Isi Kandungan
ToggleTerdapat pelbagai pilihan diet untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Antara yang viral baru-baru ini adalah Intermittent Fasting atau berpuasa selama 12 hingga 16 jam sehari. Dan ia terbukti berkesan serta diamalkan beberapa selebriti popular. Selain itu sebenarnya diet secara eat clean juga boleh diamalkan dalam mendapatkan berat badan idaman.
Seperti perkongsian Coach Yatie Nadzli yang memberitahu keberkasanan proses diet ini dalam menurunkan berat badan. Malah diet ini juga yang turut menjadi amalan pemakanan Catriona Ross.
EAT CLEAN adalah perkara yg paling penting dalam Proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80 % kejayaaan Turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching saya Focus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
Kena tahu apa itu eat clean sebelum mengamalkan diet cara ini.
APA ITU EAT CLEAN?
✔️ makan whole food bukan proses food. maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
✔️ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔️ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
✔️ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
Ini pula antara makanan yang diharamkan untuk anda makan sepanjang program eat clean.
MAKANAN YG DI HARAMKAN SEMASA PROGRAM EAT CLEAN.
– Semua makanan bergoreng
– Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
– Semua jenis Air manis
– Processed food Nugget, Hotdog
– Fast food KFC MCD PIZZA
– SEMUA jenis Sos dan Kicap
– Kerepek, Kekacang yg bersalut
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yg selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
ya sangat betul! selama ni puas buat senaman dan makan macam2 ubat kurus utk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. minuman kita.
jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
– Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
Dan ini pula antara menu diet eat clean yang boleh diamalkan sepanjang proses menurunkan berat badan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Yasin 7 Mubin, Niat Dan Hajat Untuk Menjauhkan Virus Yang Tular. Ini Cara Amalannya
Isi Kandungan
ToggleAl-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang.
Bagi umat islam bersama kita amalkan ayat 7 mubin ini, berhajat dan berdoa kepada Allah agar virus korona-19 hapus dengan izinNya. Mintalah pada Allah SWT supaya kita sentiasa dilindungi dari mara bahaya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Mukjizat dan hikmah dari Al Quran mempunyai pelbagai, yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
Yasin 7 Mubin
Kali ini kita fokuskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1) Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
2) Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
3) Ayat 24 = Mubin Ketiga
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
4) Ayat 47 = Mubin Keempat
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
5) Ayat 60 = Mubin Kelima
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
6) Ayat 69 = Mubin Keenam
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
7) Ayat 77 = Mubin Ketujuh
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
Cara membaca Surah Yassin
Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin
Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
Langkahnya adalah seperti berikut:-
- Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
- Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.
- Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
- Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT sampaikan hajat dan untuk yang kehilangan (mengembalikan barang yang hilang), kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
- Cara-cara untuk membacanya ialah :
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
- Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
- Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut. Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nuha Bahrin Akui Terkesan Video Nyanyian Lama Kembali Tular, -“Awak Sebenarnya Sudah Mengguriskan Hati Ibu Saya”
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Artikel berkaitan: Merancakkan Ekonomi Industri Perkahwinan, Hijabi Perlu Tahu Rancang Majlis Sesuai Dengan Kemampuan Diri
Keluarga turut terkesan
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Seronok Bergurau Tentang Rupa Paras Orang, Jangan Sampai Anda Pula Di Hina Dengan Begitu Teruk
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sumber: Utusan, Gempak dan Instagram Nuha Bahrin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Tabiat Pemakanan Yang Menyihatkan, Barulah Bercuti Dengan Penuh Tenaga
Isi Kandungan
ToggleApabila kita melancong ke luar negara atau menjelajah ke seluruh dunia amnya, adalah menjadi sukar untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang menyihatkan. Kebiasaannya, amalan pemakanan kita yang biasa akan berubah 100% dan kita cenderung untuk makan makanan yang kurang menyihatkan, sekadar untuk merasa senang dan selesa.
Jangan abaikan kesihatan apabila berseronok melancong, ramai yang kurang bertenaga apabila pulang dari travel dan sukar untuk menyesuaikan cuaca di luar negara dengan negara sendiri. Justeru, perjalanan semasa melancong akan terbantut dan kurang menyenangkan akibat dari kesihatan yang terabai.
Sebenarnya, dengan sedikit perancangan mudah, anda boleh mengatur tabiat pemakanan anda ketika melancong dengan mengikuti 10 tips pemakanan yang disyorkan ini.
1. Bawa makanan anda sendiri
Apabila berada di negara luar, untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan atau bersesuaian dengan keperluan kita adalah agak sukar. Oleh itu, digalakkan untuk membawa bersama makanan kaya dengan protein agar tidak terpengaruh untuk makan makanan ringan seperti kek atau cokelat.
Kebanyakan pengilang-pengilang makanan kini mulai menghasilkan snek mereka sehidangan penuh, yang mana sesuai untuk dibawa mengembara. Pilihlah campuran makanan yang berprotein dan berkarbohidrat tinggi untuk sumber tenaga anda seperti:
Kekacang dan bar kacang, Bar protein, Buah-buahan kering, Bar granula dan sebagainya.
