Sejarah sandal jenama terkenal, Teva, tercipta di pinggir sungai berbatu di Grand Canyon Amerika Syarikat pada tahun 1984. Kisahnya terjadi apabila seorang pemandu sungai yang bijak mengikat dua tali jam Velcro kepada seliparnya bagi memastikan sandalnya tidak terapung di hilir sungai.
Bagi meraikan peristiwa penting tempat kelahirannya dan menggalakkan peminat penerokaan dan pengikut setia untuk memahami asal usulnya, Teva telah melancarkan peraduan global di mana pelanggan Teva berpeluang untuk memenangi percutian ke Grand Canyon. Menariknya tahun 2019 juga merupakan ulang tahun Taman Negara Grand Canyon yang diasaskan 100 tahun lalu.
Prestige Sports Sdn Bhd, pengedar eksklusif Teva di Malaysia, turut meraikan ulang tahun ini dengan mengumumkan peraduan cabutan bertuah untuk pelanggan baru dan sedia ada di Malaysia untuk memenangi percutian percuma ke Taman Negara Grand Canyon selama 10 hari.
Dengan hanya berbelanja RM250 ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai Teva, (Mid-Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) pelanggan layak menyertai cabutan bertuah ini. Tempoh kelayakan bagi peraduan ini adalah dari sekarang sehingga 16 Jun 2019. Keputusan rasmi akan diumumkan dari 8 Julai 2019 dan seterusnya.
Sertai Peraduan Foto ‘My Teva Moments’
Peminat setia Teva juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah melalui laman Facebook Teva Malaysia dengan memuat naik gambar mereka sedang memakai sandal Teva yang menjadi kegemaran mereka berserta dengan kapsyen yang berinspirasi. 20 penyertaan yang menerima paling banyak ‘likes & shares’ dalam tempoh peraduan layak untuk menyertai cabutan bertuah ke percutian Grand Canyon. Sejumlah 4 pemenang juga akan dipilih untuk memenangi sebanyak dua pasang sandal siri Teva GC100 masing-masing. Peraduan ‘My Teva Moments’ berakhir pada 30 Jun 2019.
“Kami ingin memupuk semangat perintis dan kebebasan Teva di kalangan generasi baru rakyat Malaysia. Peraduan ini akan menggalakkan lebih banyak orang untuk mengalami keindahan megah Grand Canyon yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan tapak Warisan Dunia UNESCO,” kata Puan Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd.
Untuk hijabi yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan cabutan bertuah serta terma dan syarat, sila lawati https://www.facebook.com/TevaMalaysia. Rugi jika tidak sertainya!