
Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Meskipun tidak pernah mengenali secara peribadi, namun kisah-kisahnya membuatkan kita semakin jatuh cinta dan sayang kepadanya.
Sama-sama bergelar artis dari zaman remaja, penyanyi terkenal iaitu Elyana berkongsi antara kenangan terakhir mereka bersama apabila arwah telah menghadiahkan banyak tudung buat dirinya.
Beliau juga memuji almarhumah Sarah yang sering bertanya khabar mengenai dirinya dan sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan oleh pelantun lagu Niat tersebut.
I Love You Sarah…

Al fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah..
Awak meninggal kan memori yang indah sepanjang perkenalan.
Kita sama2 membesar dalam industri..dari remaja,sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar..saya jual kuih,awak beli…sangat supportive .Dah la cute,pandai nyanyi,baik pulak tu!
Hari ni,saya pakai salah satu tudung yang awak bagi.Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah,sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung2 yang awak bagi hari2 😊
I love u Sarah…Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT.. 🙏🏼
Assalamualaikum… Harini saya pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah.
Di ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang turut sebak apabila mendengarkan nyanyian syahdu Elyana itu. Sama-samalah kita doakan agar almarhumah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Yatt Hamzah Sedih Tengok Fesyen Tudung Hijabi Yang Nampakkan Leher Dan Telinga

Wanita memakai hijab kerana memenuhi tuntutan agama Islam bagi menutup aurat. Namun apabila melihatkan gaya fesyen tudung masa kini menyebabkan matlamat untuk menutup aurat tidak sampai ke sasarannya malah lebih buruk lagi hampir mengherat kaum wanita ke neraka.
Tidak dapat dinafikan bahawa tidak salah untuk berfesyen namun mestilah tidak melanggar syariat agama yang telah ditetapkan.
Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan2 yg beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]
Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [ hadis Riwayat Bukhari ]
Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.
Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna.. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya keranaMU, untuk diriku juga kerana aku ada anak-anak perempuan yang sedang membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu seperti ku. Jauhkan mereka dari perkara-perkara mungkar.
.
Aku juga pernah lalai dan jahil, kerana itu aku tidak mahu perkara yang sama berlaku pada wanita-wanita lain. Aku berpesan kerana aku sayangkan semua. Berikan kami kekuatan untuk menjadi wanita solehah yang taat padaMU kerana kami takut azabMU yang amat dasyhat..
ALLAHUAKBAR..
KRITERIA TUDUNG YANG MENGIKUT SYARIAT:
- Tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk leher.
- Menutup bahagian leher dan juga dada.
- Memakai tudung tetapi tidak memakai anak tudung sehingga menyebabkan rambut masij kelihatan.
- Tidak berlebih-lebihan. Tudung yang sederhana itu lebih baik.
Sumber kredit: Yatt Hamzah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perbaiki Solat Kita Agar Dapat Mencegah Dari Melakukan Kemungkaran

Ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama selepas dua kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
APAKAH TUJUAN ANDA MENDIRIKAN SOLAT?
Tujuan mendirikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” (Surah Taha: 14)
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al Ankabut : 45)
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para Nabi dan Rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” (Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)

Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
SEMPURNA ATAU TIDAK SOLAT KITA
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” (Surah Al- Ma’un: 4-7)
PERBAIKILAH SOLAT
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.

Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
Sumber kredit: tzkrh.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tak Lokek Ilmu, Didiyana Ehsan Seronok Bila Dapat Kongsi Hijab Tutorial Percuma Di IG

Jika disebut sahaja nama Didiyana Ehsan, umum pasti mengetahuinya sebagai perantis dalam dunia hijab styling.
Berasal dari Ipoh,Perak, tahun 2020 ini menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat dirinya kerana ia merupakan ulangtahun ke sepuluh buat dirinya sebagai seorang penata hijab.
Mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang fesyen, Didiyana atau lebih mesra disapa Didi,31, mula mengorak langkah dalam bidang penataan hijab ini selepas melihat ramai pelajar senior di pengajiannya yang sudah melangkah ke dalam industri terpaksa bersaing sesama sendiri.

