Walaupun ada yang mengambil keputusan untuk menanggalkan hijab, tetapi ramai juga yang melakukan penghijrahan. Dan saat hijab tersarung di mahkota nan satu, aura mereka begitu terserlah sekali. Memamg tak puas mata memandang melihat kecantikan selebriti yang cukup anggun sekali bila berhijab.
Follower mereka juga suka melihat penampilan selebriti berhijab ini setiap kali muat naik foto di laman sosial Instagram.
Ada juga yang menjadikan mereka sebagai idola serta inspirasi buat hijabi di luar sana yang baru berjinak-jinak untuk berhijab.
Terbaru pelakon Lisa Surihani yang memang mendapat pujian apabila mengambil keputusan berhijab sebaik balik dari mengerjakan umrah di tanah suci Mekah. Wajah Lisa sangat cantik dan serasi sekali apabila mengenakan hijab.
Ayuh, kita lihat selebriti berhijab lain yang mana penampilan memang sangat cantik mengenakan tudung dengan gaya tersendiri.
#1. Neelofa
aini_nurraysa_beauty Vougue
#2. Vivy Yusof
saidasyed Vivy, you always stunning
#3. Bella Dally
azzazazaa_ beautiful lady
#4. Lisa Surihani
farrasyahkina_official Cantikk sgt
#5. Datuk Siti Nurhaliza
iamnusaybah Ma sha Allah bertambah2 cantik
#6. Mira Filzah
syaraf890 Lawanya
#7. Elfira Loy
cik.kinkin Alahaii..manissss
#8. Wany Hasrita
ainamieeera kak wany ni cute lah and so beautiful
#9. Fouziah Gous
heshahreezal So cantik
#10. Yuna
rainp7 I like your style
#11. Nabila Razali
danishrizal_ Cantik lah
#12. Wawa Zainal
sarahfiesha_ Nice and sweet
#13. Jihan Muse
syafiera_fiera Sgt cantik
#14. Siti Sarah
cikaliynmanis_ cantik kak sarah bertudung bawal , srs nampak muda
#15. Ummi Nazeera
sharifahsalwa99 Cantekkkkk
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Langkah Pantas Meninggalkan Tabiat Buruk Yang Boleh Mencacatkan Penampilan
Perubahan sederhana dapat memberikan penampilan yang lebih baik. Mengikuti langkah-langkah ini akan membantu meningkatkan penampilan anda dengan pantas!
Tinggalkan tabiat buruk pada wajah anda
1. Jangan menyentuh wajah.
Anda menggunakan tangan setiap hari, menyentuh pelbagai benda. Apa sahaja yang disentuh tersebar ke wajah, jadi pastikan mencuci tangan bila perlu. Sekiranya anda telah kebiasaan menyentuh wajah, hindari godaan ini. Sekiranya gatal, gunakan pelapik seperti kain atau tisu dan pastikan ia bersih!
2. Jangan menjilat bibir.
Air liur yang kering akhirnya menyebabkan bibir pecah atau merekah. Balsem bibir dan penggunaan air biasa akan mengatasi bibir yang pecah-pecah.
Untuk menghentikan bibir anda dari mengelupas dan merekah selamanya, sapukan lapisan jeli petroleum yang tebal di bibir setiap malam sebelum tidur. Ini sangat membantu terutama bagi mereka yang tidur dengan penyaman udara pada waktu malam, kerana jeli petroleum mengunci kelembapan di bibir dan menjadikan bibir anda tidak kering.
Pengelupasan bibir! Gosokkan gula halus di bibir anda dengan gerakan bulat yang lembut seminggu sekali. Biarkan selama kira-kira dua minit, kemudian basuh. Sebaiknya lakukan ini pada waktu malam tepat sebelum anda menyapukan pelembap bibir.
3. Jangan gosok mata
Kulit di sekitar mata anda sangat halus dan nipis, jadi menggosok mata boleh menyebabkan radang dan dalam kes yang teruk mata akan kemerahan. Gunakan tisu atau hujung jari untuk melegakan kerengsaan dengan lembut, pastikan kebersihan terjamin.
4. Biarkan Jerawat!
Jerawat adalah pori-pori yang tersumbat yang penuh dengan bakteria, jadi menyentuhnya akan merengsakan kulit anda. Produk ‘over-the-counter’ berfungsi dengan baik , tetapi cara terbaik untuk membersihkan jerawat tanpa sintetik adalah dengan menyapu sedikit minyak pokok teh di atas jerawat sekali setiap hari. Ini dapat mengurangkan keradangan. Cara ini jerawat tidak kelihatan lagi.
