mungkin kelihatan tiada kaitan dengan kaki tetapi sebenarnya berjalan boleh memberi manfaat kepada kesihatan mata anda. Ia boleh membantu mencegah masalah glaukoma dengan melegakan tekanan mata.
3. Mencegah Penyakit Jantung
Menurut Persatuan Jantung Amerika, berjalan dapat mencegah penyakit berkaitan jantung atau strok. Aktiviti ini boleh membantu daripada mengelakkan masalah jantung dengan menurunkan tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol serta meningkatkan peredaran darah.
4. Melatih Paru-Paru
Berjalan merupakan salah satu senaman yang meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan membantu melatih paru-paru serta menghilangkan toksin dan sisa. Jadi, ia akan memperbaiki pernafasan anda menjadi lebih baik dan mencegah gejala yang berkaitan dengan penyakit paru-paru.
5. Kesan Bermanfaat Pada Pankreas
Ia mungkin sukar untuk dipercayai tetapi berjalan untuk senaman ternyata lebih berkesan dalam mencegah diabetes daripada berlari. Kajian ini menunjukkan bahawa sekumpulan “pejalan kaki” menunjukkan peningkatan toleransi glukosa hampir 6 kali ganda (iaitu gula darah yang diserap oleh sel) daripada kumpulan “pelari”, dalam tempoh percubaan 6 bulan.
6. Meningkatkan Penghadaman
Berjalan kaki 30 minit setiap hari bukan sahaja dapat menurunkan risiko kanser usus besar pada masa akan datang tetapi memperbaiki pencernaan dan sembelit dengan membantu merangsang pergerakan usus kita.
7. Membina Otot
Pembinaan otot dan penurunan berat badan (dalam kes-kes berlebihan) juga boleh dicapai melalui berjalan kaki. Amalan berjalan 10,000 langkah sehari boleh dikira sebagai latihan sebenar di gim terutamanya jika anda berjalan naik bukit. Selain itu, ia memberi kesan yang sedikit dan tidak keterlaluan.
8. Tulang & Sendi Yang Kukuh
Berjalan boleh memberi lebih banyak pergerakan sendi, mengelakkan kehilangan jisim tulang dan juga mengurangkan risiko patah tulang. Yayasan Arthritis mengesyorkan berjalan secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara teratur untuk mengurangkan kesakitan pada sendi anda, bersama-sama dengan kekejangan dan keradangan.
9. Mengelakkan Sakit Belakang
Berjalan boleh menjadi pembantu sebenar bagi mereka yang mengalami sakit belakang semasa latihan berimpak tinggi yang lebih mencabar. Berjalan menyumbang kepada peredaran darah yang lebih baik di dalam struktur tulang belakang dan meningkatkan postur serta kelenturan yang penting untuk tulang belakang yang sihat.
10. Pikiran Yang Lebih Tenang (Jika Ia Adalah Organ)
Jika berjalan boleh menghilangkan gejala kemurungan pada pesakit, bayangkan betapa mudahnya ia dapat membantu kita mengatasi rasa letih atau penat. Dan berjalan-jalan dengan rakan atau orang yang anda sayangi boleh meningkatkan mood anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...