Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!

Share

Selain mempunyai rasa yang enak untuk dimakan, manfaat avocado begitu banyak untuk digunakan bagi tujuan kecantikan. Salah satunya adalah Avocado boleh dijadikan masker wajah untuk menjadikan kulit wajah lebih licin, mulus, lembut, halus dan bebas jerawat.

Ini demikian kerana, Avocado memiliki kandungan yang tinggi antioksida, asid lemak, vitamin, dan juga phytonutrients tumbuhan yang mudah diserap oleh kulit.

Justeru hijabista syorkan lima masker berasaskan avocado yang boleh Hijabi cuba di rumah untuk mengatasi masalah jerawat!

1. Masker Avocado Asli Tanpa Sebarang Campuran

Menggunakan avocado untuk mengatasi masalah jerawat merupakan salah satu jalan penyelesaian terbaik!

Caranya pun cukup mudah dan simple, ambil sebiji avovado yang telah masak, potong kepada dua bagian yang sama besar dan keluarkan isinya.

Kemudian lakukan perkara sama untuk bahagian yang satu lagi. Seterusnya, lenyek menggunakan sudu sehingga halus dan lembut.

Sebelum menyapu masker tersebut pada wajah, pastukan anda cuci tangan dengan bersih terlebih dahulu. Kemudian gunakan berus atau jari jemari anda untuk mengoleskan masker avocado pada wajah.

Biarkan selama kurang lebih 20 minit. Setelah masa tamat, bilas wajah anda menggunakan air suam sehingga bersih dan lap dengan tuala sehingga kering.

Anda akan dapat rasakan kulit wajah anda lebih halus dan mulus, jika anda mengamalkanya secara konsisten dua kali seminggu.

2. Minyak Avocado

Minyak avocado juga boleh dimanfaatkan jika hijabi mahu merawat kulit berjerawat. Minyak ini merupakan salah satu bahan semulajadi yang boleh menjaga kulit agar tetap terhidrat tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Selain itu, minyak avocado ini mengandungi sifat antiradang yang bagus untuk mengecutkan jerawat.

Untuk mengurangkan jerawat, oleskan minyak avocadi di wajah dan biarkan seketika selama lima minit. Kemudian bilas dengan air suam untuk menghilangkan kesan minyak pada wajah.

3. Masker Avocado Dan Putih Telur

Masker Avocado yang di campur dengan putih telur ini, selain dapat menghilangkan jerawat ia juga membantu mengurangkan masalah liang pori terbuka, tersumbat dan mengurangkan masalah bintik hitam pada wajah.

Justeru, dengan membuat masker dari campuran kedua bahan ini akan membantu memperbaiki kerosakan pada kulit dan membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di wajah hijabi.

Ini kerana, vitamin A yang terkandung dalam avicado dapat mencegah jerawat dan menghilangkan kesan parut akibat jerawat. Manakala, vitamin B6 dan vitamin C yang terdapat dalam putih telur membantu menyingkirkan sel kulit mati.

Artikel berkaitan: Avocado mengurangkan keinginan untuk makan terlalu banyak, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jus Avokado Sendiri Di Rumah.

4. Masker Avocado Dan Pisang

Pisang dipenuhi banyak vitamin dan nutrisi yang bermanfaat bagi kulit wajah. Buah ini memiliki sifat antibakteria dan antioksida yang memiliki kemampuan untuk melindungi kulit dan membunuh bakteria dan sangat baik untuk mencegah jerawat.

Mencampurkan pisang dengan avocado untuk merawat kulit yang berjerawat akan memberi kesan yang luar biasa pada wajah anda.

5. Masker Avocado Dan Kepingan Oat

Kepingan Oat atau Oatmeal memiliki sifat yang memberi kesan positif pada setiap keadaan kulit wajah kerana mempunyai kesan anti-radang yang tinggi. Malah, ia juga berguna untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah, mengelupaskan sel-sel kulit mati, mengatasi masalah kulit kering dan juga mencegah pertumbuhan jerawat.

Cara membuat masker dari campuran dua bahan ini, pertama ambil isi avocado yang telah masak, tumbuk sehingga halus dan menjadi pes. Setelah itu, letakkan di dalam mangkuk kecil.

Seterusnya, dinginkan 1/2 sudu oatmeal kemudian masukkan kedalam mangkuk kecil berisi avocado tadi, gunakan sudu untuk menggaulkan oatmeal dengan avocado agar sebati.

Oleskan pada wajah dengan menggunakan jari atau berus khas untuk menyapu masker pada wajah. Tunggu sehingga 15 minit, kemudian bilas dengan air suam hingga bersih.

Haa.. Dah tau kan bagaiamana caranya anda boleh mengambil pelbagai manfaat avocado untuk merawat kulit berjerawat. Selamat mencuba!

Artikel berkaitan: ‘Calming Meal’ Rahsia Untuk Tampil Cantik, Kurus Dan Stabilkan Emosi. Cubalah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir