Semalam sebaik tersingkir di konsert Gegar Vaganva ke 4, penyanyi Elyana membuat pengumuman cukup mengejutkan apabila memberitahu dirinya adalah penghidap pesakit kanser limfoma tahap 4. Pendedahan itu memang tidak disangka kerana sebelum ini Elyana sangat ceria dan periang sekali orangnya. Namun di sebalik sikapnya yang nampak ‘happy go lucky’ rupa-rupanya dia selama ini berjuang melawat penyakit yang sudah dideritai tujuh tahun lalu.
Ramai yang tidak tahu mengenai penderitaannya selama ini. Lagipun Elyana memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen hinggalah menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 ini. Selain keluarga, rupa-rupanya Syura yang juga salah seorang peserta sudah lama tahu mengenai penyakit yang dideritai teman baiknya itu.
Dalam satu posting di laman Instagramnya Syura memberitahu dia sudah tidak perlu simpan lagi rahsia penyakit dideritai Elyana. Menurutnya juga selama ini dia terpaksa berlakon kononnya Syura tidak tahu yang dia sakit. Walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuat semangat Elyana merahsiakan penyakit yang berbahaya itu dari seluruh peminatnya.
Malah Syura turut ‘salute’ dengan keberanian Elyana yang mengambil keputusan untuk berterus terang dengan masyarakat. Dia tahu kawannya itu sangat kuat dan Syura begitu menyayangi dan berdoa untuknya terus sihat. Sebagai seorang sahabat juga Syura memohon semua netizen dan followernya untuk turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.
@miezadauspdot Insyallah kak. Kami semua akan selalu mendoakan
@sutradjiwa Semoga elyana terus kuat dan positif. Keep strong girl.
@ziefauziah Smoga elyana cpt sembuh u r so strong el disebalik senyuman mu tersimpan kesakitan….. Smoga tabah ya El
Dalam pada itu, Elyana yang ditemui selepas konsert memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap kedua selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurutnya, sudah tujuh tahun dia berjuang dengan kanser ini dan kini hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.
Lebih menyayat hati Elyana memberitahu dia juga turut fobia untuk tidur pada waktu malam kerana takut tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya lagi nanti. Malah itulah ketakutan yang dialaminya setiap hari.
Walaupun begitu sebagai ibu, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
Kehilangannya selama ini bukan kerana dia tidak berminat dengan dunia seni, tetapi dek kerana menjalani rawatan dan dia juga berada dalam keadaan lemah dan mengalami rambut gugur.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya lagi.
Ketika itu menurutnya doktor memberitahu jangka hayatnya hanya ada setahun lagi untuk hidup. Dia kemudiannya nekad berhenti membuat kimo dan mencabar diri untuk berjuang. Dan alhamdulillah dia bersyukur kerana umurnya panjang hingga ke hari ini.
Elyana turut menitipkan kesan agar pesakit kanser untuk terus positif berjuang melayan penyakit berkenaan.
Sebelum ini pada Ramadan lalu menyaksikan, anak penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru berusia 4 tahun juga turut menemui Ilahi setelah hampir enam bulan menderita kanser limfoma.
Apa Itu Kanser Limfoma
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, Disebut sebagai Limfoma Hodgkin. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.
Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL Penyakit ini jarang berlaku tetapi banyak terjadi kepada golongan muda. Dianggarkan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus adalah lelaki.
Mereka Yang Berisiko:
- Warga tua berusia 55 tahun ke atas.
- Mereka yang berumur 15 hingga 30 tahun
- Mereka yang terdahulu dijangkiti virus Epstein-Barr
- Penghidap HIV atau AIDS yang punyai kadar imunisasi rendah
Tanda-tanda:
- Demam
- Peluh waktu malam
- Hilang berat badan
- Kurang selera makan
- Mengalami keletihan
- Bengkak di bawah ketiak, leher atau celah peha
Cara Rawatan:
- Kimoterapi
- Kimoterapi & Radioterapi
- Pemindahan sel stem
#Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakkan:
Pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat da jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah berlakunya kanser. Jika ada tanda-tanda seperti di atas, terus jalani rawatan doktor.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI