‘Sekarang Saya Dah Bertudung So Boleh Pakai Tudung Yang Awak Bagi Setiap Hari’- Elyana

Share

Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Meskipun tidak pernah mengenali secara peribadi, namun kisah-kisahnya membuatkan kita semakin jatuh cinta dan sayang kepadanya.

Sama-sama bergelar artis dari zaman remaja, penyanyi terkenal iaitu Elyana berkongsi antara kenangan terakhir mereka bersama apabila arwah telah menghadiahkan banyak tudung buat dirinya.

Beliau juga memuji almarhumah Sarah yang sering bertanya khabar mengenai dirinya dan sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan oleh pelantun lagu Niat tersebut.

I Love You Sarah…

Al fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah..

Awak meninggal kan memori yang indah sepanjang perkenalan.
Kita sama2 membesar dalam industri..dari remaja,sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar..saya jual kuih,awak beli…sangat supportive .Dah la cute,pandai nyanyi,baik pulak tu!

Hari ni,saya pakai salah satu tudung yang awak bagi.Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah,sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung2 yang awak bagi hari2

😊
I love u Sarah…Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT.. 🙏🏼

Assalamualaikum… Harini saya pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah.

Di ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang turut sebak apabila mendengarkan nyanyian syahdu Elyana itu. Sama-samalah kita doakan agar almarhumah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.

Published by
QIST