Tabiat Buruk Rambut Anda
1. Gunakan getah rambut yang ditutupi kain.
Jalur getah polos seperti getah pasar akan menarik helaian rambut dan membuat rambut anda gugur dan melekat di getah. Manakala tekstur getah yang ketat membuat kulit kepala sakit.
2. Elakkan alatan yang dipanaskan.
Menggunakan haba pegering rambut boleh menyebabkan hujung rambut pecah atau keriting, keringkan rambut anda dengan udara jika boleh. Sebelum menggunakan peralatan yang dipanaskan, anda harus menggunakan serum pelindung haba pada rambut anda. Serum pelindung haba bukan sahaja melindungi kutikula rambut, tetapi juga dapat memberi rambut anda bersinar sihat.
3. Jangan cuci rambut setiap hari.
Ini adalah salah satu cara termudah untuk berakhir dengan rambut kering yang kering, kerana mencuci rambut secara berterusan dapat menghilangkan lembapan rambut dari minyak semula jadi. Walaupun anda yang mempunyai gaya rambut pendek mencuci rambut setiap hari, harus mempertimbangkan untuk mencuci rambut dengan lebih kerap.
Meninggalkan Tabiat Menggigit Kuku
1. Gunakan perencat yang menggigit.
Sapukan sebilangan perencat rasa sedap pada kuku anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Sekarang apabila anda menggigit kuku, rasanya tidak sedap dan anda akan berfikir dua kali untuk melakukannya lagi. Lama kelamaan, penggunaan perencat penahan dapat membantu anda mematahkan kebiasaan menggigit kuku.
2. Tutup kuku anda.
Menutup kuku dapat memberikan penghalang fizikal antara gigi dan hujung jari anda, mencegah dari menggigitnya. Memakai sarung tangan. Sekiranya cuaca sejuk, memakai sarung tangan adalah cara yang baik untuk menyembunyikan kuku sambil tetap hangat dan bergaya.
Balut jari anda dengan pembalut pelekat. Sekiranya kuku ditutup dengan cara ini, anda tidak akan dapat melakukannya lagi! Ini adalah teknik yang baik untuk ketika duduk di rumah pada waktu malam.
3. Alihkan perhatian
Cuba cari aktiviti baru untuk menggantikan tabiat menggigit kuku ketika anda merasa gugup atau bosan. Sebagai contoh, cuba kunyah gula-gula getah setiap kali anda ingin menggigit kuku. Ini akan memberi mulut anda sesuatu yang lain untuk dilakukan dan akan terasa lebih enak!
Cari sesuatu untuk dimainkan seperti duit syiling, ini akan membuatkan tangan anda sibuk dan menjauhi mulut anda! Teknik ini sesuai ketika di dalam kereta atau semasa menonton TV. Makan atau minum sesuatu. Cuba bawa sebotol air atau sebungkus kacang kemudian apabila anda merasa ingin menggigit, anda boleh minum atau makan kudapan.
4. Jadikan kuku anda kelihatan cantik.
Pastikan kuku anda sihat. Menjaga kuku dalam keadaan baik akan menjadikannya lebih kuat dan kelihatan lebih cantik, menjadikannya tidak mudah patah dan lebih sukar patah. Ikuti petua ini untuk kuku yang lebih sihat:
Makan makanan yang sihat. Makanan yang kaya dengan nutrien, vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium dan asid lemak bermanfaat untuk kuku. Cuba makan banyak telur, ikan berminyak, buah, sayur-sayuran hijau dan kacang-kacangan. Anda juga boleh mencuba suplemen untuk rambut, kulit dan kuku yang sihat.
5. Pastikan kuku anda pendek.
Memastikan kuku tetap pendek akan menghalangnya daripada patah dan menjadi terlalu panjang atau lemah. Ini juga akan mengurangkan godaan anda untuk menggigit kuku. Berapa kerap anda perlu memotong kuku berbeza-beza dari individu ke individu, tetapi bagi kebanyakan individu, ia akan berlaku setiap satu atau dua minggu.
6. Sapukan krim kuku dan kutikula.
Kuku kering dan kering lebih rentan terhadap kerapuhan dan pecah, jadi menyapu sedikit krim kuku ke setiap hujung jari setiap malam. Menggosok sedikit minyak pada kutikula anda juga dapat membuat keajaiban.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Heliza Kongsi Amalan Dilakukan Blogger Shearasol Sebelum Bertemu Allah 2 Tahun Lalu. Moga Pahalanya Berpanjangan!
