Selain Mempunyai Presiden Yang Cantik,Ini 10 Fakta Yang Anda Tak Tahu Pasal Croatia

Share

Semalam, pasukan Croatia buat julung-julung kalinya telah mara ke perlawan akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan pasukan pilihan iaitu England. Negara Croatia mungkin kurang dikenali sebelum ini namun kini namanya disebut-sebut satu dunia. Bakal bertembung dengan Perancis pada perlawanan akhir nanti, mari kita lihat 10 fakta menarik mengenai negara Croatia ini!

  1. Croatia adalah tempat pembiakan utama anjing popular iaitu Dalmatians.

  2. Terdapat 1246 pulau yang indah untuk anda lawati dan belayar di situ. Banyakkan!

3. Drama bersiri kegemaran ramai, Game of Thrones melakukan penggambarannya di Dubrovnik, Croatia.

4. Terdapat dua orang Croatia yang telah meninggalkan jejak mereka di bulan iaitu saintis, J.R. Boskovic dan A.Mohorovicic.

5. Anda mesti tidak pernah terfikir dari mana sejarah tali leher, dan asal usulnya bukan? Hakikatnya, negara Croatialah yang menciptanya!

6. Negara Croatia bukanlah besar mana, ia merupakan negara ke-127 terbesar di dunia dan presidennya ialah seorang wanita iaitu Kolinda Grabar-Kitarović.

7. Jika anda teringin melihat panorama matahari terbenam yang dikatakan tercantik di dunia oleh Alfred Hitchcock, maka permandangan tepi laut di bandar Zadar, Croatia adalah pilihan utama!

8. Pen yang kita pakai dalam kegunaan seharian ini dicipta oleh orang Croatia, Slavoljub Penkala. Dahulunya, dia mencipta pensil mekanikal yang dipanggil Penkala pada tahun 1906. Hari ini, kita memanggilnya sebagai ‘pen’.

9. Mata wang Croatia dinamakan Kuna sempena nama haiwan itu kerana dahulunya pemburu mengunakannya bulu haiwan itu untuk sebarang penukaran.

10.Terdapat pantai di Croatia iaitu Pantai Zlatni, yang bentuknya dan warnanya berubah mengikut angin.

sumber:slavorum

IKLAN