Kecantikan

Selain Mencegah Anemia, Ini 5 Khasiat Ubi Kayu Rebus. Rupanya Bagus Untuk Kesihatan!

Share

Ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang sangat popular dan tidak asing lagi terutamanya di kalangan masyarakat Melayu. Siapa sahaja yang tak pernah mencubanya kan? Bukan sahaja sedap, malah banyak khasiatnya untuk kesihatan!

Ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta adalah sejenis kanji yang terhasil pada akar pokok ubi kayu. Dahulu, ia diijadikan sebagai pengganti nasi dikalangan penduduk sekitar kampung.

Kini, ubi kayu bukanlah lagi dijadikan sebagai makanan utama, namun dinikmati dalam pelbagai menu dan hidangan. Pelbagai variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. Kalau dapat menikmati ubi rebus petang-petang memang best!

Nutrisi ubi kayu

Sumber gambar dari Google

Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:

  • Kalori: 162kcal
  • Karbohidrat: 38.2g
  • Serat: 0.5g
  • Protein: 0.8g
  • Lemak: 0.2g
  • Kalsium: 39mg
  • Zat Besi: 1mg
  • Natrium: 2mg
  • Kalium: 209mg
  • Fosforus: 65mg
  • Vitamin C: 35.9mg

Setiap 100 gram ubi kayu ini membekalkan badan kita dengan 162 kcl tenaga. Semuanya disebabkan kandungan karbohidratnya yang tinggi iaitu kira-kira 38.2g. 

Artikel berkaitan: 10 Resipi Sihat Di Tiktok Yang Disyorkan Oleh Pakar, Berbaloi Untuk Digembar-Gemburkan. Pasti terliur!

Khasiat ubi kayu untuk kesihatan

#1 Lancarkan sistem pencernaan

Sumber gambar dari Google

Ubi kayu adalah sumber yang kaya dengan serat makanan, mengandungi kanji-tahan (resistant starch) dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lancar dan baik. Serat tidak larut membantu memperbaiki sistem penghadaman dengan menyerap semua toksin yang terkumpul di dalam usus. 

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada saluran gastrousus perut, mengelakkan sembelit, mengurangkan risiko kanser usus dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama.

#2 Mencegah anemia

Sumber gambar dari Google

Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah yang berdaya guna untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Kekurangan zat besi adalah penyebab anemia yang paling biasa.

Ubi kayu merupakan sejenis makanan berkanji yang kaya dengan zat besi dan dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini disebabkan ubi kayu diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin ini berfungsi untuk membawa bekalan oksigen ke sel-sel yang ada di dalam badan kita untuk proses penjanaan tenaga. Dengan pengambilan zat besi yang mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dielakkan.

#3 Turunkan berat badan

Sumber gambar dari Google

 

Buat hijabi yang mahu menurunkan berat badan, mungkin anda boleh cuma amalkan makan ubi kayu rebus ini. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat buat anda yang tidak sabar untuk menurunkan berat badan.

Khasiat ubi kayu ini membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Jadi, ia membantu anda mengurangkan rasa lapar serta tidak lagi mengambil makanan ringan seperti snek yang tidak berkhasiat. 

#4 Meningkatkan kualiti penglihatan

Sumber gambar dari Google

Apakah hubungan antara ubi kayu dan penglihatan? Ubi kayu mengandungi Vitamin A dan mineral, secara tidak langsung meningkatkan penglihatan dan mencegah dari buta dan masalah penglihatan yang lain. 

#5 Menyembuhkan migrain

Vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu boleh membantu merawat sakit kepala dan migrain. Selain itu, ia boleh mengurangkan serangan migrain yang berterusan.

#6 Bantu merawat cirit-birit

Sumber gambar dari Google

Sifat antioksidan ubi kayu membantu mengatasi masalah cirit-birit.Ia menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.

Artikel berkaitan: Berhajat Nak Makan Rebus-rebus Semasa Diet? Hadamkan Dulu Perkara Yang Dikongsi Coach Kecergasan Ini

Sumber info dan gambar: Bidadari.my dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira