Selain Cantik Bagai Bidadari, Dulang Hantaran Eksklusif Bella Dally Juga Curi Tumpuan & Bakal Jadi Trend 2019

Share

Tak dapat dinafikan, perkahwinan Bella Dally kali ini bersama Arif Izudin memang menjadi tumpuan ramai. Bukan hanya mengenai wajahnya yang berseri dan busananya yang seperti puteri, majlisnya yang indah juga menjadi perhatian.

Bukan itu sahaja, bungkusan hantarannya juga mungkin bakal menjadi trend tahun ini kerana ianya lain daripada yang lain. Lain macam mana tu? Jom kita lihat gambar-gambarnya!

Sukanya konsep dulang tertutup macam ni! Tampak eksklusif… Menurut Bella, hantaran itu menjadi rahsia di antara pasangan itu sahaja.

Benarlah trend ini bakal jadi trend terhangat buat semua bakal pengantin. Gambar yang dimuat naik oleh Bella itu dihujani ribuan komen netizen yang menjadikan dulang hantarannya sebagai inspirasi perkahwinan.

 

kredit: instagram @belladally

 

Published by
Qistina