Kecantikan

Sejak Dulu Makan JAMU & Kurang Bersolek, Cara CANTIK Wajah Bak ‘Baby Face’ PUTERI SARAH

Share

Raut muka ‘baby face‘nya mampu mencairkan siapa yang memandang . Gaya penampilan bahkan menjadi ikutan. Berbicara soal kecantikan, pemilik mata bulat dan juga isteri kesayangan kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof berkongsi kisah kecantikan yang diamalkan sedari dulu. Sudah namanya wanita, Puteri Sarah tidak lari dari regim kecantikan alami. Ayuh, intip petua dan rahsia beliau  cantik selalu walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata!

Bagaimanakah Sarah menjaga kecantikan kulit seharian?

Alhamdulillah, Sarah tidak mengalami sebarang masalah kulit. Rutin seharian Sarah hanyalah mencuci muka menggunakan pembersih muka dan aplikasikan pelembap sebelum memakai sebarang solekan.

Petua kulit sihat Sarah?

Sarah mengamalkan minum banyak air masak dan kurangkan bersolek.

Petua tradisional yang masih Sarah amalkan untuk kecantikan dan kesihatan wajah?

Setiap hari Sarah amalkan makan jamu. Sudah 14 tahun Sarah memang rutin pengambilan jamu.

Apakah yang memberikan Sarah keyakinan?

Bila muka cantik dan bersih tanpa solekan!

Antara produk kecantikan yang wajib dibawa keluar?

‘Sunblock’ Bobbi Brown dan ‘Benetint’dari Benefit.

Tip kecantikan Sarah?

Kecantikan luaran bermula daripada dalaman. Kalau dalaman kita bersih, secara tidak langsung luaran juga cantik. Jangan selalu bergantung pada solekan. Kulit muka kita juga perlu bernafas.

Produk muka yang digunakan?

Sudah semestinya skrub muka St.Ives yang boleh didapati di farmasi. Itu yang Sarah amalkan setiap hari tetapi pastikan skrub muka yang ‘mild’.

Produk muka pertama yang Sarah beli dan pakai?

Skin Care 5.5 yang neutral ayah belikan ketika di bangku sekolah menengah kerana muka Sarah cuma berminyak akibat panas dan berpeluh

Published by
Siti Zurina