Selain Dipuji Lawat Pesakit Kanser, Penampilan Neelofa Cantik Menggayakan Tudung Bawal Dirindui Netizen

Share

Selebriti yang satu ini memang tidak lepas dengan pelbagai kontroversi. Namun jauh di sudut hatinya seperti orang lain terselit sifat murni yang cukup mendalam. Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa baru-baru ini telah membuat kerja amal atau CSR dengan mengunjungi pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. Lari dari kebiasannya yang tampil penuh glamour, penampilan Neelofa kali ini cukup sederhana. Walaupun hanya mengenakan blous serta seluar besar dan hijab bawal namun aura pelakon ini tetap terserlah.

Nyata penampilannya itu turut mendapat pujian netizen yang suka melihat Neelofa menggayakan tudung bawal dan merindui pelakon ini bergaya dengan hijab ini.

Netizen turut memuji nawaitunya yang ikhlas mendekat pesakit kanser berkenaan sebagai sebahagian projek amal bagi hos Meletop ini.

chantiq_bytyraazizl ofaaaaaaa ! Kami rinduu kak Lofaa pakai camni

mawadd_amir Sweet sgt

ummi_aina Suka tengok lofa bertudung mcm ni…cantik

mieyda_slumber Suke tgk neelofa pkai bawal dari dulu lg sbb muke neelofa kecik jee comey .

sharifahalhadadd Mashallah long time I havenot seen the old neelofar. A million likes for this!!!!

sulis513 Seronok hati tengok kk lofa pakai style camni …

fifie_jane@neelofa mmg lawa pakai bawal mcm ni..nampak lembut sgt muka dia..terselah kecantikan sebenar..keep it up lofa

eqinrosali neelofa cantik pakai bwal cmni.. maniss je… love lofaaaa @neelofa

nrqasehrania_ You are very kind person

s.rinz62 U hv a gd heart neelofa..

wzffariz Keep doing this Neelofa,
anggun_farisya U have such a big heart & full of kindness @neelofa you are gold

Dalam pada itu, Neelofa dan juga teamnya turut menerima kejutan sempena berada di HKL kerana turut dihiburkan dengan pesakit kanser berkenaan.

Menerusi entri di instagram, Neelofa berkongsi sebuah video ketika luangkan masa dengan kanak-kanak yang berada di sana.

“Terima kasih kepada yang menyertai program csr ini bersama kami.

“Saya datang untuk menghiburkan mereka, tetapi mereka pula yang menghiburkan kami di sini dengan usikan nakal dan kasih sayang mereka,”

tulisnya.

Dalam pada itu, video berkenaan turut melihatkan Neelofa sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit kanser bernama Alif.

Alif yang merupakan peminat tegar plantun lagu Yang Terindah nyanyian Achey telah menghiburkan orang ramai di situ apabila menyanyikannya dengan penuh perasaan.

Ternyata nyanyiannya telah menghiburkan Neelofa yang turut menyampaikan pesanan adik berkenaan yang mahu berjumpa dengan pelawak Achey.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA

 

Published by
Siti Zurina