Hari raya Aidiladha tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tentu masing-masing sudah mula membuat persiapan hari raya sedikit demi sedikit. Antara ramuan-ramuan penting untuk memasak juadah hari raya terutama rendang tentulah bahan-bahan seperti daun kunyit, serai, lengkuas, halia dan sebagainya.
Ketika inilah semua bahan-bahan ini amatlah berharga. Jika beli disaat-saat akhir tentu sukar untuk mendapatkan semua bahan-bahan ini. Adalah lebih baik jika kita membuat persediaan awal agar pengalaman ini tidak terus berulang setiap tahun.
Melalui perkongsian Hani Mynis wanita ini berkongsi tip bagaimana menyimpan sayur-sayuran (sejuk beku) dengan cara yang praktikal dan bijak.
TIP SIMPAN SAYUR BEKU UNTUK KEGUNAAN MASAK MENU RAYA:
✅Daun kunyit
✅Serai
✅Lengkuas
✅Halia
✅Kunyit hidup
✅Bunga kantan
✅Daun pandan
✅Daun kesum
ADA CARA DAN SYARAT KALAU HENDAK MENYIMPAN SAYUR-SAYURAN DI BAHAGIAN SEJUK BEKU (KAEDAH SEJUK BEKU)
*Mesti bersihkan dan basuh bersih-bersih semua sayur-sayuran terlebih dahulu.
*Tengok macam mana hendak guna sayur itu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit, kalau masak rendang kita racik halus-halus terus.
*Apabila hendak digunakan, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik. Jangan tunggu nanti-nanti, takut lupa terus. Jadi lembik pula sayur-sayurannya.
*Apabila hendak guna, tidak perlu basuh. Terus campak je dalam kuali atau periuk. Tidak perlu defrost/thaw dulu. Dalam keadaan beku sayur-sayuran itu boleh terus masuk ke dalam kuali atau periuk.
*Jika daun sup, masuk dalam bekas-bekas kecil dan asing-asingkan sekali penggunaannya. Tambah air sikit paras daun, biar ia jadi air batu daun sup.
*Daun ketumbar tidak sesuai untuk dibekukan kerana kerangupannya akan hilang. Daun ketumbar yang rangup lebih sedap.
Daripada segi ‘ketahanan’ sayur-sayuran ini pula, selagi tidak habis digunakan, sayur-sayuran ini boleh tahan sehingga tiga hingga enam bulan.
Semoga bermanfaat. Jangan buat persiapan di saat-saat akhir kerana pasti sukar untuk anda mendapatkan sayur-sayuran berharga ini.
Sumber kredit: Hani Mynis
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.