Dua tahun yang lalu rakan-rakan blogger menerima berita sedih atas kehilangan salah seorang blogger fesyen yang cukup aktif di media sosial, Shearasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol. Kehilangan dalam usia masih muda meninggalkan kesan pada teman-temannya yang rapat.
Ini kerana sifat arwah ketika hayatnya dikenali sebagai seorang sahabat yang periang, aktif, baik hati dan mesra dengan semua orang. Oleh sebab itu kehilangannya pada Jun 2017 disebabkan kanser mengejutkan ramai.
Salah seorang yang cukup terkesan dengan kehilangan Shearasol adalah penyanyi popular Heliza Helmi. Dalam postingnya di laman sosian Instagram Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja mengenang dua tahun pemergian arwah.
Menurut Heliza dia rindukan sahabatnya itu yang kini berada di taman-taman syurga dan berharap akan bertemu kembali nanti.
Tambah Heliza, sebelum meninggal dunia, adik kepada Shearasol terjumpa catatan arwah seperti perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta. Dan Heliza begitu kagum dengan sahabatnya itu yang dianggap sebagai seorang yang berhati bersih dan mempunyai perancangan harian sebegitu.
Penyanyi yang juga salah yang aktif menjalankan tugas sukarelawan kerja-kerja amal ini turut berkongsi kembali amalan yang dilakukan Shearasol sebelum bertemu Allah.
Menurutnya semoga dengan perkongsian ini di media sosial, Allah terus memberi rezeki kepada kita yang masih hidup untuk terus beramal soleh dan pahala dikongsi oleh arwah Shearasol akan berpanjangan.
IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman Syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga Allah. Aamiin…
Selepas @shearasolmeninggal dunia, adik shea terjumpa satu catitan Shea , sepertinya perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta , ALLAH . Ija kagum MasyaAllahhh dengan @shearasol, hati bersih, dan mempunyai perancangan harian seperti ini
Kakja kongsikan kembali amalan @shearasolsebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini , pahala berpanjangan buat Shea. Aamiin
Jom kita sama sama hadiahkan Al Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui…. @shearasol
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HELIZA HELMI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Sempat Beberapa Jam Bahagia Bergelar Isteri Sebelum Dijemput Illahi, Akibat Hidap Kanser Tahap 3
Betapa kita tidak tahu bila maut itu akan menjemput. Semuanya adalah urusan Allah SWT. Seperti perkongsian lelaki ini Shukur Yusuf di laman sosial facebook yang mencoretkan sesuatu buat adiknya Fatin Nursyahirah yang merupakan pesakit kanser tahap tiga. Namun sebelum dia pergi menghadap Illahi, Tuhan kurniakan kebahagiaan sementara buatnya untuk dikenang buat yang masih ada. Siapa sangka pada sebelah siang adiknya itu sempat bergelar isteri beberapa jam sebelum maut menjemput pada Subuh tadi.
Meninggalkan keluarga serta suami yang baru dinikahi buat selamanya setelah hampir setahun bertarung melawan kanser tisu tahap tiga.
Setelah tahu Kakak sakit Kanser Sacorma tahap tiga, kehidupan kami sekeluarga bertukar 360 darjah
CORETAN BUAT KAKAK
Kanser? Malas ambil pusing sebab tak kena batang hidung sendiri. Tahun 2017, di PPUM adikku yang kami panggil Kakak disahkan menghidap Kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) pada tahap ke-3!
Sekeluarga tergamam. Mama terus menangis. Abah kelu tak terkata. Seakan tidak percaya akan diuji sehebat ini. Tetapi Kakak yang kami sayangi nampak cukup kuat. Kami sekeluarga terus positif yang mengatakan Kakak boleh sembuh. Hidup bertukar 360 darjah. Segala aktiviti dan perhatian kami dikhususkan untuk Kakak.
Hujung tahun lepas buat pembedahan, ingatkan kanser tidak lagi menyerang, tapi jadi lebih agresif
September 2017, selesai pembedahan membuang kanser tersebut. Doktor memberi jaminan yang pembedahan berjaya dan insyaAllah kanser tidak akan menyerang lagi sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat. Cuma follow up seperti biasa. Leganya perasaan kami sekeluarga. Difikirkan berakhir disitu, tetapi tidak.
