Kegusaran sekali lagi menimpa penyanyi serta aktivis, Mizz Nina apabila meminta pertolongan orang ramai di instagram mengenai kehilangan sepupunya yang istimewa. Orang ramai turut bersimpati keatas isu ini.
Perkongsian dari Mizz Nina ataupun nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, memuat naik maklumat mengenai kehilangan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, tambahan pula Khairina merupakan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran.
“Sepupu saya hilang dan dia merupakan seorang OKU. Sekiranya ada antara anda yang pernah melihat dia, sila hubungi nombor tertera.”
“Tolong sebarkan dan semoga ALLAH permudahkan. Amin,” tulisnya melalui posting di instagram.
Kali terakhir Khairina di lihat sekitar kawasan tempat tinggalnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Khairina juga di dapati tidak memiliki telefon bimbit bersamanya dan juga tidak pernah keluar rumah bersendirian. Ini menjadikan sesi pencarian agak sukar.
Artikel berkaitan: Kalau Susah Hati, Stres & Gelisah, Ini Doa-doa Yang Boleh Diamalkan, Lebih Elok Hafal
Kegusaran yang di kongsi oleh Mizz Nina turut di rasai oleh rakan-rakan artis serta orang ramai. Mereka juga mengharapkan yang terbaik buat sepupunya, Khairina, agar cepat pulang ke pangkuan keluarga.
“Semoga Allah swt mempermudahkan urusan keluarga awak menghadapi dugaan ini.” tulis Datin Lisa Surihani.
“Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dan dia selamat di jumpai.” doa dari Sarimah Ibrahim.
Sudah tentu kehilangan orang yang tersayang membuatkan kita rasa tidak tenang. Tambahan pula apabila memikirkan tentang keselamatan mereka berada di luar tanpa ada siapa-siapa untuk memberi pelindungan. Mari kita bersama mencari juga mendoakan yang terbaik buat Khairina.
Artikel berkaitan: 7 Doa Untuk Memohon Kemudahan Hidup Dan Dilapangkan Dada Hadapi Pelbagai Dugaan. Rugi Tak Amalkan!
Sumber: Mizz Nina
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.