Pemergian Siti Sarah sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Meskipun tidak pernah mengenali secara peribadi, namun kisah-kisahnya membuatkan kita semakin jatuh cinta dan sayang kepadanya.
Sama-sama bergelar artis dari zaman remaja, penyanyi terkenal iaitu Elyana berkongsi antara kenangan terakhir mereka bersama apabila arwah telah menghadiahkan banyak tudung buat dirinya.
Beliau juga memuji almarhumah Sarah yang sering bertanya khabar mengenai dirinya dan sentiasa menyokong perniagaan yang dijalankan oleh pelantun lagu Niat tersebut.
I Love You Sarah…
Ads
Al fatihah (dibaca) untuk Siti Sarah..
Awak meninggal kan memori yang indah sepanjang perkenalan. Kita sama2 membesar dalam industri..dari remaja,sampai la dah berumahtangga awak masih tak lupa untuk mencari saya untuk bertanya khabar..saya jual kuih,awak beli…sangat supportive .Dah la cute,pandai nyanyi,baik pulak tu!
Ads
Hari ni,saya pakai salah satu tudung yang awak bagi.Banyak sangat awak bagi saya tudung. Alhamdulillah,sekarang saya dah bertudung so boleh pakai tudung2 yang awak bagi hari2 😊 I love u Sarah…Semoga awak ditempat kan ditempat yang terbaik disisi Allah SWT.. 🙏🏼
Di ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat yang turut sebak apabila mendengarkan nyanyian syahdu Elyana itu. Sama-samalah kita doakan agar almarhumah ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 2.1 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen.
Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah. Dalam satu posting, Heliza memberitahu bahawa dirinya bukan mahu menjadi sehebat Siti Khadijah atau setaqwa Aisyah juga setabah Fatimah. Tetapi dia hanya wanita yang memiliki cita-cita menjadi wanita SOLEHAH.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Memang tinggi keinginan Heliza yang mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni. Selain memberi ingatan berbentu doa, Heliza juga turut mengingatkan followernya agar tidak lupa membaca surah AL-MULK sebelum tidur.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Apa agaknya kelebihan surah ini yang sering diingatkan oleh Heliza dan ingatannya ini mendapat reaksi cukup positif dari netizen. Malah ada yang mengucapkan terima kasih kepada Heliza yang sering mengingatkan mereka untuk membacanya dan hanya Allah yang dapat membalas setiap jasannya.
@iamyanayunos Alhamdulillah, Setiap Hari sebelum tdo sy sllu dgr.. n Amalkan
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)
Huraian Hadith:
2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di Malaysia tarikh 1 Muharram 1443 Hijrah (Awal Muharram / Maal Hijriah) adalah bersamaan 10 Ogos 2021.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Perpindahan itu bukanlah semata-mata kerana putus asa atau melarikan diri, tetapi ia adalah usaha untuk merubah keadaan yang lebih baik, merencanakan strategi yang lebih mantap supaya dapat mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini
Hijrah dalam konsep kehidupan masa kini adalah mencari kehidupan lebih baik, maju dan sempurna pada masa akan datang. Hijrah sepatutnya membawa perubahan dalam hidup ke arah yang lebih baik, sempurna dan diredai Allah, dimana hasilnya ialah kemenangan kita dalam mempertahankan akidah, agama, cara hidup dan nilai-nilai yang kita amalkan.
Sebagai kesimpulan, Hijrah adalah suatu bentuk perubahan yang memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan yang ikhlas, proses penghijrahan sukar dilakukan. Pengorbanan pula menuntut semangat jihad dan keyakinan yang tinggi dalam diri. Oleh itu, perubahan dan pengorbanan adalah suatu tuntutan hidup, iaitu berubah dari suatu yang buruk kepada yang baik, dari yang baik kepada yang terbaik.
Pada setiap tahun, umat Islam di Malaysia pasti keliru mengenai hukum membaca doa tersebut memandangkan akan ada pihak yang tampil terutamanya di laman media sosial dengan mendakwa bahawa membaca Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu perbuatan yang dilarang
Ia secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai persoalan benarkah apa yang didakwakan itu selain mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Islam yang ingin beramal pada hari tersebut.
Walaupun doa ini tidak wajib, ia adalah sesuatu yang baik untuk diamalkan. Barang siapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut. Sebelum membaca doa awal tahun bila masuknya bulan muharram, kita terlebih dahulu digalakkan membaca doa akhir tahun pada akhir zulhijjah.
30hb (akhir Zulhijjah)
Bilakah waktu untuk membaca doa ini? Bacaan doa akhir tahun ini digalakkan untuk dibaca pada petang selepas waktu Asar pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali.