Disember 2017, Kakak diuji lagi. Kanser datang kali ini dengan lebih agresif. Doktor juga tidak dapat mengenalpasti mengapa kanser ini begitu cepat membesar. Kami sekeluarga terus memberi semangat. Terus yakin. Terus berusaha. Terus bertawakal. Hanya kami dapat memberikan kekuatan psikologi yang amat diperlukan Kakak.
Awal tahun buat sekali lagi pembedahan. Makan masa 15 jam, pembedahan tidak 100 peratus berjaya. Sel kanser tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya kerana terlalu rumit.
Februari 2018, Mama dan Abah terus setia menunggu diluar bilik bedah. Pembedahan kedua yang memakan masa lebih 15 jam selesai jam 2 pagi. Usai solat Subuh, Mama, Abah dan saya dah terjegat di Cardiacthoracic Intensive Care Unit (CICU) menunggu ulasan doktor mengenai pembedahan tadi. Doktor memaklumkan bahawa pembedahan tidak 100% berjaya. Sel kanser tak dapat dikeluarkan sepenuhnya disebabkan keadaan sudah terlalu rumit dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Selesai mendengar ulasan doktor, kami keluar. Masing-masing diam membisu namun akhirnya kami sama-sama menangis. Tak kuat kami menahan air mata. Ya Allah! Sungguh hebat ujianMu kali ini…
Sejak dari itu, kami terus berusaha sendiri. Cari penawar untuk Kakak. Kakak cukup kuat dan mampu tersenyum tanpa luahkan kesakitan dialami.
Bermula daripada saat itu, kami sekeluarga mula menjadi doktor sendiri. Habis segala macam artikel berkaitan kanser kami baca. Habis segala petua kami cuba. Segala ceruk pelusuk negara kami teroka. Dengan hasrat mencari penawar buat Kakak tercinta. Kakak seperti biasa senyum tanpa luahkan sakit yang terseksa.
Turut menjalani 30 rawatan kimoterapi dan doktor sahkah tumor kanser sudah mengecut. Lega mendengarnya.
Hujung April 2018, kami sekeluarga bersetuju dengan saranan doktor untuk Kakak menjalani sesi radioterapi. Maka berulang-aliklah kami setiap hari membawa Kakak ke PPUM. Selesai 30 sesi pada awal Jun 2018, hasil scan terbaru yang dijalankan, doktor memaklumkan yang tumor kanser sudah mengecut. Alhamdulillah. Leganya hati kami.
Tapi rupanya lain pula cerita. Kanser itu tumbuh tempat lain. Dan pertama kali lihat Kakak menangis teresak-esak.
Namun, tiba-tiba doktor berkata lagi dalam nada yang cukup lembut.. “Tapi…., kanser tu dah merebak ke kawasan yang lain”. Saya dan kakak terbungkam! Pada ketika itulah pertama kali saya melihat Kakak menangis teresak-esak. Saya sendiri menangis sambil cuba memberikan kata-kata positif buat adikku ini. Tidak lagi peduli pandangan orang disekitar ruang menunggu PPUM. Hanya kami merasai peritnya dugaan ini. Allah….
Kalau itu sudah ketentuan Tuhan. Walaupun sedang sakit kakak dipinang seorang lelaki yang cukup ikhlas menerima Kakak. Dia dan keluarganya juga banyak membantu proses mencari penawar.
17 Jun 2018, Kakak dipinang seorang anak muda yang cukup ikhlas menerima Kakak seadanya. Keluarga pihak lelaki juga banyak membantu dalam proses mencari penawar buat Kakak daripada awal hingga sekarang. Mama dan Abah sangat bersyukur disebabkan keluarga pihak lelaki yang begitu bersungguh menerima Kakak walaupun dalam keadaan Kanser sekarang sudahpun di tahap 4.
Julai lalu Kakak mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Kesihatan Kakak juga makin merosot dan sesak nafas. Hospital juga memberitahu tiada lagi rawatan pada tahap ini dan suruh hanya ‘selesakan pesakit’.
Julai 2018. Kakak lumpuh daripada paras pinggang ke bawah. Sekeluarga terkejut. Tidak kami sangka akan secepat ini. Kakak seperti biasa lebih banyak berdiam diri tentang sakitnya. Namun segala yang Kakak pinta, kami akan cuba usaha untuk jadikan kenyataan. Selang seminggu kemudian, kesihatan Kakak semakin merosot. Kakak mula sesak nafas. Kanser sudah menyerang paru-paru Kakak. Pihak hospital telah memberitahu tiada rawatan lagi untuk tahap ini. Yang ada hanyalah “Comfort Patient”. Fahamlah kami dengan maksud Doktor itu. Lantas Mama terus menangis. Abah cuba memendam rasa biarpun air mata sudah berlinang. Hanya Allah yang mengetahui perasaan kami…
Walaupun keadaan Kakak begitu, masih ada insan yang menerima dirinya dan turut direstui keluarga.
