Raut muka ‘baby face‘nya mampu mencairkan siapa yang memandang . Gaya penampilan bahkan menjadi ikutan. Berbicara soal kecantikan, pemilik mata bulat dan juga isteri kesayangan kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof berkongsi kisah kecantikan yang diamalkan sedari dulu. Sudah namanya wanita, Puteri Sarah tidak lari dari regim kecantikan alami. Ayuh, intip petua dan rahsia beliau cantik selalu walaupun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata!
Bagaimanakah Sarah menjaga kecantikan kulit seharian?
Alhamdulillah, Sarah tidak mengalami sebarang masalah kulit. Rutin seharian Sarah hanyalah mencuci muka menggunakan pembersih muka dan aplikasikan pelembap sebelum memakai sebarang solekan.
Petua kulit sihat Sarah?
Sarah mengamalkan minum banyak air masak dan kurangkan bersolek.
Petua tradisional yang masih Sarah amalkan untuk kecantikan dan kesihatan wajah?
Setiap hari Sarah amalkan makan jamu. Sudah 14 tahun Sarah memang rutin pengambilan jamu.
Apakah yang memberikan Sarah keyakinan?
Bila muka cantik dan bersih tanpa solekan!
Antara produk kecantikan yang wajib dibawa keluar?
‘Sunblock’ Bobbi Brown dan ‘Benetint’dari Benefit.
Tip kecantikan Sarah?
Kecantikan luaran bermula daripada dalaman. Kalau dalaman kita bersih, secara tidak langsung luaran juga cantik. Jangan selalu bergantung pada solekan. Kulit muka kita juga perlu bernafas.
Produk muka yang digunakan?
Sudah semestinya skrub muka St.Ives yang boleh didapati di farmasi. Itu yang Sarah amalkan setiap hari tetapi pastikan skrub muka yang ‘mild’.
Produk muka pertama yang Sarah beli dan pakai?
Skin Care 5.5 yang neutral ayah belikan ketika di bangku sekolah menengah kerana muka Sarah cuma berminyak akibat panas dan berpeluh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Individu Lahir Bulan Julai Disifatkan Pendiam & Sensitif, Jadi Ini 10 Tip Bergurau Supaya Ada Yang Tak Sentap!
Diam tak diam kita sudah pun masuk dalam bulan Julai. Bagaimana pula agaknya sikap bagi individu yang lahir pada bulan Julai ini. Adakah mereka terlalu sensitif atau bagaimana?
Menurut hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Jadi ini perwatakan bagi mereka yang lahir pada bulan Julai. Mereka ini dikatakan bersifat agak pendiam, berjiwa sentimental, mudah terluka tetapi rajin dalam membuat kerja.
JULAI
# Sangat seronok didamping
# Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
# Agak pendiam kecuali dirangsang
# Ada harga dan maruah diri
# Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
# Mudah dipujuk dan bercakap lurus
# Sangat menjaga hati orang lain
# Sangat peramah
# Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
# berjiwa sentimental
# jarang berdendam
# mudah memaafkan tapi sukar melupakan
# tidak suka benda remeh-temeh
# membimbing cara fizikal dan mental
# sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
# layanan yg serupa dgn semua orang
# tinggi daya simpati
# pemerhatian yg tajam
# suka menilai org lain dgn pemerhatian
# mudah dan rajin belajar
# suka muhasabah diri
# suka megenangkan peristiwa atau kawan lama
# suka mendiamkan diri
# suka duduk dirumah
# suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
# tak agresif kecuali terpaksa
# lemah dari segi kesihatan perut
# mudah gemuk kawal tak kawal diet
# minta disayangi
# mudah terluka hati tapi lambat pulih
# terlalu mengambil berat
# rajin dalam membuat kerja
Oleh kerana mereka ini dikatakan bersikap sensitif, dinasihatkan agar berhati-hati jia bergurau senda supaya tidak terasa hati dan terguris dengan gurauan anda.
jadi Hijabista paparkan 10 tip yang boleh anda ikut ketika mahu bergurau senda agar tiada yang berkecil hati.
- Jauhi daripada menipu ketika bergurau.
- Tiada penghinaan mahupun fitnah dalam gurauan.
- Jangan berlebihan dalam bergurau, hanya secukup rasa sahaja. Jika berlebihan, dikhuatiri ada yang terasa dan berkecil hati.
- Letakkan mesej yang baik ketika bergurau.
- Jangan bergurau yang menakutkan seperti menggunakan senjata yang berbahaya.
- Selitkan gurauan dalam berdakwah agar lebih santai dan menarik untuk didengari para pendengar.
- Tidak memasukkan unsur-unsur lucah.
- Tidak bermain dengan perkara agama seperti menghina atau memperlekehkan kedudukan agama yang suci.
- Jangan mengaibkan ketika bergurau. Contohnya, ambi gambar kandid kawan yang sedang tidur. Hukumnya berdosa.
- Elakkan daripada membuat orang lain terasa hati.
SUMBER: SINAR.MY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Yang Suka Hiking Tu, Ini Merupakan 5 Tip Hiking Yang Selamat Buat Anda!
Selain daripada jogging, bersenam di taman, hiking juga merupakan merupakan hobi orang ramai suka dan amalkan untuk mendapatkan hidup sihat. Tetapi anda sangat memerlukan peralatan dan cara yang betul untuk mendaki ni agar tidak memudaratkan kesiahtan diri anda.
Bagi mereka yang merupakan pencinta alam dan pendaki sejati pasti tak sabar setiap hujung minggu untuk mendaki. Ada yang suka sangat sampai hari biasa pun tiada masalah buat anda kan. Jadi, ini merupakan tip hiking dengan selamat waktu malam di dalam hutan buat anda. Semoga ianya bermanfaat dalam membantu semua pendaki, terutama sekali pendaki yang baru. Ini merupakan tip yang dikongsikan oleh seorang pendaki di laman sesawang Facebooknya, Tun Farul Azri.
Artikel Berkaitan: Aktiviti ‘Hiking’ Bantu Untuk Kuruskan Badan, 5 Sebab Utama Kenapa Ramai Yang Suka Aktivit Ini!
5 Tip hiking dengan selamat waktu malam
1. Headlamp
Headlamp merupakan barang yang paling penting sekali apabila hiking pada waktu malam. Kedua tangan anda akan merasakan bebas untuk memegang atau berpaut sewaktu mendaki. Ramai juga pendaki malam yang tidak membawa headlamp tetapi mereka menggunakan flashlight biasa sahaja di tangan.
Untuk penjagaan mata dari silau, sila dapatkan headlmap yang mempunyai lampu merah sebagai lampu sampingan. Kerana ia tidak terang dan cukup untuk menyuluh sesetengah kawasan. Menurut Tun Farul Azri, Jangan gunakan ‘camp light’ atau LED pasar malam kerana cahayanya menyeluruh secara sekeliling dan mampu membuatkan anda silau. Pada masa yang sama ia membuatkan anda sukar untuk melihat objek (akibat silau) dan tangan pun tidak bebas.
Menurut Tun, ‘Guide’ di hadapan perlu menggunakan lampu yang cerah manakala kumpulan pendaki yang lain menggunkan lampu merah. Apabila berada di gunung atau hutan tebal, membawa api atau suar merupakan pilihan terbaik, kerana api akan dapat menghindarkan dari haiwan-haiwan nokturnal.
2. Loceng atau alatan bunyian
Loceng atau alatan bunyian ini selalu akan dipakai oleh Sweeper atau Guide bagi membantu kumpulan pendaki anda. Lebih kurang untuk mengenal pasti dan mengikut arah bunyi (untuk guide). Ia juga untuk mengenal pasti jarak paling belakang berdasarkan bunyi Sweeper.
“Kami biasanya guna Bluetooth Speaker yang dipasang lagu oleh guide. Bunyian jangan terlalu kuat dan jangan terlalu perlahan, tapi cukuplah seadanya bergantung pada jumlah pendaki yang ikut serta.” Menurut Tun.
3. Kenali & faham trek yang dilalui
Cuba elakkan untuk melakukan pendakian pada waktu malam buat kali pertama pergi. Pastikan anda mengetahui dan pernah pergi ke tempat itu pada waktu siang.
Menurut Tun, peka akan bunyi dan keadaan keliling dengan mata anda. Pastikan anda mengenali trek laluan manusia dan haiwan. Perhatikan bahagian dahan-dahan pokok ketika trekking kerana ular sangat aktif pada waktu ini.
4. Mendaki secara kelompok
Walaupun sampai ke puncak paling awal itu membuatkan diri kita bangga, kalau boleh pergi la bersama rakan yang lain. Mungkin pace atau stamina kita lebih hebat dari rakan-rakan lain tetapi biasakan untuk bersikap sabar, tunggu dan berjalanlah dalam kelompok kumpulan supaya tidak berlaku kawan hilang atau tertinggal semasa mendaki.
Tip pada waktu malam, berhenti rehat selama 5 minit untuk 30 minit pertama. Seterusnya anda boleh berhenti rehat 5 minit setiap jam buat perjalanan selepas itu. Jika rasa laju, dongak ke atas sekali sekala untuk menikmati langit malam. Anda akan merasakan teruja melihat taburan bintang melalui pokok-pokok.
5. Mendaki dengan perlahan
Tidak kira kalau anda merupakan seorang juara Gunung Tahan Climbathon atau juara Spartan Ultra Beast, mendaki di waktu malam sangat berbeza dengan siang. Setiap pendaki memerlukan fokus dan ketelitian yang lebih agar tidak salah memijak atau tempat berpaut. Oleh sebab itu, sentiasa lah mendaki dengan perlahan waktu malam. Relaks, slow dan steady gitu! Menurut Tun, mendaki malam dan mendaki siang ini sangat berbeza kerana nikmat dan kepuasannya berbeza. Oleh itu, nikmatilah alam malam anda apabila mendaki.
Jika mempunyai rezeki, kemungkinan anda akan berjumpa dengan haiwan-haiwan yang bercahaya. Selalunya berada di kawasan puncak. Pasti cantik. Ingat, gunung itu tidak lari mana pun. Mendaki ini merupakan aktiviti yang santai atau ‘leisure’ dan bukannya pertandingan siapa yang cepat sampai. Biarkan ia lambat asalkan selamat. Dalam pada masa yang sama, hiking dapat membantu anda dalam mengurangkan berat badan juga, jadi apa salahnya untuk hiking dan dapat isi masa lapang!
Artikel Berkaitan: Senaman ‘Mountain Climber’ Boleh Atasi Lemak Di Kawasan Pinggang, Dengan 5 Kebaikan Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: Facebook Tun Fazrul Azri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!
Bagi mereka yang sering diserang gastrik, ia pastinya satu perkara yang sering ditakutkan ketika bulan puasa. Berpuasa sebenarnya tidak mengakibatkan gastrik yang sering diperkatakan bahawa gastrik berpunca dari perut yang kosong.
Namun, sebenarnya gastrik terjadi atas sebab lain yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Untuk menjadikan ia lebih serius di bulan Ramadan ini, team Hijabista kongsikan cara terbaik untuk mengelakkan dari diserang gastrik.
1. Tidak Berbuka Terlalu Berat.
Tatkala tiba waktu berbuka, sering kali kita lihat ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi putih, pastikan yang kuantitinya sama dengan sayur kerana karbohidrat pada nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
2. Berbuka Secara Ringan
Perut juga mempunyai sensitivitinya yang tersendiri. Mereka yang mempunyai gastrik biasanya digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah memakan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.
Artikel berkaitan: Rancang Diet Gastrik Anda Di Bulan Ramadan, Ini Makanan Yang Perlu Dimakan Dan Dielakkan
3. Elak Kafein Ketika Berbuka
Sebolehnya, elak dari mengambil kopi atau teh ketika berbuka. Ini kerana kafein yang terkandung merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.
4. Kurangkan Pengambilan Makanan Tinggi Lemak
Elak dari mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.
5. Ambil Makanan Yang Mengandungi Sulfur
Ramai yang mempercayai bahawa ketika berpuasa, perut akan lebih mudah diserang gastrik walhal ianya kurang tepat sama sekali. Ketika berpuasalah sistem penghadamaan sedang berehat. Ini bermaksud rembesan asid hidroklorik dalam perut akan berkurang. Jadi semestinya ia tidak akan menjadi masalah sakit atau senak perut. Ambil makanan seperti brokoli, kubis dan bawang putih untuk mengawal kesakitan gastrik.
6. Makan Secara Bersederhana
Jika pesakit mengadu sakit perut ketika sesudah makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaik-baiknya, makan sayur-sayuran dan buah-buahan serta berhenti makan ketika sebelum kenyang.
Artikel berkaitan: Tidak Semua Sakit Perut Berpunca Dari Gastrik, Ketahui Perbezaannya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI