Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Ads
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Ads
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Ads
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Nama Perdana Menteri Yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sebut dalam sebuah program realiti televisyien Who Wants To Be A Millionaire di India baru-baru ini. Ramai yang kagum orang di luar negara juga ketahui apa yang berlaku di Malaysia.
Rancangan Who Wants To Be A Millionaire sebenarnya pernah popular di negara kita buat seketika dahulu. Ramai yang sudah tahu selok-belok permainan rancangan realiti TV ini kerana memerlukan kepandaian untuk memenangi sejumlah wang yang begitu mudah.
Game show ini juga menjadi salah satu rancangan yang cukup menjadi perhatian orang ramai buat seketika dahulu. Dato’ Jalaluddin bin Tan Sri Haji Hassan juga merupakan hos yang cukup dikenali kerana sangat bagus untuk mengelolakan rancangan ini.
Di India pula, rancangan ini di kelolakan oleh seorang pelakon Bollywood yang cukup terkenal iaitu Amitabh Bachchan. Tular pula baru-baru ini dari klip rancangan itu apabila salah satu soalannya menyebut nama DSAI kepada pesertanya.
Sumber dari Kosmo Online
Wah cukup hebat sekali sehinggakan fenomena pertukaran perdana menteri yang baru dikenali cepat di serata dunia. Min yang tengok pun dah rasa bangga ramai kenali Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka letak dekat soalan senang sebab ramai tahu DSAI” – warganet
Menjadi kepastian ramai yang akan memberikan pelbagai reaksi yang pelbagai apabila klip ini tersebar di Twitter. Ada yang teruja sehinggakan takut di cop fanatik pula kerana pengenalan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim di kaca TV negara India.
“Memang satu dunia menunggu dan raikan Anwar Ibrahim sebagai PM,
“Hahaha…hebat wei…sampai jadi soalan Who Wants To Be A Millionaire. Saya gagal menahan diri untuk impressed,
“Diorang letas as level soalan senang tu sebab satu dunia dah tahu,
“Lain macam popular PMX (Perdana Menteri ke-10) Malaysia!.” antara kata-kata yang teruja melihat klip pautan video itu.
Menjadi tetamu Allah dan dijemput untuk menjejakkan kaki ke tanah suci merupakan antara cita-cita yang sentiasa didambakan oleh setiap umat Islam. Terutamanya bagi mereka yang masih belum berpeluang ‘dijemput’ untuk ke sana.
Namun, bagi mereka yang sudahpun menjejakkan kaki ke Tanah Suci, Mekah dan Madinah pasti mengalami rasa rindu yang tiada kesudahan dan memohon agar dijemput menjadi tetamu sekali lagi.
Malah, lebih mengujakan serta membahagiakan apabila kita dapat menyambut hari yang penuh bersejarah di Tanah Suci ini, sekaligus menjadi keberuntungan berganda, seperti yang dilalui oleh pelakon jelita, Lisa Surihani.
Wajah ‘Bersih’ Lisa, Sambut Hari Lahir Di Kota Cahaya, Madinah Jadi Sorotan Netizen!
Baru-baru ini dikhabarkan bahawa Lisa Surihani berpeluang untuk menyambut hari ulangtahun kelahiranya di Tanah Suci, Madinah Al-Munnawarah disamping suami tercinta Datuk Yusri Abd Halim.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Lisa sendiri menerusi sebuah muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran berkenaan Lisa memuatnaik sekeping foto memaparkan dirinya tersenyum bahagia di samping suami sambil memotong kek pulut sempena hari lahirnya yang tertera ucapan Hari Lahir dalam Bahasa Arab.
“This particular year I didn’t really give it much thought. I was still adjusting and acclimatising to my first Ramadan there after the traveling.
“All praises to Allah, I have too much to be grateful for. As with birthdays as celebratory as it may be, they are also humble reminders. It was His rizq, by His will and grace, that I was able to be in Madinah Al Munawarrah, the City of Light at the moment I turned a year older.
“Allahu Akbar. Alhamdulillah for my dearest husband, for the kindness and love, for him to want to try and make it that extra meaningful for me. I hope and pray that our hearts be granted and blessed with His Nur.
“For His Nur to enter and illuminate our ever fragile hearts. For it to be granted imaan, taqwa and isaan. For us to always want to strive to gain His pleasure,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista ketika meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan yang dihujani dengan ucapan dan doa yang dititipkan rakan selebriti dan para peminat Lisa Surihani adalah komen yang memuji kebersihan raut wajah Lisa yang kelihatan begitu tenang dan bersih.
Malah, rata-rata individu turut meninggalkan komen memuji kecantikan Lisa yang disifatkan amat luar biasa ketika berada di Tanah Suci, Madinah. Agak-agaknya apakah rahsia yang menjadi amalan Lisa untuk mendapatkan raut wajah bersih dan suci sebegini ya?
Apapun, Hijabista mendoakan agar segala impian dan kehendak Lisa dimakbulkan Allah SWT dan semoga Lisa kekal istiqamah dalam penghijrahanya dan terus menjadi role-model dan inspirasi kepada muslimah di luar sana. Sanah Helwah Lisa Surihani!
Putaran haid yang normal dalam 7 hari sebulan, manakala yang tidak normal pula ada yang lebih dari 10 hari. Kedatangan haid boleh meletihkan dan juga boleh menggangu urusan kerja seseorang.
Mungkin ada yang terfikir untuk ambil ubat penahan haid bagi mendapatkan menghentikan putaran haid yang tidak menentu.
Persoalannya apakah hukumnya mengambil ubat menahan haid. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan ubat untuk menahan haid dari keluar sama ada ubat itu berbentuk pil atau cecair.
Di antara Ulama silam yang berpandangan harus mengambil ubat penahan haid adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Imam Ibnu Qudamah meriwayat di dalam almughni:-
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali (tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid.
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:
“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Ayat Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita
Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadan mahupun ibadah haji dan umrah.
Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan umrah maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:
DOA
Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.
Bacaan Ayat dan Surah
Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:
1. Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) :
2. Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :
3. Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :
4. Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4
5) Baca Selawat Nabi :
Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.
1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.”Lalu ditiupkan ke dalam air.
3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
Doa Penamat
Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haidyang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah s.a.w sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:
Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.
Wallahu A’lam Bish Shawab, Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.
SUMBER: DR ZUBAIDI AHMED/SHAFIQOLBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Az Zuha Syukur Dilantik Pengelola Jemaah Haji Untuk Tiga Tahun Berturut-Turut Oleh Tabung Haji
Az Zuha Group Travel & Tours ucap rasa syukur setelah diumumkan...