Fainnana Nastaghfiruka Faghfirlana, Wamaa ‘Amilna Fiihaa Mimma Tardohu Wawa ‘Adtana ‘Alaihit-tawwab, FanasAluka Allahumma Ya Karimu Ya Dzal Jalaali Wal Ikramm
An Tataqobbalahu Minna Walaa Taqtogh RajaaAna Minka Ya Karim, Rabbanaa Aatina Fiddunya Hasanatan Wa Fil Aakhirati Hasanatan Waqina ‘Aazabannar
Was Sollallahu ‘Ala Sayyidinaa Muhammadin Wa ‘Ala Aalihi Wasohbihi Ajmain, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
Maksudnya:
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah kami kerjakan selama ini dari apa yang menjadi laranganMu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakan dan Engkau bersabar (dengan kasih SayangMu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk kami, dan Engkau telah mengajak kami untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.
Kerana itu ya Allah, kami mohon ampunanMu dan berilah ampun kepada kami dengan kemurahanMu.
Segala apa yang telah kami kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, kami memohon kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah, Wahai Zat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepadaMu, wahai Zat Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, berikan kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di Akhirat, serta jauhkan kami dari azab api neraka.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Keluarga dan sahabatnya.
Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Doa awal tahun dibaca pada selepas waktu Maghrib sebanyak 3 kali pada malam 1 Muharram.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerahMu yang Agung dan dermawanMu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan bala tenteranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak kepada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani kepada hamba-hambaNya. Ya Allah, berikanlah kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat, serta jauhkan kami dari azab neraka. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, beserta para keluarga dan sahabatnya.
Segala Pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Menurut pendapat umum ulama, di antara lain amalan yang boleh dilakukan di bulan Muharram adalah berpuasa sunat pada 10 Muharam (puasa Hari Asyura). Banyak peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan dan membuktikan akan kebesaran Allah SWT
Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1443H / 2021M adalah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti’ . Pemilihan tema adalah signifikan kepada ummah di negara ini. “Tema ini bagaikan suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir dan sukar,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Abdul Aziz Jusoh. Sambutan tahun Maal Hijrah akan diadakan secara hibrid bermula 6 petang di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 9 Ogos 2021.
Ummah Rabbani teras kekuatannya adalah modal insan yang berkualiti dan merupakan tunjang dalam kebanyakan pelan-pelan yang dibangunkan oleh kerajaan. Konsep negara harmoni dalam kepelbagaian ini amat berkait rapat dengan maqasid Syariah dan perkara ini turut dinyatakan oleh Imam AI-Ghazali sebagai maslahah yang mengambil manfaat dan menolak keburukan.
Sempena sambutan itu juga, majlis penganugerahan Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan akan diadakan dan disempurnakan oleh Perdana Menteri kepada seorang tokoh dalam negara dan seorang tokoh dari luar negara yang banyak jasa dan sumbangan kepada ummah.
Seluruh masyarakat dijemput mengikuti sambutan itu secara langsung menerusi saluran TV1 dan disambung siar oleh TV Al-Hijrah serta media sosial rasmi JAKIM.
Selain itu, radio Nasional FM, Radio IKIM, Ai FM (Mandarin), Traxx FM (Bahasa Inggeris), Minnal FM (Tamil) dan Asyik FM (Radio Orang Asli) turut membuat lintas langsung sambutan itu.
SUMBER: METRO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam kehidupan harian, kita sering kali berhadapan dengan pelbagai jenis masalah yang membuat mencabar tahap kesabaran kita. Sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun kerja, semuanya menguji kesebaran kita sebagai umat manusia.
Sebagai umat Islam, kita memang diwajibkan untuk bersabar dalam menghadapi setiap masalah kerana terdapat banyak keutamaan bersabar dalam Islam. Sebagaimana firman Allah,
“Dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan) -Nya bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur”. [Asy-Syura : 32-33]
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
Doa Memohon Kesabaran
Doa memohon kesabaran ini mengambil dari firman Allah SWT dalam surat Al-Baqarah ayat 250.
Rabbanaa afrigh alainaa shabra wa tsabbit aqdaamanaa wanshurnaa alal qaumil kaafiriin
Artinya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolong lah kami dari orang-orang kafir.”
Doa Memohon Kesabaran dan Ketenangan Jiwa
Dalam buku Majmu Syarif oleh Mujahidin Nur, berikut ialah bacaan doa agar mendapatkan ketenangan dalam menghadapi setiap permasalahan.
Rabbana afrigh alayna shabraan wa tsabbit aqdaamana wa ansurna ala al-qawmi al-kaafiriina. Rabbana laa tuzigh quluubana ba’da idh hadaytana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal wahhab. Allahumma tsabbitnii an azilla wahdini an adhilla. Allahuma kama hulta bayni wa bayna qalbi fahlul bayni wa baynasy syaithani wa’amalihai. Allahumma inni as-aluka nafsan muthmainnatan tu’minu biliqa-ika wa tardha biqadhaika wa taqna’u bi’atha-ika.
Artinya: Ya Allah, Tuhan kami, limpahkan kesabaran atas kami, tetapkanlah kedua telapak kaki kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. Ya Tuhan kami janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadirat-Mu rahmat kerana Engkau Maha Pemberi, Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan tersesat. Ya Allah sebagai mana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku dan berikanlah penghalang antara aku dengan setan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa dan redha atas putusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.”
Semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan kesabaran pada kita dalam menjalani kehidupan harian. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.