“Apabila melihat situasi tersebut yang berlaku disebabkan persaingannya yang sengit, saya memikirkan bahawa saya perlu hadir dengan sesuatu yang baru, yang belum dilakukan lagi oleh mana-man pihak dan menjadi pioneer supaya tidak perlu bersaing dengan sesiapa. Dari situlah lahirnya kerjaya saya sebagai seorang penata hijab,” ujarnya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga.
Jelas Didi, namanya mungkin naik dan dikenali ramai disebabkan beliau sering bekerjasama dengan ramai selebriti seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Lisa Surihani.
“Selepas tamat pengajian, saya pernah bekerja dengan sebuah jenama tudung selama enam bulan. Namun disebabkan sudah terbiasa bekerja sendiri iaitu secara freelance, saya merasakan yang saya tidak boleh duduk bekerja di dalam pejabat.
“Saya terus menyambung kerjaya secara freelance. Pada saat itu, saya selalu bertemu dengan pelbagai selebriti bagi menggayakan hijab mereka untuk sesi penggambaran majalah. Dari situlah nama saya mula dikenali,’’ jelas ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA
Bercerita mengenai liku-liku dalam kerjayanya, beliau akui pada awalnya terdapat mereka yang memandang rendah terhadap kerjaya yang dilakukannya.
“Dahulu ada segelintir yang memandang rendah terhadap kerjaya ini. Mereka tidak faham konsepnya dan mula mempersoalkan. Namun lama-kelamaan orang sudah boleh menerima kerjaya ini dan penerimaan itu menjadikan segalanya lebih mudah.
“Ada orang yang menganggap kerjaya ini sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya bukanlah seperti itu. Sama seperti jika kita mendandan rambut, paling tidak pun kita boleh mengikat ‘bun’.
“Berbeza pula dengan hijab, jika ia tidak terletak cantik wajah, kita perlu menggosoknya lagi dan memikirkan samada stail hijab tersebut sesuai atau tidak dengan bentuk muka.
“Jika dahulu pelanggan saya kebanyakannya terdiri daripada pengantin tetapi kini ia berkembang apabila mereka menggunakan khidmat saya untuk ke acara majlis, penggambaran dan sebagainya. Semuanya boleh dilakukan,” bicara Didi yang menggemari warna hitam ini.

Sentiasa mempunyai matlamat dalam hidup, beliau sentiasa melakukan ‘homework’ dalam gaya hijab yang dilakukannya.
“Setiap kali saya menata hijab, saya ada target mahukan seseorang individu itu masuk ke dalam senarai portfolio saya. Sama seperti hijab, bila sudah bosan saya akan tukar. Saya sering melakukan ‘homework’ agar penampilan setiap klien itu berbeza.
“Proses ini perlu banyak try and error. Satu fakta mengenai diri saya adalah saya seorang yang sangat fokus. Bila bekerja saya akan berikan 100%.
“Kerana itulah saya hanya akan fokus kepada penggayaan tudung sahaja. Anda tidak akan dengar berita seperti Didiyana Ehsan sebagai jurusolek tersohor pula,”ujarnya sambil bergurau.

KONGSI TUTORIAL HIJAB BERIKAN KEPUASAN PADA DIRI
“Bercerita mengenai pencapaian, saya menganggap perkongsian video tutorial hijab di laman sosial Instagram saya sebagai pencapaian terbesar apabila dapat berkongsi ilmu secara percuma tanpa sebarang caj kepada orang ramai.
“Orang selalu bertanya kepada saya, kenapa tak jual tudung? Tak payah! Jika sekarang ini pun saya sudah tidak menang tangan, apatah lagi jika sudah ada perniagaan. Macam-macam perkara pula perlu difikirkan,” katanya sambil ketawa.
Wajib mengenakan celak mata jika melangkah keluar dari rumah, Didi juga menghadkan waktu bekerjanya hingga ke lapan malam sahaja agar dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta pula.
“Dahulunya bolehlah hingga ke jam 12 malam namun kini paling lewat pun mungkin hingga ke jam sembilan sahaja. Tetapi ia bergantung juga kepada keadaannya,” jelas anak sulung daripada tiga beradik ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