Ogos 2018. Semangat baru buat Kakak. Azzam bersungguh untuk menerima Kakak sebagai isteri. Ikhlas hati Azzam hanya Allah yang tahu. Dalam keadaan Kakak seperti ini, tetap menerima Kakak seadanya. Keluarga Azzam juga begitu. Menyokong penuh hasrat Azzam. Telah menganggap Kakak seperti keluarga sendiri. Alhamdulillah. Allah hantarkan sebuah keluarga yang cukup bersih hatinya yang sedia menerima Kakak dan berusaha bersama-sama mencari penawar dan memberi semangat.
Pagi Jumaat semalam hari terindah buat Kakak kerana selamat diijab kabulkan bersama pasangannya yang memang ikhlas menerima Kakak seadanya. Tiada baju pengantin, atau pelamin dan yang ada hanyalah keluarga serta tok kadi.
Pagi 3 Ogos 2018, Kakak dan Azzam selamat diijabkabulkan. Tiada majlis warna warni, tiada baju pengantin menambah seri. Tiada pelamin tanda raja sehari. Yang ada hanyalah pihak keluarga perempuan, pihak keluarga lelaki, tok kadi bersama saksi. Ketika akad sedang dilafaz, esakan tangisan keluarga menjadi muzik latar, menyaksikan penyatuan dua hati murni ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.
Semoga atas pernikahan ini, Allah kurniakan rahmat dan keberkatan serta kebahagiaan dunia akhirat buat Kakak dan Azzam.
Tetapi kebahagiaan dan kegembiraan itu hanya sementara. Lepas solat Jumaat semalam kesihatan kakak semakin merosot.
Namun, saat gembira itu tidak lama. Petangnya selepas solat Jumaat, Kakak terus dimasukkan ke hospital. Pernafasan Kakak semakin merosot. Mama terus menjadi peneman setia. Disamping Abah yang terus berusaha serta keluarga yang terus mendoakan kesembuhan Kakak.
Namun Allah lebih sayangkan Kakak dan Saat itu tiba juga. Reda dengan ketentuan Tuhan
Kakak pergi meninggalkan kami pada waktu Subuh 4 Ogos 2018. Alhamdulillah ditemani Mama, Abah, Suaminya, Mak Besah serta Saya.
Disaat ini, keluarga redha dengan ketentuan. Buat Azzam dan keluarganya, terima kasih atas segala pengorbanan serta kasih sayang yang diberikan untuk Kakak, serta menunaikan impian Kakak biarpun cuma untuk seketika. Alhamdulillah, Kakak nampak berseri masa hari pernikahannya. Hanya Allah yang dapat membalasnya budi baik Azzam dan keluarganya.
Semoga Kakak ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin.
Fatin Nursyahirah Binti Yusuf
1994-2018
Al-Fatihah
Bagi suaminya Azzam Azmin, facebook beliau juga turut dihujani ucapan takziah daripada teman-temannya. Masing mendoakan agar beliau tabah dan kat menghadapi dugaan.
Keep strong my bro Azzam Azmin
Kuatnya kau Allah je yg tahu.
Salam takziah buat keluarga.
be strong Azzam Azmin
salam takziah untuk keluarga .
Takziah buat Azzam Azmin. Semoga kau tabah menghadapi ujian bro. Al-fatihah
Inspired true love story . Semoga kau kuat wahai sahabat Azzam Azmin . Kami sentiasa ada support kau selalu Zam. Maaf aku takdapat bersama kau bila waktu sekarang ni, namun hanya doa yang dapat kami terus sampaikan buat arwah. Teruskan semangat kuat kau Zam. . Allah lebih sayangkan dia. Alfatihah untuk arwah Fatin Syahirah .
True love. Salam takziah buat sahabat Azzam Azmin dan keluarga kedua belah pihak. Semoga roh arwah isteri dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman dan solehah. Stay strong brother.
Hijabista ucapkan takziah dan moga arwah ditempatan dalam kalangan orang beriman.
SUMBER: FACEBOOK SHUKUR YUSUF & AZZAM AZMIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI