Selain Jihan Muse, Presenter AlHijrah FARAHANIM Juga Selamat Lahirkan KEMBAR Perempuan. Tahniah!

Share

Selain pengacara popular Jihan Muse yang selamat melahirkan bayi lelakinya malam tadi, presenter di TV Al-Hijrah dan personaliti Farahanim atau mesra dipanggil Anim juga selamat melahirkan bayi kembarnya. Anim mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan turut memberitahu kedua-dua bayinya sihat dan sempurna. Posting yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat ucapan tahniah dari kenalannya termasuk beberapa selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

@ikaradiusite Alhamdulillah tahniah anim & husband!!!!

@fynaaz.syafinaz Alhamdulilah kak ??? tahniah .

@syazwanieyazip Tahniah Animmm. Comelnyaaaaa kanan kiri ada baby

@aididmarcello@farahanimrazak wah… rezeki, kembar..

Anim yang sebelum ini banyak memuat turun posting memberitahu persediaan untuk menyambut kehadiran bayi kembarnya.

Apa yang seronoknya apabila sudah mengetahui bakal melahirkan cahaya mata perempuan, jadi segala persiapan  termasuk baju dan kelengkapan lain lebih terarah kepada bayi perempuan.

Bukan itu sahaja persediaan yang dilakukan Anim. Dia juga turut mengikuti kelas mengenai cara breastfeeding serta soalan berkisar tentang penjagaan ibu dan bayi. Segala persoalan yan tidak difahami dilontarkan pada konsultan bertauliah dalam kelas yang dihadiri.

Selain itu, Anim juga turut mempratikkan amalan yang baik kepada bayi kembarnya. Sejak dalam perut lagi menurut Anim dia sudah memperdengarkan  bacaan ayat Al-Quran dengan hanya melekatkan sejenis alat pada perut.

Hijabista mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar ini dan semoga sihat dan ceria menjalani fasa baru sebagai ibu muda.

Ternyata bukan mudah persediaan untuk menjaga anak kembar. Persediaannya sekali ganda berbanding melahirkan seorang anak. Kami kongsikan panduan menjaga anak kembar yang dikongsi dalam facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.

~ Panduan menjaga anak kembar /Tip menjaga anak kembar ~

Masa menyusu
Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.

Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.

Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.

Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.

Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.

Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur.
Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.

Mandi
Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.

Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.

Pakaian
Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.

Untung dapat anak kembar….kan…

SUMBER: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

KREDIT FOTO: FARAHANIM

 

Published by
Siti Zurina