2. Terbang? Bungkus makanan tengahari anda sendiri
Lapangan terbang terkenal dengan pilihan makan yang kurang menyihatkan, kebiasaannya anda akan menemui kedai makanan segera sahaja. Oleh demikian, kecenderungan anda untuk makan makanan segera yang kurang menyihatkan adalah sangat tinggi. Pek makanan anda sendiri dari rumah dan mulailah mengembara dengan makanan menyihatkan atau buat pesanan penghantaran makanan.
3. Jangan biarkan diri terlalu lapar
Salah satu sebab utama anda mungkin makan berlebihan adalah kerana anda kurang makan. Apabila merasa lapar, amat sukar untuk menahan diri dari memakan burger dan fries, yang mana berminyak dan kurang menyihatkan.
Buat perancangan bagi makanan anda seterusnya sebelum anda menjadi terlalu lapar, dan kunyahlah snek berprotein tinggi jika masa makan terlalu jauh.
4. Sebelum mengambil pinggan untuk bufet sarapan pagi hotel, semak apa yang ada
Buat penilitian akan pilihan makanan yang ditawarkan dan anda akan mampu membuat keputusan lebih baik. Elakkan daripada kuih-muih dan manisan serta kek cokelat berminyak dan pilihlah telur dadar putih, oatmeal tanpa gula, atau yogurt dengan buah-buahan segar.
Pilih lokasi tempat duduk yang jauh dari makanan, dan belakangi bufet yang ada – ini akan mengurangkan keinginan anda dalam masa yang singkat.
5. Tiada masa untuk bersarapan pagi? Dapatkan protein segera
Jika anda sudah biasa melangkau sarapan pagi, anda tahu ia bukanlah idea yang baik. Namun, jika anda memilih untuk berbuat demikian, bawakan bersama bungkusan minuman segera berprotein dan minumlah bersama kopi anda.
6. Bawa suplemen untuk kekal bertenaga ketika melancong
Apabila kepenatan seharian, hijabi digalakkan membawa suplemen yang memberi tenaga untuk meneruskan perjalanan agar kekal bertenaga. Jadi YA, anda disyorkan mengambil Nu Prep sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan dan mengekalkan tenaga harian supaya berpanjangan.
Ini dapat membantu hijabi untuk kekal bertenaga seharian. Peningkatan hormon testosteron tidak akan mengganggu atau menyebabkan isu terlebih hormon lelaki dalam tubuh badan seseorang wanita itu (tumbuh misai dsb). Malah Nu Prep dapat membantu dalam meningkatkan metabolisma terutama dalam penjanaan tenaga dan pembakaran lemak dan akhirnya akan mengurangkan jisim lemak dalam tubuh badan. Selain itu, kajian telah menunjukkan Nu Prep dapat membantu wanita mengekalkan kekuatan otot dan tulang.
7. Satu hidangan mentega kacang adalah sesuai untuk perjalanan antarabangsa
Tidak kira di mana anda berada di dunia, anda sentiasa boleh mendapatkan roti kosong – roti pita, tortillas, baguette atau naan. Sapukan mentega kacang diatas roti anda dan anda sudah memiliki makanan bertenaga dan menyelesakan untuk pengembaraan anda.
8. Buat pesanan terlebih dahulu
Jika anda mengembara bersama teman atau kenalan, pilih makanan yang menyihatkan daripada menu dan buat pilihan terlebih dahulu. Dengan demikian, anda mengurangkan potensi mengubah fikiran apabila teman-teman anda membuat pesanan untuk makan stik atau kentang goreng berminyak.
9. R&R (Rest and Relextion) – Rehat dan Rawat
Apabila mengembara sambil memandu, adalah mudah untuk berhenti di kedai-kedai runcit tepi jalan atau R&R. Anda boleh membeli makanan menyihatkan daripada pilihan bar salad/ buah-buahan untuk makan tengahari atau makan malam anda. Bungkuskan buah-buahan dan makanan ringan tambahan untuk dimakan di bilik hotel anda.
10. Elakkan makanan segera
Anda tahu bahawa ianya enak – namun anda juga tahu bahawa ia boleh membuatkan anda merasa tidak selesa kemudiannya. Dengan pancaran lampu neon dan warna-warna terang, restoran-restoran makanan segera sangat mudah untuk menarik perhatian anda. Lakukan carian segera di dalam telefon pintar anda untuk mencari lokasi restoran yang lebih menyihatkan.
11. Minum
Kekal terhidrat semasa pengembaraan adalah penting untuk menangani persekitaran kapal terbang yang kering dan minuman beralkohol yang telah anda minum. Bawakan botol yang boleh diisi semula untuk penerbangan anda, jadi anda tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada secawan kecil air yang diedarkan oleh atendan penerbangan anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI