Cuaca panas begini kalau dapat makan pencuci mulut yang dingin lagi sejuk memang menyegarkan. Kalau anda teringin menikmati pencuci mulut atau snek yang lazat tapi malas membuatnya, bolehlah mencuba resepi ini. Hanya dua bahan sahaja diperlukan. Senang sangat!
-Pisang ( Boleh juga digantikan dengan buah-buahan pilihan anda)
-Yogurt mengikut perisa yang digemari
1. Potong pisang kecil-kecil
2. Salutkan yogurt di bahagian luarnya
3. Kemudian bekukan di dalam freezer
4. Bila sudah beku, nikmatilah snek ini yang sungguh lazat bak ais krim!