Selain Muka & Tapak Tangan, 13 Batas Aurat Hijabi Perlu Tahu. Jangan Ambil Ringan Sebab Boleh Tambah Dosa!

Share

Seorang wanita Islam diwajibkan menutup auratnya kecuali muka dan tapak tangan. Namun, jika dilihat semakin ramai hijabi yang seakan-akan mengabaikan penjagaan auratnya. Ada yang memakai tudung hingga menyerlahkan dada dan ada juga yang memakai seluar yang pendek serta menampakkan bentuk kakinya.

Rasanya semua sudah arif dengan aurat wanita. Tetapi mengapa masih ada lagi hijabi yang tidak menunaikan suruhan Allah yang satu ini?

Dan tanpa disedari, rupa-rupanya ada 13 lagi aurat wanita yang perlu dijaga selain muka dan tapak tangan.

1. Bulu Kening

Menurut Bukhari, Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta ia dicukur.

Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2. Kaki

Memakai gelang kaki yang mempunyai loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31

3. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka.

Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31

4. Wangian

Wanita yang memakai wangian kemudian lalu di hadapan suatu kaum agar mereka boleh mencium baunya telah dianggap melakukan zina.

Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

5. Gigi

Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mengiki gigi atau meminta supaya giginya dikikir. Dilaknat perempuan yang menjarangkan gigi supaya menjadi cantik yang mengubah ciptaan Allah.

Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

6. Muka & Leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu. Antaranya adalah bersolek dan melakukan ikatan tudung yang menampakkan leher.

7. Muka & Tangan

Asma binti ABu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja.

Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari

8. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.

Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31

9. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.

Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi

10. Mulut (Suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehinga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya. Tetapi, ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.

Petika dari Surah Al-Ahzab, ayat 32

11. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.

Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

12. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

13. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.

Petikan dari Surah An-Nur, ayat 31

Apabila seorang wanita itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.

Hadis Riwayat Al-Bazzar

 

Published by
Siti Zurina